Blog Archive

Sunday 31 December 2017

Nikmat Bersalin:Rezeki kita berbeza-beza

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Pejam celik-pejam celik dah anak dua..rasa macam baru je lagi kawen hehehe.Aduhai anak cepatnya membesar..

Baru-baru ni ada lah sharing dengan sepupu dan kawan-kawan tentang pengalaman bersalin dan berpantang..macam-macam lah pendapat dan pengalaman yang dikongsi (secara personal sharing).
Saya sendiri ditakdirkan bersalin secara ceaser..ya kedua-dua anak dan in sha Allah kalau ada rezeki yang ketiga nanti pun akan bersalin secara ceaser...jadi impian nak beranak lima hanya tinggal impian..apa pun bersyukur diberi peluang melalui semua ni.

Adalah sorang hamba Allah pernah cakap pada sy...ko ni lembik sangat kot sampai kena ceaser,ko ni x pandai teran kot,ko ni tak aktif kot masa mengandung..Allahu.typical Malaysian...suka judge orang tanpa usul periksa..jangan begitu kawan.siapa yang tak nak bersalin secara normal..apa pun sy tetap bersyukur sy merasai kedua-duanya sebab sy dah pun 10 cm bukaan dan kepala dh nak keluar sangat..kalau tanya sakit tu macam mana hanya Allah yang tau...untuk anak yang kedua pula dah bukaan 4cm dan sakit pun mild je hanya air ketuban yang turun tapi sampai di labour room doc decide utk ceaser sebab demam dan suhu sangat tinggi..doc bimbang akan effect pada baby..

Sy yakin dengan setiap rencanaNya.ada hikmah di sebaliknya.Alhamdulillah proses pantang yang pertama langsung tiada masalah..cuma proses pantang anak yang kedua sy agak terganggu kerana sy dan baby berterusan demam hingga hari ke 10 tapi masih boleh kawal kesihatan dan emosi.

Seorang lagi hamba Allah kongsi pula ttg pengalaman dia...bersalin normal tapi masha Allah berbagai halangan dan rintangan hingga mengganggu emosi yang sangat hebat.Allahu.hanya doa dan sokongan yang mampu sy beri.

Jadi ibu-ibu sentiasalah berfikiran positif..jaga hati mereka yang bersalin secara ceaser...support mental diorang..jangan dipandang serong..ada yang pernah cakap bersalin ceaser tak gugur dosa macam orang bersalin normal..siapa kita untuk menghukum dan menentukan dosa pahala orang..untuk ibu-ibu yang senasib sy anda memang wanita hebat!

Percayalah pada rencana Allah...rezeki setiap manusia bukan kah berbeza?

Wednesday 6 December 2017

Pembelajaran Melalui Teladan

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah rahmat Allah selalu.

Pejam celik pejam celik anak sulung ummi Izz Khadijah dah nak masuk 3 tahun dan anak teruna ummi Iyad Kameel dah nk masuk 6 bulan.Cepat betul masa berlalu..ada masa ummi rasa tak puas tengok anak-anak ummi membesar..yelah kalau hari bekerja 10 jam masa anak-anak ummi dihabiskan dengan babysitter.Dengan ummi tolak waktu tidur,tolak ummi sibuk kat dapur,sidai kain,lipat baju,gosok baju, hanya 4-5 jam je masa ummi nak layan...kesian anak-anak ummi..

Sekarang Iyad dah pandai menyulur 360 darjah...dah pandai menjerit kuat-kuat kalau bagi susu lambat..buat macam-macam aksi dan perangai bila mengantuk dan yang paling best dah dapat cam ummi,abah dan kakak..nampak je kami melonjak-lonjak lah nak datang..

Khadijah pulak dah makin aktif sekarang..macam-macam nak dicuba..dah boleh kayuh basikal sendiri,gosok gigi sendiri,ambil air sendiri,bukak tv sendiri dan dah pandai sembang itu ini dengan ummi...opah cakap seronoklah besar ni dah boleh buat kawan..

Baru-baru ni Khadijah selalu bahasakan diri aku..heran lah sapa yang ajar.Mengadu pada Mak (mak tempat rujukan paling perfect aku pernah ada).Mak cakap mungkin ada dengar sapa-sapa cakap kot...bila difikir ye agaknya..tanpa sedar mungkin saya dan husband ada bersembang dan cakap-cakap dengan kawan-kawan sambil guna perkataan "AKU"...omg rasa bersalah pulak..so sekarang kami ambil langkah control sebut perkataan tu sebab besar tu bukan tau menilai lagi mana baik dan buruk...Alhamdulillah sebulan dua ni belum dengar lagi perkataan tu keluar dari mulut dia.

