Blog Archive

Wednesday 29 May 2013

Saya rindu Dia

Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..

Hari ni sy terjaga awal.lebih kurang jam 4 pagi.teringat kata Arwah Ustazah sy pesan..kalau terjaga di sepertiga malam bangunlah jangan malas.itu sebenarnya Malaikat yg kejutkan kita.jadi gunakan masa itu sebaik mungkin.kalau tidak mampu untuk bangun melakukan solat sunat,berdoalah kepada Allah.itu juga boleh..kerana kata Ustazah kalau terjaga lps tu sambung tidur balik tanpa buat apa2 takut2 Malaikat xkan kejut kita lagi..jadi terlepaslah peluang kita untuk menggandakan amalan di sepertiga malam..

Hati sy jadi sayu.sedih mengenangkan mereka yang telah tiada.takut andai sy terlupa untuk doakan kesejahteraan mereka di sana..sy telah lama merasai kehilangan orang tersayang.bermula dengan Opah (mak Abah )Ayahpandak (adik lelaki bongsu Abah), Opahchik (mak saudara abah yang paling rapat), Apak (abang ipar Mak), Pakcik Li (abang Mak), Kak Ima (isteri anak angkat Mak), Ayahuda (adik lelaki Abah), Tok (ayah Abah), Rizal (anak adik lelaki Abah)....semuanya sy tangisi..mereka ini terlalu dekat dalam hidup sy..pemergian mereka sedikit sebanyak memberi kesan kepada sy dan keluarga..Abah selalu pesan jangan lupa doakan mereka.pesan abah tu x pernah sy lupa.sepupu2,adik beradik dan mungkin teman2 selalu pelik bila tgk sy pada hari raya.sy akan menangis sungguh2..pagi raya, di kubur, di masjid...sy tau mungkin sy ni cengeng tapi yg lebih sy tau dan mungkin orang lain xtau sy rindu mereka.sy sedih kalau2 orang lain lupakan mereka dan mungkin juga lupa doakan untuk mereka.sy bimbang andai sy juga mendapat habuan yg sama bila sy tiada..habuan orang lain-lain..

Hati sy lebih tersentuh bila teringatkan Arwah Ayahuda..dia berkahwin tapi tiada anak.dia pelukis.sy kagumi Ayahuda.benar sy terlalu rindukan Ayahuda.sebab semasa Ayahuda pergi sy orang terakhir yg jaga Ayahuda di hospital.sy dipilih Allah melihat sendiri Ayahuda pergi depan mata sy.sy berpeluang mengajar Ayahuda mengucap.sy dapat lihat airmata ayahuda mengalir x berhenti.sy masih dapat rasakan kuatnya genggaman tangan Ayahuda menggenggam jari sy..semua masih segar walaupun dah 7 tahun berlalu.beberapa minggu lepas sy bersembang dgn Mak.sy menangis semahunya.sy cakap pada Mak..."Mak agak2nya ada tak yg doakan utk Ayhuda..dia xda anak...dia paling rapat dengan kita..klu kita x doa sapa la nk doakan ye Mak"..
sungguh.sy terlalu rindukan dia.Antara pesanan terakhir yg dia ckp pada sy dia teringin nk dtg masa konvo degree sy dulu tapi x sempat..dia pesan lagi nnt kalau dia dah xde ambil la mana2 lukisan yang abah dan adik beradik dia suka.ambil la buat kenangan.tapi itu pun kami x dapat tunaikan.bnyk kekangan.

tadi sy terjumpa satu blog ni.. Ya Allah dia cerita tentang Ayhuda.sy menangis.sy panggil seorang penghuni yg sering mengingatkan sy pada Ayhuda.sy suruh baca blog tu.sy tunjuk lukisan2 Ayahuda.sy suruh dia gunakan anugerah yg Allah bagi pada dia.melukis..anugerah yg Allah bagi pada dia sama dengan Ayahuda..sy doakan insan ini berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah engkau tempatkanlah mereka yang kusayang ini di syurgaMu Ya Allah..lindungi mereka dari seksa kubur..semoga temukan kami semua di JannahMu Ya Allah.


Sungguh!aku rindu dia..


Dia dan teman rapat


Hasil yg paling sy suka..dan pernah berhajat utk ayahuda buatkan utk sy bila sy ada rumah sendiri


  

dua hasil yang hanya dia dan kami tahu maksudnya...sungguh mendalam.

foto credit to Mr google..mine ada dlm album :)

Tuesday 21 May 2013

Allah Jaga!

Assalamualaikum...
Semoga sahabat dan keluarga sentiasa dirahmati Allah selalu.

Dlm entry sebelum ni ada sy sebut pasal janji sy nk story kisah seorang gadis comel..ok akhirnya hari ni Allah bagi kesempatan masa yg ada utk sy share walaupun kisah ni dah lama berlaku.semoga ia jadi panduan dan pengajaran kepada kita.

