Blog Archive

Showing posts with label Sentimental Value. Show all posts
Showing posts with label Sentimental Value. Show all posts

Saturday, 11 July 2020

Rumah Pertama Part 2

Assalamualaikum wbt.
Semoga dilancarkan segala urusan kita.

Belum sempat post apa-apa untuk tahun 2020..punya lah busy hahaha!
Ok sebenarnya awal tahun hari tu nak post lah berita gembira kami sekeluarga tapi x sempat..so aci tak bagitau sekarang? aci lah kan..ok in sha Allah bulan September ni kami bakal menimang cahaya mata ketiga..Alhamdulillah..so kami agak kelam kabut dgn ummi admitted  hospital lah, alahan teruk lah sambil2 tu uruskan jugak hal beli rumah pertama kami..ok kat sini ummi share sikit step yang kami buat untuk urusan beli rumah.

1. Kami jumpa iklan jual rumah ni di Mudah.my. mula-mula tengok dah terdetik macam "rumah ni rumah aku nanti..hahaha"..so sy terus ambik contact number agent n mintak suami call.. Alhamdulillah kami org pertama yang call..so dia entertain lah apa sahaja soalan suami..dia buat appoinment n kami jumpa keesokan harinya di kedai makan.

2. So bila jumpa agent ni dia akan cerita lah bab harga,tawar menawar, condition rumah dan macam2 lagi lah..kat sini kita kena makesure yang agent tu mestilah trusted agent..bukan apa zaman sekarang ni mmg banyak manusia yang mengambil kesempatan. Bila guna agent ni ada pros dan cons.. Ye laa klu guna agent ni harga dia akan mark up lah sikit kan compare dengan kita berurusan dengan owner tu sendiri..tapi dalam masa yang sama agent ni banyak memudahkan urusan kita terutama bab loan dan sebagainya. Masa jumpa ni kitorg perlu bayar duit booking RM1000 untuk locked rumah tu..so kita x perlu risau nak kena compete dgn pembeli lain.

3. Selepas tu bermula lah urusan sediakan dokumen dan sebagainya untuk agent submit loan..oh ya husband sy keje private sector n sy plak org gomen..kami pilih untuk guna loan bank..LPPSA plak kami cadang untuk reserve another house utk masa akan datang (in sha Allah jika diizin Allah)..masa nak decide ni agak mencabar jugak sbb kami tanya pendapat ramai orang..ada yang cakap rugi pakai loan bank ada yang cakap untung..so kat sini memang kami pertimbang semua pandangan dan akhirnya menggunakan loan bank adalah jalan terbaik yang kami pilih.

4. So nanti bank akan hubungi kita untuk bagitau loan dah lulus ke belum..kat sini jugak banyak sangat proven dokumen yang bank perlu..tapi xpa bank selagi boleh akan bantu kita..termasuklah hutang2 yang kita ada macam loan kereta,ptptn dan sebagainya..Alhamdulillah Allah temukan kami dengan orang yang sgt helpful Puan Fiza yang proseskan loan kami dan juga manager bank Encik Osman yang sangat kami hormat..hmmm sampaikan diorg ni dah jadi kawan kami hehehe..

5. Lepas tu kami perlu berurusan dengan pejabat lawyer.. Alhamdulillah urusan ni pun sangat mudah.. Puan Hasni sangat membantu kami.. segala urusan melibatkan pemberian tunai kami pilih untuk serahkan di pejabat lawyer untuk mudah didokumentasi dan elakkan penipuan.

6. Pejabat lawyer akan aturkan pertemuan antara buyer dan owner rumah untuk pertukaran nama rumah di Pejabat Tanah..ini lah first time kami jumpa owner..Alhamdulillah kami dipertemukan dengan owner yang sangat sopan,peramah dan baik..sampaikan lepas tukar nama dia terus nak bagi kunci untuk kami duduk rumah baru..tapi kami tolak dengan cara baik sebab ada beberapa urusan dokumen dan sebagainya belum selesai dan kami belum betul-betul bersedia untuk urusan pindah dalam tempoh terdekat.

7. Sekarang ni tgh tunggu dokumentasi yang belum selesai dari pejabat lawyer ada sikit je lagi..tertangguh disebabkan PKP..rezeki Allah tetap berpihak pada kami.. baru bayar untuk bulan pertama Kerajaan umum untuk moratarium..so bayaran bulanan rumah ditangguh..kalau tak pening jugak nak bayar sewa rumah lagi nak bayar rumah baru lagi..Allah tau hanya ini yang kami mampu. Ada hikmah kami pilih loan bank kan..Owner pun walau dah dapat bayaran masih berhubung dengan suami tanya khabar itu ini..Allahu bersyukur sangat Allah temukan dengan orang yang baik-baik sepanjang proses ini.. dengar cerita orang beli rumah second hand ni buat kami gerun tapi Alhamdulillah semuanya lancar dan baik-baik belaka.


Alhamdulillah hari ini hanya menunggu hari untuk bersalin dan ambil kunci rumah..doakan urusan kami dipermudahkan..doakan kami ye!

Tuesday, 19 November 2019

Rumah Pertama

Assalamualaikum wbt
Semoga dirahmati Allah selalu.

Sekejap je dah masuk November..Rasa macam baru je lagi sambut tahun baru kan hehehe..
Untuk 2019 ni tak banyak perubahan yang berlaku dalam hidup cumanya Alhamdulillah banyak urusan kami Allah mudahkan..rezeki yang Allah bagi bukan terlalu mewah tapi cukup untuk kami kongsi sikit-sikit dengan keluarga dan kawan-kawan.

Kami plan nak ada rumah sendiri dah lama tak silap dah plan masa baru-baru kawin lagi tapi banyak sangat benda dan isu yang membuatkan hasrat terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah tahun ni Allah rezekikan kami untuk miliki rumah sendiri. Pengalaman banyak mengajar kami untuk tidak terlalu gopoh nak ada rumah. Allah dah tetapkan rezeki kita jadi kenap nak risau sangat. Terus terang tekanan dari sekeliling membuatkan kami sangat2 tertekan untuk ada rumah sendiri sampai satu hari sy terbaca tips dari seorang hamba Allah ni. Ini juga perancangan terbaik dari Allah untuk kami

Ini antara beberapa tips untuk yang masih belum membeli rumah atau yang tertekan macam kami dulu untuk ada rumah sendiri.


  1. Bincang secara telus dengan pasangan senarai hutang,tanggungan dan juga simpanan..sebab kami sendiri pernah laluinya bila hutang sy dia tak ambil tahu dan hutang dia sy langsung tak pernah kisah..bila berbincang isu ini akan nampak pro n con sama ada itu masa yang sesuai untuk beli rumah atau tak.
  2. Pilih rumah yang mengikut kemampuan kita..dalam hal ni ukur baju di badan sendiri sangatlah penting. Jangan mudah terikut dengan rakan,socmed dan sebagainya..hutang dan pendapatan kita hanya kita dan pasangan kita yang tahu begitu juga dengan rakan..jadi untuk apa kita nak samakan kemampuan kita dengan dia?
  3. Survey dulu kawasan perumahan yang ingin kita duduk..Benda pertama yang buatkan kami decide untuk pilih rumah tu adalah sebab environment..dekat dengan Plaza Tol (paling penting untuk mudahkan sy ulang alik jika berpindah tempat kerja yang jauh..maklumlah keje gomen sampai masa tetap kena tukar), dengan dengan masjid, dekat dengan sekolah, kawasan yang tenang dan bersih dan kalau boleh ricky tgk masyarakat di situ macam mana contohnya muafakat,prihatin dan sebagainya..kalau dapat info ni memang bonus sebab jiran kami dulu ada yang beli rumah di situ dan banyak info yang boleh kami tau.
  4. Kenal pasti tujuan beli rumah..Ada pendapat yang cakap beli rumah di usia muda untung sebab loan boleh pergi lagi tinggi dan insurans jugak rendah. Ada jugak yang cakap beli je rumah macam mana yang penting boleh buat aset..Kami hampir terpengaruh dengan idea ni menyebabkan kami gopoh nak beli rumah cepat-cepat. Tapi sebenarnya itu tak penting..yang penting beli ikut kemampuan. Tak kan lah umur 25 dah nak buat aset unless gaji kau memang tinggi dan business kau maju..bukan apa untuk apa sangat kita nak memikirkan untuk buat aset sedangkan banyak keperluan lain yang perlu didahulukan..lagi satu korang ingat senang ke dah beli pastu rasa tak best boleh jual..ia bukan dalam tempoh seminggu dua..silap haribulan nak urus jual rumah,nak settle baki hutang nak cari buyer boleh makan tahun..so betulkan niat in sha Allah dipermudahkan.
  5. Yakin dengan janji Allah..ini paling kami pegang..bukan ini kali pertama mencuba beli rumah tapi ini yang ketiga atau keempat..kalau dah tertulis rumah ini milik kita in sha Allah tetap rezeki kita.
Ok lah rasanya ni antara tips utama yang blh sy share..mungkin pendapat orang berbeza..nanti sy share pasal ujian,cabaran dan rezeki kami untuk beli rumah.

Assalamualaikum.

Saturday, 26 January 2019

Tips Ummi : Anak Yang Memahami

Assalamualaikum wbt.
Semoga semua dirahmati Allah selalu.

2019 berjalan dengan tenang..meninggalkan seribu cerita yang penuh pahit dan manis. Kata orang ada benda boleh dikongsi dan ada benda lebih molek tidak dikongsi..bukan apa takut mengaibkan diri sendiri dan orang lain.

Okay pejam celik pejam celik lagi berapa hari je Khadijah perfect attendance ke sekolah untuk Januari.Alhamdulillah..tak banyak ragam pun..sampai ke hari ni dia tetap excited macam day first ke sekolah..

bersembang dangan rakan-rakan hal anak kadang-kadang banyak benda juga perlu ditapis..takut kalau dikata menunjuk hal anak. Tapi satu hari bersembang dengan sorang teman ni..dia share tentang anak perempuannya...satu malam dalam keadaan yang terlalu penat menguruskan hal kerja dan rumah tangga si anak merengek dan memberontak dengan tinggi suara minta itu ini sedangkan si ibu nak buka mata pun dah tak mampu..apa lagi si ibu menengking sampai anak menangis hingga tertidur..so pagi tu si ibu meluahkan pada saya rasa bersalah.

Saya cuba berkongsi..itu pun sy dapat tips dari Mak dan ustazah mengaji sy di Perlis dulu.

Hubungan saya dan adik beradik dengan Mak sangat rapat..dia tempat kami mengadu masalah dan senang kami (Abah kena bertapis sebab segan bila sentuh bab2 perempuan hehehe)..SELESA..ya itu yang paling penting.Mak dari kami kecil rajin berbual dengan kami..hal kawan,hal cikgu, hal kerja sekolah sampailah sekarang hal bos pun boleh share dengan Mak hahaha..Sebelum tidur kami suka berbual sebab Mak kata masa tu fikiran lebih rasional (sy tak dapat buktikan secara sainsnya) tapi melalui pengalaman itu memang betul.

Itu yang sy amalkan sekarang dengan anak-anak..masa sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang untuk kita berbual secara sangat rasional..Banyak benda yang sy kongsi dengan Khadijah dan Iyad..Khadijah akan berbual macam-macam...masa ini dia kan luahkan macam-macam..Pernah dia tanya "Ummi kenapa petang tadi Ummi marah Kakak?"..Allahu...menitik jugak air mata ummi..rasa bersalah teramat sangat..jadi waktu inilah kita kan betulkan keadaan..saling minta maaf..Ada juga masa hari lahir dia yang ke3 sy share tentang sakitnya melahirkan dia..punya tenangnya suasana masa tu hingga kami berdua menangis..dia ingat setiap cerita sy hingga hari lahir dia yang ke4 dia peluk dan ulang lagi kisah sy melahirkan dia...Allahu..petua Mak dan ustazah ni mmg sangat berguna.Anak jadi lebih memahami ibu dan terlalu mengasihi..

Sebelum tidur ambil lah peluang berbual kerana kita tidak tahu mungkin esok kita tiada lagi peluang itu, bermaafan lah dan luahlah isi hati..itu lebih mengeratkan..dan pengalaman sy itu lebih mematangkan anak-anak.

Kita bukan hidup di zaman dulu yang membesarkan anak tanpa mendidik anak. Membesarkan itu mudah tapi mendidik itu perlukan pengorbanan..dari sibuk mengadap handphone mencari cerita itu ini,bergosip hal yang macam-macam,menjadi nombor satu dalam semua berita apa salahnya jadi nombor satu untuk kisah anak kita..selami jiwa..bukan apa takut-takut semakin dewasa anak-anak semakin tiada rasa memahami antara kita.

Good luck ibu-ibu!!

Sunday, 30 December 2018

Good Bye 2018

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik anak-anak ummi dah besar dua-duanya..Izz Khadijah lagi 4 hari dah masuk 4 tahun dan Iyad Kameel dah 1 tahun 6 bulan..Alhamdulillah makin sihat,aktif dan bijak bercakap (kadang-kadang soalan kakak buat ummi terpaku nak jawab hahaha)..

2018 dah sampai ke penghujung cerita..terlalu banyak kisah yang nak dikongsi tapi adakala terpaksa simpan dan ada yang boleh dikongsi tapi tak berkesempatan.

Apa pun 2018 yang bakal ditinggalkan terlalu indah untuk dikenang.

Antara peristiwa penting 2018

1. Mac - Alhamdulillah dipilih untuk maju setapak dalam kerjaya

2. September - Kehilangan seorang insan yang penyayang...Ayahngah (adik Abah)

....dan Alhamdulillah Allah masih limpahkan rezeki kepada kami (tak mewah tapi Allah cukupkan), anak-anak yang sihat, family yang sentiasa ada saat susah senang dan sahabat yang sangat memahami.

Semoga berjumpa lagi!
2019 i'm ready for you!



Tuesday, 14 February 2017

Short Vacation!

Assalamualaikum wbt.

Semoga dalam lindungan dan rahmat dariNya selalu..

Lepas celebrate birthday Khadijah yg ke 2 baru-baru ni Allah uji kami..Khadijah demam+muntah+cirit birit yang teruk...Khadijah mmg anak yg aktif tapi kali ni dia sangat2 lemah...Alhamdulillah setelah berbagai usaha dan doa selepas 8 hari keadaaan back to normal..anak Ummi getting better and better...dah boleh pot pet pot pet dah hahaha...Ummi sukeeeee!!!

So Abah Khadijah cakap jom kite rehat-rehat kat luar (husband n i mmg bagi full attention pada Khadijah sampai x cukup rehat,makan dan tidur)...sebenarnya ada jugak terfikir tapi malas nak request dkt suami takut2 emosi dia masih x stabil (lepas MIL meninggal).Bila idea bernas tu keluar dari mulut dia apa lagi melompat kami anak beranak (sebenarnya Ummi je yg lompat hahaha).Yelah rasa macam lama sangat x rest...dekat rumah bkn tak boleh rest tapi tak kan dapat rest kalau kain baju x basuh x lipat,rumah x kemas,x siap dinner...so jln paling baik rest di luar x kisah lah mana pun asalkan keluar dari rumah...sebenarnya kami jarang bercuti bertiga.selalunya cuti banyak dihabiskan di kampung.so decision bercuti walau sekejap ni adalah sekali dua je dalam setahun (harap2 tahun ni dapat banyak kali dalam setahun hahaha).Kami xlah mcm org lain vacation berpuluh kali tapi cuti kami lebih kepada rehatkan badan dan luangkan masa bersama..masa ni fokus lebih kepada Khadijah.masa ni jugak peluang merencana masa depan (berangan sebenarnya hahaha).bagi kami kuantiti bukan ukuran tapi kualiti..

Ok lps habis office hour (hari Khamis) Abah bagi cadangan and sebelum maghrib kami terus berdesup keluar heading to Penang..kalau ikut sempadan Penang is about 5 min from our home hahaha...tapi kitorg pilih pergi ke sebelah pulau sana..yes Feringghi!!!Dalam kereta Abah Khadijah call hotel untuk reserve bilik yang facing laut..atlast kami pilih Copthorne Hotel..rate Alhamdulillah masih di bawah kemampuan.xlah yang mahal sangat..Khadijah nampak excited sangat...Ummi double excited haha..so jom lah layan gambaq kami naaa...






























See you again!

Tuesday, 24 January 2017

You Are Most Welcome!

Assalamualaikum wbt.

Semoga di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

2016 tahun yang bagi sy tidak terlalu berat atau ringan...biasa-biasa saja.Kalau diikutkan perjalanan hidup memang akan ada pasang dan surut cumanya hidup sy sendiri tidaklah orang kata terlalu pasang atau terlalu surut sampai kering kontang.

Alhamdulillah dalam kerjaya walaupun banyak cabaran tapi masih di tahap under control.Dugaan datang macam2..akan ada masa direject,diterima,dikutuk,dipuji..itu lumrah dalam kerjaya...4 tahun bergelumang dalam kerjaya ini semakin mematangkan diri dari aspek membuat keputusan,menilai baik buruk dan yang pasti hati sudah mula belajar untuk jadi KERING hahaha...so kerjaya not bad je lah kan..

Bab keluarga Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ujian dan dugaan mematangkan kami suami isteri..bertengkar isu kecik tu biasalah hahaha..Penghujung 2016 kami dikejutkan dengan pemergian ibu mertua..Semoga Allah menempatkan Mak di sisi orang yang beriman.

Dan di sebalik kesedihan Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kami mengukir senyum..Yes Khadijah x lama lagi akan jadi kakak!!!Alhamdulillah perancangan dimakbulkan Allah..cuma sedih tetap ada bila ibu mertua x sempat tgk cucu barunya.

Perasaan jadi bercampur baur.sayu.pilu.gembira.

Apa-apa pun untuk anak Ummi yang bakal lahir nanti you are most welcome!
(kakak Khadijah org yang paling excited ok kikiki).See you soon on Ramadhan!

Sunday, 14 August 2016

Raya 2016

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Hah dah masuk Zulkaedah tapi masih gagah update pasal Syawal hahaha..
Ok tahun ni turn raya di Perlis (family husband). So sebab dah pernah beraya rumah husband masa tahun pertama kawen perasaannya xla sedih sangat cuma ada la rasa sentap bila fmily upload gamabr bakor lemang,suasana pagi raya,bergamabr beramai2 hahaha...

Untuk tahun ni sedikit kelainan dirasa bila M.I.L terlantar n semua kerja sy n akak ipar yang urus.Letih tu ada tapi bila time raya ni semangat tu lain..letih pun tapi seronok layan tetamu.Paling best tahun ni Khadijah dah pandai merai tetamu yang datang n tak berhenti bersalam..cuma mintak duit raya tu belum master lagi hehehe..

Beraya di Perlis sampai raya kedua..tengahari gerak balik Perak..satu tragedi menyayat hati berlaku..masa dah dekat separu jalan bos husband call suruh masuk keja sebab ada urgent.What??????

So 4 jam jgk tggu dia settle keja..call kawan2 semua masih di kampung...nak masuk kt tempat keja abah bkn boleh suka-suka hati..org luar mmg x dibenarkan masuk..jadi berayalah kami di tepi jalan hahaha.. Sampai kampung pun dh lewat petang..agak touching bila sampai sanak saudara mmg tgh menunggu ketibaan kami hahaha...pakat berebut nak dukung Khadijah..paling best diorg tgh prepare untuk BBQ malam tu...wahhhhh best2. so tu je la nak cerita..tahun masa singkat sangat sebab raya keempat dah kena masuk keja...uwaaaaaa.


