Blog Archive

Wednesday 29 May 2013

Saya rindu Dia

Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..

Hari ni sy terjaga awal.lebih kurang jam 4 pagi.teringat kata Arwah Ustazah sy pesan..kalau terjaga di sepertiga malam bangunlah jangan malas.itu sebenarnya Malaikat yg kejutkan kita.jadi gunakan masa itu sebaik mungkin.kalau tidak mampu untuk bangun melakukan solat sunat,berdoalah kepada Allah.itu juga boleh..kerana kata Ustazah kalau terjaga lps tu sambung tidur balik tanpa buat apa2 takut2 Malaikat xkan kejut kita lagi..jadi terlepaslah peluang kita untuk menggandakan amalan di sepertiga malam..

Hati sy jadi sayu.sedih mengenangkan mereka yang telah tiada.takut andai sy terlupa untuk doakan kesejahteraan mereka di sana..sy telah lama merasai kehilangan orang tersayang.bermula dengan Opah (mak Abah )Ayahpandak (adik lelaki bongsu Abah), Opahchik (mak saudara abah yang paling rapat), Apak (abang ipar Mak), Pakcik Li (abang Mak), Kak Ima (isteri anak angkat Mak), Ayahuda (adik lelaki Abah), Tok (ayah Abah), Rizal (anak adik lelaki Abah)....semuanya sy tangisi..mereka ini terlalu dekat dalam hidup sy..pemergian mereka sedikit sebanyak memberi kesan kepada sy dan keluarga..Abah selalu pesan jangan lupa doakan mereka.pesan abah tu x pernah sy lupa.sepupu2,adik beradik dan mungkin teman2 selalu pelik bila tgk sy pada hari raya.sy akan menangis sungguh2..pagi raya, di kubur, di masjid...sy tau mungkin sy ni cengeng tapi yg lebih sy tau dan mungkin orang lain xtau sy rindu mereka.sy sedih kalau2 orang lain lupakan mereka dan mungkin juga lupa doakan untuk mereka.sy bimbang andai sy juga mendapat habuan yg sama bila sy tiada..habuan orang lain-lain..

Hati sy lebih tersentuh bila teringatkan Arwah Ayahuda..dia berkahwin tapi tiada anak.dia pelukis.sy kagumi Ayahuda.benar sy terlalu rindukan Ayahuda.sebab semasa Ayahuda pergi sy orang terakhir yg jaga Ayahuda di hospital.sy dipilih Allah melihat sendiri Ayahuda pergi depan mata sy.sy berpeluang mengajar Ayahuda mengucap.sy dapat lihat airmata ayahuda mengalir x berhenti.sy masih dapat rasakan kuatnya genggaman tangan Ayahuda menggenggam jari sy..semua masih segar walaupun dah 7 tahun berlalu.beberapa minggu lepas sy bersembang dgn Mak.sy menangis semahunya.sy cakap pada Mak..."Mak agak2nya ada tak yg doakan utk Ayhuda..dia xda anak...dia paling rapat dengan kita..klu kita x doa sapa la nk doakan ye Mak"..
sungguh.sy terlalu rindukan dia.Antara pesanan terakhir yg dia ckp pada sy dia teringin nk dtg masa konvo degree sy dulu tapi x sempat..dia pesan lagi nnt kalau dia dah xde ambil la mana2 lukisan yang abah dan adik beradik dia suka.ambil la buat kenangan.tapi itu pun kami x dapat tunaikan.bnyk kekangan.

tadi sy terjumpa satu blog ni.. Ya Allah dia cerita tentang Ayhuda.sy menangis.sy panggil seorang penghuni yg sering mengingatkan sy pada Ayhuda.sy suruh baca blog tu.sy tunjuk lukisan2 Ayahuda.sy suruh dia gunakan anugerah yg Allah bagi pada dia.melukis..anugerah yg Allah bagi pada dia sama dengan Ayahuda..sy doakan insan ini berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah engkau tempatkanlah mereka yang kusayang ini di syurgaMu Ya Allah..lindungi mereka dari seksa kubur..semoga temukan kami semua di JannahMu Ya Allah.


Sungguh!aku rindu dia..


Dia dan teman rapat


Hasil yg paling sy suka..dan pernah berhajat utk ayahuda buatkan utk sy bila sy ada rumah sendiri


  

dua hasil yang hanya dia dan kami tahu maksudnya...sungguh mendalam.

foto credit to Mr google..mine ada dlm album :)

No comments: