Blog Archive

Tuesday 31 December 2013

Sinar

Assalamualaikum wbt
Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya.

Pagi2 buka FB penuh dengan wish new year.tgk Ig pun sama.semua orang pun wish new year.anddddd blog pun penuh dengan story n wish pasal new year...nway syukur sangat masih diberi peluang menjengah 2014.kalau dulu "zaman gelap" menyambut new year adalah acara tahunan sy yg sgt meriah..bersesak2 di dataran n mane2 event yg buat sambutan ambang new year,concert,performance yg ntah macam2....hiburan yang melalaikan!!tapi Alhamdulillah Allah beri peluang pada sy untuk merasai 2014 dengan biasa tanpa ada perasaan too excited mcm dulu..yang ada hanya perancangan.perancangan mengatur hidup yang telah diatur olehNya.

Bagi sy tahun 2013 ke tahun 2014 ke sama je..sy masih menjalani rutin seperti biasa.cuma hari ini sy baru mulakan azam yang sy tanamkan untuk 2014.azam sy biasa saja.jadi anak yg lebih baik utk Mak n Abah..adik n kakak yang baik untuk adik beradik sy..zaujah yang baik utk zauj sy ngeeeee...kawan yang baik utk sahabat2 sy..bos yang baik utk anak2 buah sy..ank buah yang baik utk bos sy..dan yang pasti menjadi yg lebih baik disisiNya..in sha Allah.

2013 sy tinggalkan dengan penutup yang baik Alhamdulillah.permulaannya juga Alhamdulillah baik.Januari 2013 sy dibukakan rezeki oleh Allah dengan kerja tetap.penghujung 2013 sy akhiri dengan "1 step closer"..doakan jodoh kami.my ups n downs 2013 biarlah tersimpan kemas dalam hati.sy anggap itu rencah kehidupan..Dia telah merencana n sy melaluinya...Engkau maha hebat Ya Allah!

doakan sinar akan lebih bercahaya untuk kita semua!

owhhh ok lagi satu azam sy nak amalkan diet seimbang..tak kurus tak apa janji sy nak sihat..hiihikhik.dah start hari ni tau...kurangkan makanan berminyak,kurangkan fast food,lebihkan air putih,banyakkan makanan berkhasiat,buah,senaman yg konsisten n tidur cukup.doakan ini berterusan ye :)

pssst2...sebenarnya sy teruja dan termotivasi lepas baca blog bestttt ni hehe..

Wednesday 18 December 2013

Andai itu tentuNya

Assalamualaikum wbt.
Semoga terus dilimpahi rezeki.

Minggu lepas adik sy berjaya dipanggil temuduga..keputusannya mungkin dalam Januari.semoga dia dimurahkan rezeki.sy hanya bantu dari segi doa,moral support,beli kasut baru n tips2 dari pengalaman sy n kawan2.terlalu kecil pertolongan sy pada dia jika nak dibandingkan apa yang Mak n Abah buat.3 hari selepas majlis "1 step closer", zauj pun dipanggil interview.Alhamdulillah seminggu lepas tu dia berjaya n lapor diri few days later.Seronok dia bukan kepalang le...yela dh lama apply keja yg course dia belaja dulu maunye tak happy kan..Kata orang rezeki nak kawen.tak kisahlah yang penting sy percaya pada rezeki Allah.

Sy perasan ramai kawan2 akan cakap benda ni pada sy "best la ko dh keja tetap" "seronokla keja bagus" etc.
For me itu bukan ukuran utk sy bahagia.masa sy menganggur hampir 9 bulan di kampung dulu pun sy cukup bahagia.Bahagia bila bangun subuh dapat hirup udara segar di kampung, dapat breakfast dengan Mak n Abah, dapat g pasar dengan Mak n Abah, dapat jalan2 n attend kenduri n majlis2 tanpa perlu mohon cuti...oohhhh memang sy bahagia sangat!jadi sy tak nampak logiknya bekerja tetap itu bahagia.Komitmen sekarang adakala buat sy letih,penat,stress!Ampuni aku Ya Allah andai aku tidak bersyukur.
Jadi tolongla jangan sebut lagi tiada keja tetap tidak boleh bahagia,keja gaji kecil tidak bahagia,keja bukan yg kita minat tidak bahagia.tiap2 sesuatu itu ada bahagianya.



Stop merungut!stop compare our rezeki with others!stop jealous!terima seadanya dan redha andai itu tentuNya...

Saturday 14 December 2013

It's just a number

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah swt.

Straigth to the point boleh?
Alhamdulillah baru2 ni selesai satu majlis "1 step closer" ecehhh..syukur sbb majlis berjalan dengan lancar..happy sebab dah lama tak berkumpul ramai2 dengan sanak saudara n teman2..ni boleh dikatakan sebagai gathering jgk la.Alhamdulillah semua pun happy.syukur sangat2..ramai yg inbox n text nape tak ajak n nape x bagitau...sorry sgt2.majlis pun simple2 je n akan ajak bile sampai majlis yang patut dihebahkan :)

Ok disebabkan ramai yg tak kenal siapakah zauj ku so macam2 la soalan keluar..orang mana,kenal camne,nape jauh sangat,umur berapa..terpaksa jawab dengan tenang hehe..

Ok dalam banyak2 soalan tu ade satu soalan yg sy rasa agak errrrrr...bukan sensitif tapi mungkin cara bertanya n cara dia elaborate reason agak tak kena hehehe...ok bagi yg rapat2 n family mungkin tau yang zauj muda dari saya.mula2 mmg agak kekok.tapi bila dh set in mind "it's just a number" so sy makin selesa.ramai jgk teman2 sy yg suami n bakal suami lebih muda..setakat ni yg sy dapat lihat Alhamdulillah ia tidak mengganggu kerukunan rumah tangga.sorang akak ni awal2 buta datang ke rumah sebab dia tak dapat nak hadir majlis sbb ada urusan lain..sy sambut dengan seronok sebab masih sempat luangkan masa..benda pertama dia tanya hantaran berapa.sy jawab terpulang pada kemampuan keluarga di pihak sana.berapa mas kahwin.sy jawab terpulang berapa yg diorg nak hadiahkan..jawapan sy sama macam jawapan Mak n Abah.bukan sedap mulut sy.n dia tanya lagi berapa umur dia?sy jawab muda dari sy.nk tau reaksi dia??dia jawab balik hmmmm siap la ko.lepas beranak tak pandai jaga body merana la dia cari lain.dh muda tu bkn sng nak hormat.silap2 ko yg kena uruskan semua n ko yg tanggung semua..meranalah nanti...kawan akak ade sorang camtu..sy tak jawab sy senyum je..

Bahagia sy bukan pada umurnya.rezeki sy bukan pada umurnya.andai Allah benarkan sy bahagia bersama dia sy akan bahagia.andai Allah ingin uji sy dengan derita bersama dia itu tarbiyah utk sy.selebihnya biar Allah yang atur.Biar Allah yang tentukan.

Kakak it's just a number!
:)