Iols masak okehhhh

Pagi raya di Perlis

Agak sayu hati bila pagi raya hujan membasahi bumi hehe

Khadijah terpaksa didukung sebab dah tak keruan nak berlari sana sini
dah 4 jam dok dalam kete agak2 aktiviti apa lagi yg kami boleh buat hahaha

Petang raya kedua..sampai2 terus cousin ajak bergambo hehe

Abah dah tukar uniform sebab nak prepare untuk BBQ malam tu...jadi xleh masuk dalam gambar raya hahaha

Maksu (cousin abah yang kiri sekali tu) datang beraya..masa ni da nak balik dah. ni je gambar raya dengan Mak n Abah uwaaaa.


Bye!


Sunday, 6 March 2016

26 Februari

Assalamualaikum wbt
Semoga dibawah lindungan dan rahmatnya selalu.

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya untuk sambut hari lahir tahun ni.
Tak ada wishlist pun untuk tahun ni..cukup sekadar apa yang diberi olehNya...sangat memadai memiliki suami yang sudah mula memahami isteri,anak yang semakin bijak,keluarga yang sangat menyayangi,kerja yang baik (bukan gaji tapi pengalaman yang sangat mendewasakan), sahabat2 yang sangat supportive (you know who you are),rezeki kesihatan yang baik, pendapatan yang mencukupi..itu semua sudah membuat saya rasa terlalu untung dan bersyukur.

Kalau sebelum2 ni sy pasti tertunggu2 insan tersayang wish birthday tapi tahun ni agak berbeza.Tepat pukul 12.01 malam husband call dan yang kesiannya sy masih mamai sbb pukul 10 dah tido..hahaha.esoknya tu baru igt n cepat2 call husband cakap terima kasih sbb wish hahaha!tanda-tanda usia semakin meningkat..tahun ni xde pun kek just makan malam n hadiah dari suami..mungkin nk potong kek dengan Along (anak buah sulung yang lahir pada 03.03.2003) n Mak (21.03.1952)...ha rasa macam best je nk potong kek bertiga hehe..

Ok lah...tengah fikir cara nak sambut anniversary pda 14.03.2016 yang baru ke 2 tahun (kalau budak-budak orang kata jalan pun tak berapa nak betul lagi..hahaha) yang akan diingati sampai bila2..any idea?



Saturday, 31 October 2015

Didikan Anak

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah semuanya.

Bagi sy anak adalah anugerah yang tak ternilai.Katalah apa sahaja bagi sy anak adalah segalanya.Mak dulu Cikgu tadika.Selain pengalaman mendidik sendiri anak-anak Mak juga ada bekalan ilmu yang banyak berkaitan psikologi kanak-kanak,didikan,pembelajaran dan macam-macam lagi.Untungnya kami adik beradik mendapat pendidikan awal di rumah sebelum menjejak kaki ke sekolah.

Mak dan Abah sediakan bilik khas untuk kami main sepuas2nya.contenglah dinding ikut kata hati,sepahkan la bilik tu ikut rasa,buatla apa sahaja sehingga puas.Itu cara mak bagi kami kepuasan bermain.Belum lagi bab menyanyi lagu2 rakyat,main teddy bear yang Mak buat sendiri,mencuba pelbagai alat muzik,belajar mengeja..Mak buat rumah seperti syurga bagi kami.Abah sediakan katil yang ditransform jadi tempat kami rehat2 di dapur.Di situ Mak dan Abah betulkan bacaan dan ejaan kami.Di situ Mak dan Abah gelak tgk keletah kami.Di situ Mak nyanyikan lagu2 rakyat untuk kami sambil memasak.Alhamdulillah sy dan kakak2 sy masih igt 3,4 lagu yang Mak ajar dan sempat kami nyanyikan utk anak2 kami.Khadijah sgt suka lagu Sang Semut dan Pemburu hehe.

Mak dan Abah hantar kami mengaji Quran dengan jiran sebelah (Al Fatihah untuk tok guru mengaji Allahyarhamah Halijah~sebenarnya Arwah lebih dari itu..dia tempat kami menumpang kasih seorang nenek).Bukan xde Tok Guru mengaji yang lebih hebat tapi Mak dan Abah lebih suka hantar sebelah rumah je sbb senang nak pantau kami adik beradik.Mengintai dari tingkap bilik pun dah boleh tau kami bersungguh ke tidak.

Mak dan Abah ada cara didikan mereka sendiri.Diorang sangat pentingkan kasih sayang.Mak dan Abah marah kalau kami bergaduh.Mak pernah cakap klu nak gaduh kenapa x bunuh je..biar mati biar xde yang kacau lagi.jadi kami sangat takut nak bergaduh depan Mak dan Abah.Jujur sy katakan Mak dan Abah tak pernah jentik apatah lagi memukul.Sehinggakan Abah kalau nampak nyamuk hinggap di badan kami Abah hanya memicit nyamuk sehingga mati (itu rutin abah setiap malam..).Cukup hanya menjeling atau menyebut nama kami..itu dah cukup menggerunkan.Sehingga sekarang jujurnya kami sgt syg satu sama lain.Kami belum pernah ada rasa cemburu,benci dan marah sesama kami sebab sayang itu yang mengikat kami.

Sy bersyukur itu cara didikan Mak Abah..penuh sopan.penuh kasih sayang.Mak selalu cakap kalau guna kekerasan pada fizikal selalu sangat lama2 anak2 jadi lali.dah tak takut.hilang takut anak akan buat balik.Mak cakap kalau marah anak bagi nasihat dan pengajaran.Marah tapi jangan guna kata kesat.Itu akan buat anak2 lebih ingat.Ye itu memang betul.Sampai sekarang setiap kata-kata Mak sy x pernah lupa.

Mak dan Abah rajin amalkan doa2 untuk anak2...semua doa2 yang dapat dari orang2 alim yang hebat di kampung sy Mak dan Abah simpan.tiap2 malam dulu Mak akan bangun tgh malam.Pergi ke setiap anak dan doakan di ubun2 kami.Walau pun ada masa kami tersedar tapi kami lebih selesa buat2 tidur hehe..

Itu contoh terdekat sy dalam mendidik anak.In Sha Allah akan sy gunakan untuk mendidik Khadijah.. Mana yang elok ambil panduan dan yang rasakan tak sesuai boleh dijadikan pedoman.

Argghhh tiba2 rindu saat kami duduk serumah sekeluarga dulu.Indah!!

Tuesday, 11 August 2015

Sesekali Ku Rasa Teringin lalalala

Assalamualaikum wbt
Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik

Ingat lagi masa saya di jabatan lama.
Saya ada bos yang sangat baik dan memahami.
"Zu dah makan?jom sy belanja zu x dapat gaji lagi kan"

Jujur dalam menegur.
"Zu tak elok la pakai lagu tu"

Bijak tangani stress staf.
"ishh awat sedih2..jom2 p makan kt Kola malam ni"

Pandai mengambil hati.
"ok la tu..pandai dah..nnt sy x payah ajar dah..cepat zu tangkap"

Rajin bergurau.
"Ishh kawen dengan orang tua tu baru tau..sy gelak je kalau jadi"

Saya ingat setiap momen dengan bos sy tu..bagi sy dia boleh jadi bos yang boleh sy hormat dan ada masa boleh jadi Mak saat Mak sy jauh di mata.

Paling sy ingat
"Cik Ju seronok jadi Cik Ju..baik,org hormat,banyak duit,penyabar..teringin nk jadi Cik Ju..sy ni selalu je nasib tak baik"

"Jangan cakap mcm tu..Zu pernah tau entah-entah sebenarnya ada orang lain teringin sangat nak jadi macam Zu"

Ok.Indeed.


Sunday, 12 July 2015

Meriahnya Raya

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Ok sebenarnya bahang raya dh mula terasa.lagu2 raya dh meriah kt radio.kt mall xyah cite la baru hari ke 5 puasa pun dh ada lagu raya...haiyooo x baik ooo cmtu.semalam blk dari kampung dah penuh panjut (pelita) kt laman umah orang.rumah iols pun ada jgk tp x meriah macam org le...habuan anak2 buah main bunga api hikhikhik.

Untuk tahun ni perasaan nk raya tu lain sikit..excited untuk anak yang lebih..baju Ummi n Abah ala kadar je.kami lebih fokus pada baju raya Khadijah (ok x aci...awak x puasa pun kekeke)..sy shopping agak last minute sbb susahhhhh sgt nk cari masa yang sy n husband dapat cuti sama.last2 3 hari lepas baru dapat curi masa..macam biasa sy lebih memilih untuk shopping dengan semua ahli keluarga..jadi mall akan meriah dengan 7 orang cucu Zainudin hahaha.letih mmg letih sbb sebelah tangan cari barang sebelah lagi tarik tgn anak buah takut merayap jauh2 (Khadijah behave je dok dalam stroller...hmmm x dapat kaki lagi..tggu la tahun depan hihihi)..so lega dh selesai beli baju Khadijah..barang2 dapur utk Mak pun dh selesai..kami pilih untuk kongsi duit adik beradik..jadi xla beban kat sorang2 atau beban kt abah n mak.

Weekend baru ni jgk Yong n Nyah sempat siapkan 4 jenis kuih raya..tahun ni x macam tahun lepas..tahun lepas kami sempat buat 12 jenis kuih raya..tahun ni masing2 busy..tambah2 Mak Usu masih dalam tempoh training di INTAN..tapi ok la jgk dari x buat langsung..sy lebih kpd cuci n kemas umah..habis 1 umah aku mop kauuuu...n abesss kena bebel dgn Abah 1 hari sebab baru bape bulan operation dah gagah nk mop2 umah kakaka..Husband i tahun ni excited sebab 1st time raya di kampung saya...so dia menunjuk-nunjuk (hehehe) kepakaran yang ada...abes suis2 umah dia sambung2...dipasangnya lampu raya yang meriah n pasang spotlight kt pokok buluh kesayangan abah..macam Majlis Bandaraya plak ahakkk.ok la tu kan..

Secara jujur x sabar nk tengok cmne Khadijah di hari raya nanti...anak ummi tolong behave tau..jangan banyak ragam sangat...Ummi bnykkkk keje nk kena buat nnt..hehehe.

Ok nampak x sy punya excited raya?

Monday, 24 March 2014

Rahsia Allah

Assalamualaikum wbt
Semoga sentiasa di bawah lindunganNya selalu.

Alhamdulillah atas kurniaanNya.Syukur hari ini sudah 11 hari sebagai isteri.Sy tak tau perasaan orang lain bagaimana.Bagi saya setelah apa yang saya lalui dalam hidup ini, saat sah bergelar isteri rasa seperti mimpi. Bukan tidak berpijak di bumi nyata tapi itu yang saya rasa. Rasa betapa penyayangnya Dia mengurniakan saat indah ini dalam hidup saya.

Mungkin bagi orang lain jodoh saya itu tidak elok di mata mereka atau mungkin juga tidak kena pada hati mereka. Bagi saya jodoh itu terlalu rahsia sehingga tidak terjangkau dek akal dia sebenarnya jodoh kita. Suami yang akan membawa ke syurga atau neraka. Saya sendiri masih terfikir-fikir sejak bila Allah membuka hati ini untuk menerima baik buruk jodoh saya. Yang pasti aturanNya cukup cantik!tersusun!Subhanallah!

Saya ada tanya pada suami bila dia mula suka pada saya.Jawapannya ringkas dan padat tapi cukup terkesan dalam hati saya hingga saat ini.Katanya kali pertama melihat saya entah kenapa dia yakin sayalah jodoh dia walaupun dia tahu saya sudah berteman. Katanya dia tiada apa-apa tapi dia yakin pada doa.Ya doa!Allah sudah bagi jalan untuk mohon padaNya jika inginkan sesuatu jadi tiada apa yang harus diragui.Berdoalah!

Untuk Suami,
Terima kasih kerana menerima tiap kurang dan lebihku
Terima kasih kerana menerima tiap baik dan burukku
Terima kasih atas kesudian membimbingku tanpa jemu

Untuk Mak & Abah,
Terima kasih kerana merestui kami
Terima kasih kerana melakukan yang terbaik untuk kami
Terima kasih kerana tidak putus mendoakan kebaikan kami

Untuk Yong,Nyah,Ita, Abang Man & Abang Taufik,
Terima kasih kerana menerima dia dengan lapang dada
Terima kasih atas lelah kalian
Terima kasih atas iringan doa kalian

Untuk anak-anak Achik,
Terima kasih atas gembira kalian menerima Ayahchik
Terima kasih atas semua pertolongan kalian
Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan Achik

Untuk Wani,Ayu, Bai, Dina & teman-teman,
Doa kalian aku hargai
Semangat yang diberi kan ku ingat sampai mati!

Syukur Ya Allah!
Redhai jalan kami ini
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Bimbinglah kami
Dengarlah rintihan kami
Perkenankanlah doa kami
Aamiin.

 

Nak tengok gambar-gambar kisah 140314 boleh la tengok dekat blog Baidura
N dekat blog Fidayu pun ada jugak...dua2 sahabat susah senang saya :)

Sunday, 19 January 2014

When it's 52 days more to go!

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Pejam celik pejam celik dah msuk mid Januari..mid yg dh nk hujung2 sebenarnya..Masa2 macam ni perasaan datang macam2..nervous sebab pikir preparation, takut apa yang dirancang x menjadi,bimbang kalau2 ada yang terlepas pandang,sedih memikirkan pasni dh tak boleh nak balik kampung kerap2..ehhh macam2 lah!lagi 52 hari je oii!

So far syukur kepada Allah sebab family sangat2 membantu..Mak n Abah of course master mind utk semua n mmg planning n idea diorg sy xleh nk deny..so far perfect for me!..Yong for sure sangat jaga kebajikan..she's more to control do n dont.Memang sgt memerlukan Kakak yang sebegini sebab sy boros n of course failed in budgeting n controlling money flow hahaha...Nyah mmg expertist in printing+media+design n apa2 yang berkait dengan illustration,design stickers n macam2..fuhhh so helpful sebab dh boleh jimat kat situ.sy mmg sgt2 suka design2 my kakak yg 2nd ni...simple but nice.tak la grand gile mcm org lain buat tapi cntik di mata n hati sy is more than enough!Ita??of course dia sgt3 bnyk membantu..ada hikmah nape dia belum ada rezeki keja...mungkin nak dia bantu sy yg mmg management out sgt hahaha...dia sentiasa ada utk sy...pendek kata dia wedding planner yg superb!dari sekecik2 benda sampai la ke sebesar2 benda semua dalam kepala dia..Abang2 ipar mmg banyak membantu dari segi idea n kudrat tulang empat kerat hehehe..haihhh huntong sgt.anak2 buah Achik lagi la excited terlebih...Alhamdulillah semua sangat rajin n helpful..mcm sangat2 memahami...touching Achik tau!

Sahabat?haruslah membantu..Monie always there for me...ada je idea dia..design kek yg pling die interested hahaha...selalu jgk buat sesi luahan perasaan yg dia pun kadang2 malas nk layan haha..Cik Fidayu n Cik Baidura almost everyday whatsapp me tau...tanya itu ini,bgi idea itu ini n selalu provoc2 story bagi i malu2 miawwww hahaha...luv u olls sgt2 la hahaha.ok klu uolls2 baca ni Mak n family aku lebih busy atur tempat nk stay korang daripada atur utk rombongan pengantin tau...kecik ati Zauj hahahaha!

Nothing can describe my feel rite now..doa sy semoga semuanya berjalan lancar n hari tu nanti akan membahagiakan semua...xmau sedih2 tau..walau ramai yg membantu tapi rasa nak pecah jantung bila tgk calendar....ohhh Allah...52days more to go??52 je??....adududududu..


Wednesday, 29 May 2013

Saya rindu Dia

Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..

Hari ni sy terjaga awal.lebih kurang jam 4 pagi.teringat kata Arwah Ustazah sy pesan..kalau terjaga di sepertiga malam bangunlah jangan malas.itu sebenarnya Malaikat yg kejutkan kita.jadi gunakan masa itu sebaik mungkin.kalau tidak mampu untuk bangun melakukan solat sunat,berdoalah kepada Allah.itu juga boleh..kerana kata Ustazah kalau terjaga lps tu sambung tidur balik tanpa buat apa2 takut2 Malaikat xkan kejut kita lagi..jadi terlepaslah peluang kita untuk menggandakan amalan di sepertiga malam..

Hati sy jadi sayu.sedih mengenangkan mereka yang telah tiada.takut andai sy terlupa untuk doakan kesejahteraan mereka di sana..sy telah lama merasai kehilangan orang tersayang.bermula dengan Opah (mak Abah )Ayahpandak (adik lelaki bongsu Abah), Opahchik (mak saudara abah yang paling rapat), Apak (abang ipar Mak), Pakcik Li (abang Mak), Kak Ima (isteri anak angkat Mak), Ayahuda (adik lelaki Abah), Tok (ayah Abah), Rizal (anak adik lelaki Abah)....semuanya sy tangisi..mereka ini terlalu dekat dalam hidup sy..pemergian mereka sedikit sebanyak memberi kesan kepada sy dan keluarga..Abah selalu pesan jangan lupa doakan mereka.pesan abah tu x pernah sy lupa.sepupu2,adik beradik dan mungkin teman2 selalu pelik bila tgk sy pada hari raya.sy akan menangis sungguh2..pagi raya, di kubur, di masjid...sy tau mungkin sy ni cengeng tapi yg lebih sy tau dan mungkin orang lain xtau sy rindu mereka.sy sedih kalau2 orang lain lupakan mereka dan mungkin juga lupa doakan untuk mereka.sy bimbang andai sy juga mendapat habuan yg sama bila sy tiada..habuan orang lain-lain..

Hati sy lebih tersentuh bila teringatkan Arwah Ayahuda..dia berkahwin tapi tiada anak.dia pelukis.sy kagumi Ayahuda.benar sy terlalu rindukan Ayahuda.sebab semasa Ayahuda pergi sy orang terakhir yg jaga Ayahuda di hospital.sy dipilih Allah melihat sendiri Ayahuda pergi depan mata sy.sy berpeluang mengajar Ayahuda mengucap.sy dapat lihat airmata ayahuda mengalir x berhenti.sy masih dapat rasakan kuatnya genggaman tangan Ayahuda menggenggam jari sy..semua masih segar walaupun dah 7 tahun berlalu.beberapa minggu lepas sy bersembang dgn Mak.sy menangis semahunya.sy cakap pada Mak..."Mak agak2nya ada tak yg doakan utk Ayhuda..dia xda anak...dia paling rapat dengan kita..klu kita x doa sapa la nk doakan ye Mak"..
sungguh.sy terlalu rindukan dia.Antara pesanan terakhir yg dia ckp pada sy dia teringin nk dtg masa konvo degree sy dulu tapi x sempat..dia pesan lagi nnt kalau dia dah xde ambil la mana2 lukisan yang abah dan adik beradik dia suka.ambil la buat kenangan.tapi itu pun kami x dapat tunaikan.bnyk kekangan.

tadi sy terjumpa satu blog ni.. Ya Allah dia cerita tentang Ayhuda.sy menangis.sy panggil seorang penghuni yg sering mengingatkan sy pada Ayhuda.sy suruh baca blog tu.sy tunjuk lukisan2 Ayahuda.sy suruh dia gunakan anugerah yg Allah bagi pada dia.melukis..anugerah yg Allah bagi pada dia sama dengan Ayahuda..sy doakan insan ini berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah engkau tempatkanlah mereka yang kusayang ini di syurgaMu Ya Allah..lindungi mereka dari seksa kubur..semoga temukan kami semua di JannahMu Ya Allah.


Sungguh!aku rindu dia..


Dia dan teman rapat


Hasil yg paling sy suka..dan pernah berhajat utk ayahuda buatkan utk sy bila sy ada rumah sendiri


  

dua hasil yang hanya dia dan kami tahu maksudnya...sungguh mendalam.

foto credit to Mr google..mine ada dlm album :)

Tuesday, 7 May 2013

Ini saya cakap!

Assalamualaikum wbt...
Semoga semua sentiasa dirahmati dan di bawah lindungan Allah.

Dah 3 hari berlalu..mungkin semua orang pun tahu.entah apa yg berlaku pada diri sy.sudah 29 tahun sy hidup di bumi Allah ini tapi kali ini baru sy mengerti apa itu perjuangan..perjuangan yg sy benar2 yakin dan pasti.sy tahu ilmu sy belum pun cukup untuk melontarkan pandangan tapi ini jujur dari hati..tidak mengapa andai tulisan sy dibenci.

Sy mungkin seperti orang lain sanggup berjaga sehingga tengah malam semata2 untuk melihat keputusan yang diadili oleh semua..bukan 1 atau 2 juri tapi berjuta..agak mengecewakan..sy kurang pasti kemahuan dan keinginan orang lain..tapi sy sangat pasti dengan kehendak hati sy..terlalu lama sy hidup dalam keadaan yang sangat lalai..sehingga satu hari sy seolah2 dikejutkan dari mimpi yg indah.terasa diri ini kurang sesuatu.sy tak jemu mencari dan akhirnya lompong itu sy temui.ye sy sgt yakin itulah yg sy cari.mencari ilmu yang menjadi bekalan menuju hakiki.jika dihitung apa yg sy ada mmg tidak cukup..entah2 di dunia ini pun belum tentu bekalan sy cukup.takut.ye sy sgt takut skrg ini.

Jadi besar harapan sy untuk memilih hidup berlandaskan suruhanNya.sy tidak mampu meneruskan perjalanan mengumpul bekalan ini sendirian.sy tahu Allah sentiasa ada untuk hambaNya tapi sy perlukan di sekeliling sy turut berjuang bersama sy mencari bekalan ini.dari mana patut sy mulakan?ya bermula dari seorang pemimpin.sy impikan pemimpin yang adil,jujur,amanah dan sentiasa menjalankan tanggungjawab berlandaskan Islam untuk memimpin jutaan juri.sy bukan terlalu meminta tapi ini keinginan sy.sy tidak mahu anak sy nnti hanya mengenal sejarah Melayu tanpa sikit pun tahu sejarah Islam (seperti yang sy alami skrg).sy tidak mahu anak sy nnt hanya mengikut peraturan manusia tanpa mengira hukum-hukum Allah.sy tidak mahu anak sy lalai dengan aktiviti tari menari dan segala macam hiburan tanpa tahu zikrullah.sy tidak mahu anak sy nnt tak dapat bezakan antara aurat dan fesyen,muhrim dan bukan muhrim,halal dan haram.sy tidak katakan semua ini salah pemimpin.benar ilmu itu perlu bermula dari rumah.tapi kalau setiap saat perkara2 itu yang didedahkan mampukah iman senipis kulit bawang itu menangkis semuanya?sy benar2 bimbang.jangan kata sy kacang yg lupa pada kulitnya.jangan tuduh sy insan yang tak tau diuntung.sy ingat semua jasa-jasa mereka yang membantu sy.sikit pun tidak sy lupa.tapi bagaimana dengan nikmat yang Allah bagi pada sy selama ini?patutkah sy balas dengan cara hidup yang sebegitu?

Tidak mengapa..ini apa yang saya cakap.mungkin banyak khilafnya.andai takdir memaksa sy untuk teruskan perjuangan membesarkan anak-anak sy nanti di tengah2 kemajuan,kemodenan dan kelalaian sy terima.mungkin ini cabaran pada sy.jadi mungkin dari sekarang sy perlu terus mencari bekalan sendirian atau mungkin bersama mereka yang sependapat dengan sy.mungkin juga sy yg patut kuat bukan menyalahkan orang lain yg tak pandai memimpin.sy akan terus berdoa supaya sy terus kuat melalui cabaran ini.sy akan terus menyanjung tinggi para anbiya dan para pewaris anbiya.itu yg patut sy contohi.orang boleh melabel sy macam2 tapi inilah sekelumit perjuangan sy.perjuangan untuk generasi akan datang dan untuk agama sy.

teruslah berjuang walau mungkin perjuangan kita berbeza!!














saya akan terus berdoa agar lahir pemimpin seperti tokoh-tokoh ini!

Sunday, 21 April 2013

tolongla datang!

Assalamualaikum..

semoga kalian sentiasa dilindungi Allah selalu.

hari ni mood tak berapa ok..so hari ni kurang sikit meronda kawasan..duduk dlm bilik meeting n bilik je..nk bercakap pun agak terganggu..suara tak keluar,batuk,selsema n sakit kepala..lengkap pakej!!
saat2 macam ni mmg perlukan seseorg...ye MAK n ABAH!alangkah leganya kalau tangan mak n abah yang picit kepala ni..alangkah seleranya kalau mak yang masakkan bubur..alangkah selesanya kalau dapat tidur tepi mak..alangkah lajunya sy mkn ubat kalau abah yang belikan...

betul2 perlukan mak n abah saat ni..:(


Mak n abah..datangla sini...