Mak memang selalu ingatkan jangan menghukum anak tapi didik anak...kalau selalu pukul dan cubit belum tentu anak nak ikut..memang betul diorg akan rasa serik dan sakit tapi perbuatan yang salah diorang belum boleh berfikir secara logik yang benda tu salah..diorang tak nak buat sebab takut kena pukul bukan sebab benda tu salah.Jadi mak kata didiklah dengan betul.

Khadijah selalu tumpahkan makanan dan air..baru-baru ni jiran-jiran ajak potluck..diorang pelik bila tengok khadijah makan nasi dan bila tumpah laju kutip letak setempat dan tanya kain buruk..macam tu jugak kakak saya terkejut bila dia tumpahkan air dia terus bangun cari kain lap tanpa disuruh..nak tau macam mana saya train?

Ini yang mak saya ajar..pertama bila dia buat salah jangan terus marah.tanya dulu.contohnya "Khadijah kenapa tumpahkan air?" dia akan bagi macam-macam alasan dan sebagai parent kita kena dengar even alasan dia sangatlah tak logik.so masa tu kena double kan tahap kesabaran hahahaha...apa yang patut kita buat?ok ajar dia ambil kain dan lap.pesan dekat dia kalau air dan makanan tumpah ambil kain atau tisu pastu lap (sy memang sentiasa letak tisu dan kain lap yang senang dia nak ambil)...jangan fikir nak perfect..budak besar tu tak kan lah dapat lap bersih macam kita kan?so percubaan kali pertama mungkin menguji kesabaran tapi tak apa..yang penting dia dapat belajar sesuatu..ulanglah selalu in sha Allah berjaya..jangan terlampau nak anak kita perfect..kalau niat kita baik in sha Allah ada jalannya.jangan terlampau menginginkan kesempurnaan...cukuplah ada bekalan untuk anak kita.teringat cerita sorang staf yang sangat malas solat..mak dan ayahnya orang yang alim dan berpangkat..satu hari sy tgk dia solat dan terus tak tinggal solat lepas tu..sy tanya apa yang mengubah dia.tau dia jawab apa?katanya mak dia setiap kali sebelum solat subuh akan kejutkan dia dan baca surah di telinga dia..dari kecik hingga dia dah nak kawen..Allahuakbar sabarnya!!!Alhmadulillah umur dia 30 tahun akhirnya dia solat.

Jadi sabarlah wahai parents..didiklah selagi mampu..selebihnya banyakkan berdoa kepadaNya.
Benarlah orang kata pembelajaran melalui teladan!




Sunday 5 November 2017

Bukan Mudah

Bukan mudah menjadi aku
Duduk di atas tapi tiada kuasa
Duduk di bawah tapi tiada suara
Duduk di kiri tapi kena setuju
Duduk di kanan tapi kena lawan

Bukan mudah menjadi aku
Menegur tapi dikata herdik
Perbetul tapi dikata malaikat
Buat salah terus dihukum
Buat silap terus digantung

Bukan mudah menjadi aku
Tiap geri diperhati
Tiap tanduk diadili
Tiap langkah diteliti
Tiap cerita disoroti

Kamu fikir aku gembira begini?

Wednesday 20 September 2017

Iyad Kameel Hero Ummi

Assalamualaikum wbt.
Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah.

Alhamdulillah.
Hanya itu yang dapat diungkap bila Allah berikan segalanya cantik tersusun. 20/6/2017 permata hati ummi yang kedua selamat dilahirkan ke dunia.

Iyad Kameel.
Sungguh indah nama awak sama macam kakak awak.
Percayalah sayang ummi tiada kurangnya sama macam sayang pada kakak awak.
Awak sangat baik.Semoga awak terus jadi anak yang baik sampai bila-bila.

Tiada apa yang dapat diungkap hanya syukur!

Saturday 27 May 2017

Satu Penghargaan!

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Alhamdulillah hari ni hari ke 2 umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Alhamdulillah Allah terus beri kekuatan untuk sy lalui Ramadhan dengan rasa tenang,sihat dan bahagia.

