Blog Archive

Sunday 21 April 2013

tolongla datang!

Assalamualaikum..

semoga kalian sentiasa dilindungi Allah selalu.

hari ni mood tak berapa ok..so hari ni kurang sikit meronda kawasan..duduk dlm bilik meeting n bilik je..nk bercakap pun agak terganggu..suara tak keluar,batuk,selsema n sakit kepala..lengkap pakej!!
saat2 macam ni mmg perlukan seseorg...ye MAK n ABAH!alangkah leganya kalau tangan mak n abah yang picit kepala ni..alangkah seleranya kalau mak yang masakkan bubur..alangkah selesanya kalau dapat tidur tepi mak..alangkah lajunya sy mkn ubat kalau abah yang belikan...

betul2 perlukan mak n abah saat ni..:(


Mak n abah..datangla sini...

Monday 15 April 2013

Kalau Marah!

Assalamualaikum..

baru2 ni sy ade terbaca status di FB seorg rakan.sy terkedu membaca.makian dan cacian yg very the angry u know huhu...tiba2 teringat kisah sy memaki 'dia' di status FB sy dulu (hmmmm serius sy malu..so awal2 dh delete hehe)..persepsi org?mesti ade yg sokong makian kita n ada yg menegur perbuatan kita tu..ini pengalaman sy.menulis atau update yg teruk2 cmtu sbenarnya agak jerk!!betul sy x tipu..you are what you write!!buruk beno tau..

ok sy share tips utk avoid from write such a jerk thing in FB @ twitter @ any laman sosial..

1. jgn menulis waktu tengah marah
2. mengadu pada keluarga @ teman yg boleh dipercayai
3. selalu imagine kalau kita di tempat org yg selalu kena marah @ maki @ perli tu...mesti x suka kan.
4. matang dalam berfikir..org yg selalu meluah di laman sosial kita boleh nilai tahap mentalitinya 
5. yang paling penting Allah kan ada utk kita..mengadu je la hanya padaNya sbb laman sosial x dpt bantu selesaikan masalah pun..

ok guys selamat mencuba!

kalau muka kita time marah comel camni ok la jugak kan...hehehe

Saturday 13 April 2013

L O V E is unpredictable!

Assalamualaikum..

semoga semua sentiasa di bawah rahmat dan lindunganNya.dh lama tak cerita LOVE2 story bagai ni kan...opppss kali ni bukan cerita pasal LOVE sy tapi just nk share something gud to share..niat di hati nk story cerita lain ari ni tapi bile bukak blog one of my friend ni terus sy excited nk share skit something yg related jgk la dgn kwn sy ni...
im so sorry friend klu entry ni krg menyenangi mu huhu..

love is unpredictable!!!itu yg sy tinggalkan pada komen di blognya..sy x boleh nk share kisahnya tpi cukup sekadar perjalanan ceritanya yg ringkas..dia seorang gadis biasa yang ditambat hatinya oleh rakan sy sendiri..im very happy for them..so in love diorg masa tu..kuasa Allah cinta mereka putus di tgh jalan..saban hari sy x jemu mendgr rintihan..keluhan..kekesalan dan kerinduan dia pada si lelaki.rindu dia tak pernah padam..sy antara org yg sgt emosional dlm kes diorg.geram si lelaki tinggalkan dia begitu saja.sedih melihat keperitan dia menanggung sendiri.sekali lagi kuasa Allah, baru2 ini si lelaki muncul semula.dia dalam kesusahan..setelah bertahun hidup dlm kebahagiaan dan kesenangan dgn isteri tercinta hingga lupakan dia.dia jujur ceritakan semuanya.si lelaki minta bantuan dia.apa tindakan dia?ye dia jujur membantu.soalan ini terpacul dari sy:
                         "kalau dia nk ko blik cmne?"
tak sepatutnya sy tanya mcm tu tpi naluri seorg manusia.itulah yg keluar dari mulut sy.
                         "aku xnak..."

sy tersentap.dulu dia selalu mengharapkan agar lelaki ini kembali.sy krg pasti apakah itu doanya saban hari.hari ini Allah menjawab persoalan dia setelah sekian lama.lelaki itu muncul semula walaupun krg pasti motif dan sebabnya.sy tau dia kini menyimpan seribu satu rasa.jujurnya sy juga inginkan dia bahagia tapi bimbang andai pisang berbuah dua kali dan takut melihat sengsara dan keperitan itu datang lagi padanya.sy ingin sgt melihat dia gembira seperti dulu.hebatkan kuasa Allah..sekelip mata Allah tukarkan semuanya..hingga kita tak dapat jangka langsung.itulah cinta yg Allah beri pada kita.hari ini kita benci esok lusa mungkin sebentar lagi kita akan cinta.hari ini kita cinta mungkin sedikit masa lagi kita kan benci.LOVE is very2 unpredictable.

Friend be strong!!Allah sentiasa bersama kita.


Wednesday 3 April 2013

Satu Tidak Cukup

Assalamualaikum..

rasa kekok dh lama tak menaip panjang2..lagi kekok bila nk zahirkan apa yang terlintas di dalam minda ketika ini...idea kadang datang kadang hmmmmm ke laut huhu..

new life sy alhamdulillah macam biasa.nothing special.gadis biasa.hehehe..bekerja dalam kelompok yang pelbagai sedikit sebanyak membuat sy sentiasa bermuhasabah.takut terlalu meninggi takut pula terduduk hingga tak mampu berjalan.melihat mereka yang gah membuat sy terfikir sebentar "adakah aku begini jika aku sudah berada seperti di tempatnya?"..bimbang.bimbang bila terlupa mensyukuri.bimbang terlalu leka dengan nikmat yang melimpah.takut andai diri ini tergolong dalam golongan orang yang sombong dan tidak bersyukur.

bila melihat ke satu sudut lain hati bertambah resah.mampukah aku mengharung dugaan sehebat mereka.takut andai diri ini sentiasa rebah meredah ujian yang maha hebat.bimbang kalau-kalau diri ini menyalahkan takdir..



melihat dua situasi ini hati jadi tersentuh.syukur dengan apa yang dinikmati walau diri tidak sehebat orang lain.teringat kata seorang teman SATU TIDAK CUKUP SERIBU TERLALU BANYAK.sebenarnya sy kurang faham bila seorang teman sy menyebut pepatah itu dalam satu sesi kaunseling.sy berkerut dahi.klien apatah lagi.bingung dibiarkan merungkai pepatah itu.makin lama sy menyelusuri dunia baru ini sy mula mengerti apa sebenarnya istilah itu.kini sy faham.sangat2 memahami..benarlah pengalaman guru paling berharga..teladan dan pengalaman mendewasakan manusia.