Sunday, 17 February 2013

Cinta Kedua

Assalamualaikum...

sedihnye ble skrg dh jarang2 nk update blog...sshnye nak cari masa yg sesuai..hati ni meronta2 nk share macam2 tapi terpaksa ditahan..bila dh ada masa tiba2 rasa x best nk update sbb dh basi..suspen je kan entry kali ni hehe..

ok sy jatuh cinta lagi!!dulu sy igtkan cinta pertama itu plg indah tapi sy silap..yg kedua pun ada indahnya..elehhh nak speculate entry i le tu hehe...cinta pada kerja baru saya la.pejam celik pejam celik dh sebulan lebih menjawat jawatan baru (syukur ya Allah) n dh 2 minggu lebih duduk di penempatan baru yg berbeza sangat bagi sy..meh saya cite pengalaman hari-hari sy di sini..jom!

hari pertama melapor diri jantung ni xyah cite la laju cmne..mmg nervous.1 yg unik bagi sy di sini..mereka menggunakan panggilan hormat PUAN utk sy.agak janggal terutama bg org bujang macam sy.hingga ramai yg 2,3 kali panggil tapi sy buat xtau je..hahaha!bila dh masuk 2 minggu ni alhamdulillah dh mula serasi dengan panggilan tu..x masuk lagi pengalaman dgn klien sy..macam2 ragam..alhamdulillah hingga hari ini Allah belum mengurniakan perasaan benci,jemu,bosan...harapnya sy terus diberi ketabahan,ketenangan dan kekuatan untuk terus menjalani tugasan sy.dulu masa kt U sy selalu berangan nk jadi kaunselor walaupun sy tgh study admin science hahaha!tapi alhamdulillah Allah itu maha mendengar..Dia makbulkan permintaan sy..di sini sy tidak membetulkan orang tapi sama2 mengubah dari buruk ke baik..utk mengubah orang of coz sy kena berubah dulu..dh xleh nak moody,marah2,emosional..semua tu kena buang.bukan menjadi hipokrit tapi untuk tidak memberi negative perception pada sy.terlalu banyak yg sy belajar di sini..yg paling sy suka adalah belajar menghargai hidup ini..dalam kuliah yang pernah sy hadiri selalu diingatkan untuk mengamalkan dan menyebarkan ilmu yang berguna..sy selalu buntu...prospect sy terlalu kecil.hanya kepada keluarga dan rakan2 terdekat.dalam FB n twitter pun ada sy sebarkan tapi bimbang niat disalah erti..sehinggalah sy datang ke sini...setiap pagi semua kakitangan diberi peluang utk bercakap apa sahaja tidak kira teguran,pandangan dan apa saje kepada klien..ye sy rebut peluang itu!sy gembira bila mereka amalkan..sungguh sy terharu!

bersyukur sangat dikurniakan rezeki yg x disangka ini.saban waktu melihat sekeliling..menilai diri ini..melihat kelebihan dan kekurangan orang lain sebagai 1 pengajaran dan pembelajaran.sukar untuk digambarkan rasa syukur ini.

banyak lagi yg ingin dikongsi.biar sy simpan dulu ye..yang pasti cinta kedua sy ini ada indahnya!


Wednesday, 26 December 2012

Akhirnya Part 2

Assalamualaikum wbt..

kira punya kira tinggal berapa hari je lagi nk berkhidmat untuk jabatan ni dan berhappy2 together dgn bos,pegawai2,kawan2...arghhhh time is running out!

tadi sy n teman baik diarah untuk menghadiri 1 majlis yang dianjurkan oleh 1 jabatan ni..org2 jabatan ni memang superb!diorg smua best gile ok...dari bos sampai ke staf samua best..tengah bergelak ketawa sambil makan2 dengan diorg semua ditemani angin yang boleh tahan kuatnya hati tiba2 tersentap..tgk plak pakcik2 penerima bantuan..mak ai rasa nak gugur je air mata..uwaaaaaaa..setelah menguatkan semangat akhirnya perasaan itu datang juga..sy dah mula rasa akan kehilangan sesuatu..sesuatu yang sy xkan dapat di tempat lain..sgt valuable!

sy harap sy pergi dari cni tanpa menitiskan air mata..sy akan sentiasa merindui semua ini...rasa bertuah pengalaman seperti ini hadir dalam diari hidup sy..syukur ya Allah.

Wednesday, 19 December 2012

Akhirnya Part 1

Assalamualaikum wbt..

kita akan mula rasa indah bila apa yang dihajati dipenuhi dan rasa marah yang diingini tidak ditunaikan..entahla mendapat khabar gembira kali ini perasaannya lain sangat..tidak seperti sebelum ini.padahal ini yang diinginkan dari dulu.perasaan bercampur baur.rasa seperti tidak kena.kadang senyum kadang menangis kadang riang dan kadang sedih.kalau ditanya apa sebenarnya perasaan itu sy memang tak dapat nak terangkan dengan jelas.sangat sukar.sangat complicated!!

sekarang baru sy faham tentang perasaan dan luahan email AYU saat dia melalui situasi yg hampir sama seperti sy sekarang.entahla bukan tidak bersyukur tapi sedih untuk tinggalkan kenangan itu yang lebih menguasai hati.susah untuk sy tinggalkan rutin hampir 4 tahun sy ini.sukar untuk berjauhan dengan teman yang sangat disayangi.payah meninggalkan tugas yang sudah sebati dengan jiwa ini..

TAKDIR.hanya itu yang sy tau.takdir telah ditentukan.tugas sy hanya laluinya dengan tenang dan sabar.


belum pergi tapi sy sudah mula rindu pada TEMAN :(

Tuesday, 11 December 2012

Mimpi Indah

Assalamualaikum wbt..

baru2 ni on bluetooth (erkk mcm ketinggalan zaman plak guna benda ni hahaha) n mintak teman transfer gambar n lagu..
"letak nama ape xde pun"
...ishhh2 ade la....
"xkan nama ni?" sambil tunjuk *mimpi indah*
..hakhakhak..sy gelak malu meoww..ye betul la tu..
"nape letak nama camtu??jiwang!"
ggggrrrrr..nak transfer ke tak??banyak cakap plak dia ni huhu

entah sy pun xtau kenapa sy letak phone name sy dgn nama tu..memang la sy suka mimpi..tapi sy bukan la org yg suka hidup di alam mimpi..sy cintakan hidup sy di alam nyata ni..cuma kadang2 mimpi yg sy dpt terlalu indah hingga sukar diucap..(memang sepatutnya mimpi tak bolah diceritakan pada org tkut mengundang aib,syirik dan sebagainya)..kadang2 hanya dalam mimpi sy dpt kecapi apa yg sy x dpt di alam nyata sy..sy pernah bawa BMW,sy pernah makan dalam istana,sy ada anak 5 n paling teruk sy pernah jadi kecik tak besar2...hmmm letih tau bila jadi orang kecik je hikhikhik...tapi xpela sy suka mimpi dan sy harap mana2 mimpi sy yg baik akan jadi nyata insya allah..doakan ye..

pssstt..pssstt...mimpi sy indah semalam!!:)