Kisah ni berlaku semasa sy masih bekerja di pejabat lama..sy dan seorang sahabat ada tugasan luar masa tu.kami pergi berdua.sy memandu dan sahabat duduk di sebelah..baru je keluar dari pagar ofis tiba2 ada 1 kemalangan kecil yg berlaku.motor dengan motor.yang sedihnya yg bersalah terus pergi tanpa membantu si gadis comel.gadis ni mmg comel pada pandangan mata sy.bertubuh kecil menyebabkan dia sukar untuk bangun.sahabat suruh sy berhenti utk stop kenderaan2 di belakang kami.sahabat pantas turun dan angkat gadis comel ni masuk ke dlm kereta (jenis storm kalau x silap) dan sahabat ikut sama hingga ke hospital.sy turut memandu menuju hospital.

di unit kecemasan sy lihat sahabat dan gadis comel sdg mnunggu untuk masuk ke blik rawatan.sahabat minta sy uruskan beg dan motor.gadis ini masih student dan sgt muda.Alhamdulillah motor dihantar oleh seorang hamba Allah dlm keadaan baik.Beg juga dalam keadaan baik tanpa diusik skit pun..gadis comel minta sahabat menghubungi saudara terdekatnya yg menetap di situ (keluarganya berada di negeri lain).

sahabat masuk ke bilik rawatan bersama gadis itu.sy pula menunggu saudaranya tiba utk menyerahkan brg2 peribadi.selepas saudara tiba,gadis itu berada di unit lain utk pemeriksaan lanjut..bantuan kami selesai sehingga itu.

dalam kereta sahabat banyak diam hingga akhirnya dia kongsikan sesuatu.

"semua ni perancangan Allah.Allah yg bagi peluang dekat kita untuk bantu budak tu.Allah jaga dia."
saya diam.tetapi sy kurang pasti pada hujung ayat sahabat.

"jaga dia?"

"ye.zu tau x tadi masa atas jalan xde sorang pun lelaki yang sentuh dia sampai la kak *&^%$ datang.masa nk turun tadi pun sama.MA yg nk check pun minta kebenaran nak pegang (itu pun masih berlapik dan bukan menyentuh kulit).dalam bilik tadi Allah jaga dia lagi.doktor yg bertugas adalah doktor perempuan!doktor suruh angkat lengan baju.zu tau baju dia dh la tebal pastu dia pakai inner.lepas selak inner tu ade lagi handsock.3 lapis semuanya.zu blh paham tak maksud Allah jaga tadi?"

"ok zu dah paham"

subhanallah.gadis ini masih muda.jauh dari keluarga.tapi dia kuat.tidak terikut dgn rakan sebaya.dia ada pendirian.dia ada pegangan.dia jaga apa yg Allah suruh jaga.wajah comel gadis itu masih sy ingat sampai sekarang.dia memang cantik!

ALLAH AKAN JAGA KEHORMATAN KITA JIKA KITA JUGA JAGA KEHORMATAN KITA.

Sunday 19 May 2013

Insha Allah, Allah Jaga

Assalamualaikum..
Semoga semua sentiasa di bawah rahmatNya.

Teman Pejabat : Puan x panas ke pakai camni?(sambil tgnnya memegang handsock sy dan mata melihat stokin sy)
Saya : Tak panas.Mula2 dulu rasa x selesa tapi lama2 ok je..skrg rasa kekok bila tak pakai.
Teman Pejabat : Bila la sy nk pakai mcm ni jgk kan puan..
Saya : Sekarang pun boleh kak.(dia senyum.sy doakan dia berubah mgkin lebih sempurna lagi)

Sebenarnya selalu sangat sy melalui situasi mcm ni..sampai kadang2 sy malu.yela sy tak la terlalu sempurna mcm orang lain..apa yang boleh sy buat hnya doa dan mngajak tapi bukan memaksa..apatah lagi merendah2kan orang lain..sy juga masih belajar.adakala sy teruja melihat teman2 rapat istiqomah dalam menjaga aurat mereka..Jika orang tanya sejak bila ambil keputusan untuk berubah mcm ni sy pasti terdiam..sy takut andai jawapan sy ada unsur2 riyak dan takabur.sy juga malu sebab sy mngambil masa terlalu lama untuk berubah sehingga 28 tahun!

Perubahan memang menuntut kesabaran dan pengorbanan..sy selalu pesan kepada PENGHUNI berdoalah jgn berhenti utk tingkatkan kesabaran dan berubah ke arah kebaikan kerana antara yng paling sukar dalam hidup sy adalah berubah dan bersabar..memang menuntut ketahanan mental yang tinggi!sy selalu bimbang andai perubahan yang sy lakukan ini bermusim atau terikut2 dgn orang lain dan bukan dari hati.ISTIQOMAH juga memerlukan pengorbanan yang tinggi..pernah sy diuji bila teringin utk berfesyen mcm teman lain,diuji juga dengan rasa rendah diri bila merasakan sy terlalu outdated dengan baju yang besar!!Ya Allah..