Satu cabaran buat sy bila terpaksa bersahur dan berbuka puasa hanya ditemani Khadijah tersayang dan adik dalam perut ni.Abah macam tahun-tahun lepas kena kerja..mula-mula dulu agak kekok dan sedih tapi Alhamdulillah dah mula jadi biasa..orang tua kata alah bisa tegal biasa.sy syukur suami banyak sangat membantu terutama pergi pasar belikan barang-barang basah sebab mungkin dia pun kesian tengok isterinya nak jalan pun dah tak larat bawak badan hahaha!Syukur juga anak-anak ummi sangat baik tak banyak ragam...adalah orang tanya eh..eh larat lagi masak hari-hari bekalkan suami makanan macam-macam..sy just jawab Alhamdulillah ok lagi..lagipun masak yang simple je..

Dulu sy rasa sangat tertekan sebab kena masak untuk suami tak kira penat ke tak hari-hari...tambah lagi bila dah ada anak..tapi bila fikir-fikir rasa beruntung sebab suami pilih apa yang sy masak dan kalau boleh tak nak beli kat luar..pernah jugak terfikir sedap ke aku masak?suami boleh ke telan?tapi itulah yang dinamakan air tangan isteri..bila tgk licin pinggan hati tu bagai berbunga-bunga hehehe..Dia sangat memahami.ada masa bila terlalu penat dia sendiri yang akan cakap "hari ni kita makan luar ye..dah lama tak makan kt luar"...Allahu.

Bagi sy bila dah berkahwin dan tinggal jauh dari keluarga suami adalah segalanya.Dia lah tempat sy mengadu,bercerita dan meluah segala.Kawan bukan tak ada tapi ada benda yang hanya suami patut tau.Sy bukanlah terlalu stigma pada isu tertentu tapi sy paling tak boleh terima bila ada sesi luahan perasaan dengan kawan berlainan jantina!Yes lelaki dan wanita!Bagi sy apabila terlalu berkongsi dengan kawan lelaki akan membibitkan satu perasaan yang lebih dari seorang kawan.Sama ada lelaki yang rasa atau perempuan yang rasa.

Perempuan...apa perasaan korang bila banyak masa dihabiskan dengan whtsapp kawan lelaki berkongsi cerita itu ini?di mana letak si suami waktu itu?ok lah kadang-kadang ada lah datang alasan suami bukan nak layan sangat,suami bukan suka sangat sembang hal isu remeh-temeh.tapi benda tu kan boleh dibincang..rumah tangga kita sebenarnya kita yang corak sendiri..birukah kuningkah hijau kah atau terus kelabu taik anjing!tak ada masalah yang tak boleh selesai..Allah dah janji kan tiap kesulitan ada jalannya.jadi kenapa pilih lelaki @ perempuan lain untuk meluah rasa?

Sy dan suami bukanlah terlalu yakin dengan hubungan kami atau terlalu hebat dalam isu rumah tangga tapi kami cuba belajar...dan sekarang masih terus belajar.ye lah orang lain dah kahwin 10 tahun 15 tahun kami ni baru je 3 tahun lebih.Bagi sy tak salah untuk sy berkongsi bukannya MENGAJAR menjadi betul.3 tahun kami pun sebenarnya penuh cabaran yang hebat.

Jadi cuba fikirkan..sayang-sayanglah suami @ isteri masing-masing..hidup kita bukan bertongkat langit pun..sama ada dia atau kita akan pergi bila-bila masa.hargailah pasangan masing-masing...tak rugi kan sayang pasangan?

Sunday 21 May 2017

Soalan untuk suami terhebat!

Suami,
Kadang isteri selalu terfikir
Sayang suami di tahap mana
Adakah terlalu tinggi
Atau terlalu dalam
Atau mungkin terlalu luas
Mungkin juga tiada penghujung

Tapi,
Itu kalau sayang
Kalau sayang pun sudah tiada
Di mana agaknya terselit 
Mungkin di celah hati
Atau di ruang minda
Atau mungkin dalam ingatan
Mungkin juga langsung tak ada

Suami,
Isteri dapat rasa sayang itu
Cuma tak tahu berapa banyaknya

Suami,
Tidak mengapa
Itu bukan ukuran
Bukan juga jaminan
Apatah lagi sebagai pertaruhan
Isteri cuma harap satu
Setialah hingga syurga

Kau suami terhebat!



Still Counting!

Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmatnya.