Sekali lgi,sy x katakan sy sudah cukup sempurna tapi inilah perubahan yang sy lakukan dan in sha allah akan terus perbaiki lompong2 itu.Niat sahaja jika tidak melakukan perubahan mmg xde makna.perbualan telefon dgn abah semasa abah di Tanah Suci benar2 mengusik jiwa sy.. "Bah orang Arab cantik2 tak bah" saja sy mengusik abah.."Chik, kat sini xde sorang pun yg tak tutup aurat.Abah xtau sapa yang cantik sapa yang hodoh.Anak2 abah pakai camtu mesti cantik jgk"...tersentap!!kata2 abah msih segar dlm ingatan.in sha allah abah!

Marilah teman dan sahabat.Jagalah auratmu!Allah akan jaga kehormatan kita kalau kita juga jaga kehormatan diri...berdoalah.

p/s:nanti sy ceritakan kisah seorang gadis comel..betul2 memberi pengajaran kpd sy..

Tuesday 7 May 2013

Ini saya cakap!

Assalamualaikum wbt...
Semoga semua sentiasa dirahmati dan di bawah lindungan Allah.

Dah 3 hari berlalu..mungkin semua orang pun tahu.entah apa yg berlaku pada diri sy.sudah 29 tahun sy hidup di bumi Allah ini tapi kali ini baru sy mengerti apa itu perjuangan..perjuangan yg sy benar2 yakin dan pasti.sy tahu ilmu sy belum pun cukup untuk melontarkan pandangan tapi ini jujur dari hati..tidak mengapa andai tulisan sy dibenci.

Sy mungkin seperti orang lain sanggup berjaga sehingga tengah malam semata2 untuk melihat keputusan yang diadili oleh semua..bukan 1 atau 2 juri tapi berjuta..agak mengecewakan..sy kurang pasti kemahuan dan keinginan orang lain..tapi sy sangat pasti dengan kehendak hati sy..terlalu lama sy hidup dalam keadaan yang sangat lalai..sehingga satu hari sy seolah2 dikejutkan dari mimpi yg indah.terasa diri ini kurang sesuatu.sy tak jemu mencari dan akhirnya lompong itu sy temui.ye sy sgt yakin itulah yg sy cari.mencari ilmu yang menjadi bekalan menuju hakiki.jika dihitung apa yg sy ada mmg tidak cukup..entah2 di dunia ini pun belum tentu bekalan sy cukup.takut.ye sy sgt takut skrg ini.

Jadi besar harapan sy untuk memilih hidup berlandaskan suruhanNya.sy tidak mampu meneruskan perjalanan mengumpul bekalan ini sendirian.sy tahu Allah sentiasa ada untuk hambaNya tapi sy perlukan di sekeliling sy turut berjuang bersama sy mencari bekalan ini.dari mana patut sy mulakan?ya bermula dari seorang pemimpin.sy impikan pemimpin yang adil,jujur,amanah dan sentiasa menjalankan tanggungjawab berlandaskan Islam untuk memimpin jutaan juri.sy bukan terlalu meminta tapi ini keinginan sy.sy tidak mahu anak sy nnti hanya mengenal sejarah Melayu tanpa sikit pun tahu sejarah Islam (seperti yang sy alami skrg).sy tidak mahu anak sy nnt hanya mengikut peraturan manusia tanpa mengira hukum-hukum Allah.sy tidak mahu anak sy lalai dengan aktiviti tari menari dan segala macam hiburan tanpa tahu zikrullah.sy tidak mahu anak sy nnt tak dapat bezakan antara aurat dan fesyen,muhrim dan bukan muhrim,halal dan haram.sy tidak katakan semua ini salah pemimpin.benar ilmu itu perlu bermula dari rumah.tapi kalau setiap saat perkara2 itu yang didedahkan mampukah iman senipis kulit bawang itu menangkis semuanya?sy benar2 bimbang.jangan kata sy kacang yg lupa pada kulitnya.jangan tuduh sy insan yang tak tau diuntung.sy ingat semua jasa-jasa mereka yang membantu sy.sikit pun tidak sy lupa.tapi bagaimana dengan nikmat yang Allah bagi pada sy selama ini?patutkah sy balas dengan cara hidup yang sebegitu?

Tidak mengapa..ini apa yang saya cakap.mungkin banyak khilafnya.andai takdir memaksa sy untuk teruskan perjuangan membesarkan anak-anak sy nanti di tengah2 kemajuan,kemodenan dan kelalaian sy terima.mungkin ini cabaran pada sy.jadi mungkin dari sekarang sy perlu terus mencari bekalan sendirian atau mungkin bersama mereka yang sependapat dengan sy.mungkin juga sy yg patut kuat bukan menyalahkan orang lain yg tak pandai memimpin.sy akan terus berdoa supaya sy terus kuat melalui cabaran ini.sy akan terus menyanjung tinggi para anbiya dan para pewaris anbiya.itu yg patut sy contohi.orang boleh melabel sy macam2 tapi inilah sekelumit perjuangan sy.perjuangan untuk generasi akan datang dan untuk agama sy.

teruslah berjuang walau mungkin perjuangan kita berbeza!!














saya akan terus berdoa agar lahir pemimpin seperti tokoh-tokoh ini!