Pejam celik pejam celik ada baki lagi 25 hari nak sampai due date.Tak lama lagi Khadijah akan jadi kakak!Alhamdulillah pregnant kali ni Ummi diberi kekuatan luar biasa olehNya walau pun cabaran-cabaran yang datang tak kurang hebatnya.

HB sy mmg agak rendah so dari awal pregnant dah kena ulang alik klinik 2 minggu skali..ni bila dah dekat due lagi lah kena ulang lebih kerap.2 kali seminggu uols!!!adehhh..tapi Alhamdulillah Bos n colleagues sangat-sangat memahami dan bertolak ansur sampai kadang-kadang over caring plak dah hahaha..tq guys!Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Kali ni cabaran agak hebat sebab in sha Allah bersalin pada bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah.Cara nak deliver pun pakar tak bagi suggestion lagi sama ada normal atau ceaser...Yela masa Khadijah dulu deliver secara ceaser.Harap-harap kali ni Allah bagi peluang untuk saya lahirkan secara normal walaupun masa deliver Khadijah dulu sy sempat bertarung nyawa berusaha melahirkan secara normal tapi apa kan daya takdir penentu segala.

Jadi yang membaca doakan saya dan keluarga dipermudahkan urusan ye..tq!


Sunday 16 April 2017

Untuk kamu!

Cinta Adam dan Hawa sangat agung
Tapi kita orang biasa
Tiada yang sempurna
Rasanya cinta kita sudah terlalu agung
Tapi masih ada cela
Bertampung di sana
Bertampal di sini
Sungguh tidak cantik

Tapi tiada halnya
Si suami tampung mana yang kurang
Si isteri tampal mana yang tak kena
Bukankah nanti akan cantik?
Cantik cara kita
Mengapa fikir orang nak kata
Cinta kita biar kita yang rasa
Sayang kita biar kita yang peluk
Kasih kita biar kita yang taut

Jangan datang ribut kau dah goyah
Datang taufan kau dah rebah
Datang jelita kau dah lemah
Kau kan suami
Suami pendamping untuk isteri
Penyejuk hati
Penawar duka
Cukup agungkan itu?

Suami kata isteri kena kuat
Kena tabah
Kena pasrah
Tapi di mana agungnya kalau isteri yang selalu beralah?
Isteri bukan sampah
Yang senang kau nak sepah
Yang mudah kau nak ratah

Tidak mengapa isteri
Segala lelah
Segala pasrah
Segala tabah akan dibayar nanti
di syurga abadi.

Suami jangan selesa
Lihat rebahnya mereka
Kerana hari kau juga akan tiba

Allah itu maha adil bukan?

Dedikasi untuk semua wanita yang melalui perit jerih mempertahankan cinta,kasih dan sayang!




Tuesday 14 February 2017

Bila Doktor makan?

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Hari ni Ummi check up di klinik..kena pergi 2 minggu sekali sebab Ummi ada masalah dgn Hb tp Alhmadulillah beransur ok..sambil check up mata Ummi perhati sekeliling bilik doc..jam dah pkul 10am lebih tapi nampak bekal nasi goreng doktor belum berusik..air kosong pun nampak baru luak sikit..mulut Ummi terus ringan tanya 

"doktor tak makan lagi ke?bila doktor makan?
"belum lagi..nanti ada gap antara patient i curi-curi makan la"

Allahu..walaupun sekadar skip waktu makan tapi bgi sy itu sudah cukup besar pengorbanannya..doktor tu pregnant dan kandungan kami sebaya!korang rasa ibu mengandung boleh tahan lapar?for me no!ada masa bila tak sempat rasa nak menangis sebab terlalu lapar...lapar orang mengandung tak sama dengan orang yang tak mengandung!

Sy cakap pada dia lagi.

"Doktor makan la xpe sy xde masalah apa..bacaan darah,bp,jantung baby semua ok..xpe doktor blh cepatkan..kesian u tak makan lagi"
"ehh xpe..i x boleh buat macam tu..lagipun klinik x seteruk hospital..masa i bertugas dekat hospital i makan pun kadang2 sambil berjalan..i rasa i bersyukur sangat dah kat sini"

Allahu..sekali lagi sy tersentak.

"Doktor tau x i selalu doa dan cakap pada anak sulung i (Khadijah) yang baru 2 tahun tu suruh dia jadi doktor sebab doktor mulia..setiap hari dapat pahala"

"eh..anak sulung kita pun sebaya tpi i tak nak anak i jadi doktor macam i..i tak nak anak i rasa apa yang i rasa"

Sy terdiam.dia kemudian terus meluahkan rasa hati.Katanya doktor ni memang kerja yang baik.Hari-hari tolong orang.Tapi zaman sekarang siapa yang tak kuat jangan lah jadi doktor..orang kita terlalu sensitif dan mudah menghukum..lambat dilayan kata doktor dan nurse curi tulang.salah sikit 1 Malaysia dia hebahkan keburukan doktor.tapi orang kita tak faham apa itu prosedur dan keutamaan..dulu dia bertugas di bahagian kecemasan hospital..katanya bayangkan demam biasa yang boleh dapatkan rawatan di klinik tapi datang ke kecemasan untuk rawatan segera..sedangkan ada yang betul2 dalam kecemasan perlukan rawatan..bila lambat bising maki hamun doktor.yang lebih parah semuanya nak diviral kan dalam media sosial..silap haribulan terpampang gambar doktor yang kononnya tak entertain patient dengan baik..bandingkan hospital kerajaan dan swasta.kutuk itu dan ini.

Dengar luahan dia bagi sy ada benarnya.sy pernah warded pada tahun 2011 di hospital kerajaan. Kemudian pada tahun 2015 masa lahirkan Khadijah..dapatkan rawatan di klinik kesihatan,klinik desa,SOPD di hospital..Alhamdulillah sy puas hati.walaupun sy pernah tunggu turn berjumpa doktor selepas 2 jam setengah menunggu.bagi sy itu pengorbanan yg perlu patient berikan.Alhamdulillah masa Khadijah kecik turn menunggu dipendekkan atas alasan bawa bayi..betul itu mmg sy sgt berpuas hati.layanan di wad juga sangat baik.ada juga masa pembantu perawatan terlupa bagi baju salin yang baru tapi tak salah kita bertanya atau terus minta di kaunter.tak perlu tulis di FB cakap orang ni curi tulang orang tu tak prihatin..ada juga masa sy tgh sakit nak bersalin (bukaan baru 3 cm je pun) sy tekan loceng nurse tak datang pun..last2 sy jalan sendiri pergi ke kaunter..tengok2 nurse terlelap (lebih selesa gunakan istilah terlelap sebab bukan dalam keadaan tidur baring dengan selesa) sy kejutkan dan bgitau yang sy sakit..dia check bukaan dan bgi kata semangat..tak pernah terlintas utk marah sebab boleh bayang tak klu kita di tempat dia yang bertugas syif malam?entah2 kita siap berselimut bagai.

Jadi berhentilah complaint.terima dengan hati terbuka.jangan hukum mereka.mereka ada hati dan perasaan.

Dengar luahan doktor tu belum mematahkan semangat sy untuk lihat Doktor Khadijah menabur bakti!

Short Vacation!

Assalamualaikum wbt.

Semoga dalam lindungan dan rahmat dariNya selalu..

Lepas celebrate birthday Khadijah yg ke 2 baru-baru ni Allah uji kami..Khadijah demam+muntah+cirit birit yang teruk...Khadijah mmg anak yg aktif tapi kali ni dia sangat2 lemah...Alhamdulillah setelah berbagai usaha dan doa selepas 8 hari keadaaan back to normal..anak Ummi getting better and better...dah boleh pot pet pot pet dah hahaha...Ummi sukeeeee!!!

So Abah Khadijah cakap jom kite rehat-rehat kat luar (husband n i mmg bagi full attention pada Khadijah sampai x cukup rehat,makan dan tidur)...sebenarnya ada jugak terfikir tapi malas nak request dkt suami takut2 emosi dia masih x stabil (lepas MIL meninggal).Bila idea bernas tu keluar dari mulut dia apa lagi melompat kami anak beranak (sebenarnya Ummi je yg lompat hahaha).Yelah rasa macam lama sangat x rest...dekat rumah bkn tak boleh rest tapi tak kan dapat rest kalau kain baju x basuh x lipat,rumah x kemas,x siap dinner...so jln paling baik rest di luar x kisah lah mana pun asalkan keluar dari rumah...sebenarnya kami jarang bercuti bertiga.selalunya cuti banyak dihabiskan di kampung.so decision bercuti walau sekejap ni adalah sekali dua je dalam setahun (harap2 tahun ni dapat banyak kali dalam setahun hahaha).Kami xlah mcm org lain vacation berpuluh kali tapi cuti kami lebih kepada rehatkan badan dan luangkan masa bersama..masa ni fokus lebih kepada Khadijah.masa ni jugak peluang merencana masa depan (berangan sebenarnya hahaha).bagi kami kuantiti bukan ukuran tapi kualiti..

Ok lps habis office hour (hari Khamis) Abah bagi cadangan and sebelum maghrib kami terus berdesup keluar heading to Penang..kalau ikut sempadan Penang is about 5 min from our home hahaha...tapi kitorg pilih pergi ke sebelah pulau sana..yes Feringghi!!!Dalam kereta Abah Khadijah call hotel untuk reserve bilik yang facing laut..atlast kami pilih Copthorne Hotel..rate Alhamdulillah masih di bawah kemampuan.xlah yang mahal sangat..Khadijah nampak excited sangat...Ummi double excited haha..so jom lah layan gambaq kami naaa...






























See you again!

Tuesday 24 January 2017

4th January

Assalamualaikum wbt.

Semoga dirahmati Allah selalu.

Maaf Khadijah Ummi lambat kongsi kisah birthday awak hehehe..

Rasa macam baru semalam ummi peluk Khadijah di labour room..Ya Allah bulatnye anak ummi hahaha..tup..tup..dah 2 tahun dah umur anak Ummi..Khadijah sangat istimewa di hati Ummi.bagi Ummi Khadijah segala-galanya..pergi lah Ummi ke mana pun hati Ummi tetap igt Khadijah setiap saat..dah 1 tahun 7 bulan Ummi hantar Khadijah kat rumah pengasuh tapi sampai hari ni tiap-tiap hari rindu...kalau boleh nak cepat balik ambil khadijah hehe..haihhh la anak.sayang yang sukar diungkap.

Dah umur 2 tahun ni perangai pun dah macam2..cakap pun dah petah..kejap dia salng utara kejap2 slang perak...apa saja lah anak asalkan ummi faham..Khadijah anak yang senang nak jaga..dah boleh teman ummi g pasar,g kedai,g petrol pam..hampir seluruh masa ummi dengan awak anak hehehe..

Sempena birthday Khadijah Ummi hadiahkan sesuatu yang bgi ummi sangat istimewa...tu je yang Ummi mampu...nanti ada duit lebih Ummi beli yang lain plak k. Opah n semua memang sangat bersemangat nk celebrate birthday Khadijah..walau pun simple tapi Ummi seronok tgk Khadijah senyum masa semua orang nyanyikan lagu happy birthday utk awak..sempatlah snap gambar awak Khadijah..jom layan gambar..kali ni buat kat umah Opah..senang xyah nak angkut periuk belanga Opah ke rumah kita macam tahun lepas hahaha...











Gambar last ni ummi tengok ulang2 xtau dah brapa kali...Ummi xleh move on hahaha!


Happy birthday Izz Khadijah!


You Are Most Welcome!

Assalamualaikum wbt.

Semoga di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

2016 tahun yang bagi sy tidak terlalu berat atau ringan...biasa-biasa saja.Kalau diikutkan perjalanan hidup memang akan ada pasang dan surut cumanya hidup sy sendiri tidaklah orang kata terlalu pasang atau terlalu surut sampai kering kontang.

Alhamdulillah dalam kerjaya walaupun banyak cabaran tapi masih di tahap under control.Dugaan datang macam2..akan ada masa direject,diterima,dikutuk,dipuji..itu lumrah dalam kerjaya...4 tahun bergelumang dalam kerjaya ini semakin mematangkan diri dari aspek membuat keputusan,menilai baik buruk dan yang pasti hati sudah mula belajar untuk jadi KERING hahaha...so kerjaya not bad je lah kan..

Bab keluarga Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ujian dan dugaan mematangkan kami suami isteri..bertengkar isu kecik tu biasalah hahaha..Penghujung 2016 kami dikejutkan dengan pemergian ibu mertua..Semoga Allah menempatkan Mak di sisi orang yang beriman.

Dan di sebalik kesedihan Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kami mengukir senyum..Yes Khadijah x lama lagi akan jadi kakak!!!Alhamdulillah perancangan dimakbulkan Allah..cuma sedih tetap ada bila ibu mertua x sempat tgk cucu barunya.

Perasaan jadi bercampur baur.sayu.pilu.gembira.

Apa-apa pun untuk anak Ummi yang bakal lahir nanti you are most welcome!
(kakak Khadijah org yang paling excited ok kikiki).See you soon on Ramadhan!