Blog Archive

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Sunday, 21 May 2017

Soalan untuk suami terhebat!

Suami,
Kadang isteri selalu terfikir
Sayang suami di tahap mana
Adakah terlalu tinggi
Atau terlalu dalam
Atau mungkin terlalu luas
Mungkin juga tiada penghujung

Tapi,
Itu kalau sayang
Kalau sayang pun sudah tiada
Di mana agaknya terselit 
Mungkin di celah hati
Atau di ruang minda
Atau mungkin dalam ingatan
Mungkin juga langsung tak ada

Suami,
Isteri dapat rasa sayang itu
Cuma tak tahu berapa banyaknya

Suami,
Tidak mengapa
Itu bukan ukuran
Bukan juga jaminan
Apatah lagi sebagai pertaruhan
Isteri cuma harap satu
Setialah hingga syurga

Kau suami terhebat!



Monday, 1 September 2014

Terima kasih, I Love You!

Assalamualaikum wbt
Semoga dirahmati Allah selalu..

Kalau melalui pembacaan,perempuan mengandung ni emosinya sgt la ting tong..kejap ok kejap ko..awal2 pregnant mmg selalu moody cepat sangat terasa..kadang2 sebab benda kecik sampai teresak2 menangis..melalui pembacaan juga sy belajar sesuatu...cara mengawal emosi yang tak stabil...atlast i can handle it successfully!!yeahhh hehehe...harap2 sepanjang pregnancy ni jangan la ada yang terasa hati dengan saya...mintak maaf ya!

Suami?of coz orang yang paling banyak berhadapan dengan emosi saya...and lucky me to have YOU!!penyabar sangat2.towel sidai senget pun rasa nak marah,tak jawab call pun dah bengang2 padahal tengah keja memangla busy!tak kira lagi bab park keta dalam garaj,tak siram bunga, tak text bila dh sampai tempat keja,mandi lama,tgk channel TV tak best...ehhh macam2 la hahaha...so la remeh kan.syukur padaMu kerana dijodohkan dengan lelaki ini yang i dont know what level of patience he is hehehe..

Untuk suami,
terima kasih kerana memahami
terima kasih kerana bersabar
terima kasih kerana selalu sayang
terima kasih kerana selalu menerima dan memberi
terima kasih kerana selalu senyum
terima kasih kerana selalu buatku bahagia
terima kasih kerana terimaku seadanya!!

I LOVE YOU.


Monday, 27 January 2014

Kata Dia

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Pejam celik pejam celik tinggal lagi 44 hari...ohh nervous.maaf ye untuk beberapa ketika terpaksa semakkan dashboard anda2 dengan story about kahwin...kahwin...kahwin!hahaha...sambil berkongsi info sambil tu jugak blh redakan sikit nervous and all the butterflies in my tummy yummy hahaha..

Ok so far Alhamdulillah banyak yang dh settle even awal2 hari tu hati ni tak yakin utk settle semua benda dalam tempoh lebih kurang 3 bulan..mula2 rasa cam tak sempat n rasa rushing sangat but then everythings run smoothly...syukur Ya Allah diatas pertolonganMu.

Semalam berkesempatan keluar dengan zauj atas beberapa urusan...sebenarnya agak susah kami nak dapat keluar bersama..keluar hanya utk prepare for wedding itu pun ada masa kakak dia teman..selain kami sendiri yang warning ourselves utk xnak hang out together selalu2 sangat before nikah family pun banyak memainkan peranan dalam mengawal pergerakan...sahabat ingat ye syaitan ada di mana2!iman bila2 boleh tumbang...serius sy bukan main2.so sahabat please stop enjoying ur engagement period dgn benda2 yang too much!dating+movie-ing+window shopping+lepak-ing and macam2...bukan maksud sy utk tunjuk baik gila or iman sy kuat or ilmu agama sy tinggi...no!but ini just reminder for me and my lovely sahabat..sy sedang melalui fasa yg quite membahagiakan...sapa yang sedang or tgh melaluinya akan faham apa yang sy rasa but please share ur bahagia dengan si dia after sah..ada masa sy pernah rasa alaaaaaa rindu...alaaaaa nak dating....alaaaaa nak lalui cinta masa bertunang dengan dia and everything..yela dulu hang out pun dgn kawan2 n cousin n ada gak berdua tapi feel as friend x sama dengan bakal suami..perasaan automatik bertukar walaupun pada awalnya susah utk terima sahabat baik sebagai bakal suami hahaha...tapi bila fikir we just only have few months to live together so why not to lalui masa bujang ni dengan kawan2 n family rather than spen all the time dengan dia...

Kata dia (zauj)
"xyah nak pulun sangat...esok2 dah nikah nak ngadap hari2...takut kot satgi cemuihh baru tau!
Nanti dah kawen kita p shopping sama2,makan kat luar sama2,lepak mamak sama2,g kedai buku sama2,g jalan2 sama2..." hahaha.

Masa itu semua akan tiba..jangan gopoh..bersabar la sikit..serius tak rugi langsung.
So tell me why should you spend all the time dengan tunang or maybe bf or maybe gf?

Tuesday, 18 September 2012

Yang lambat pun ada indahnya :)

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang stress memikirkan tentang jodoh dan perkahwinan.xpe jgn bimbang jodoh,ajal dan maut semua telah ditetapkan ALLAH.kawen lambat?ala jgn terlalu memikirkannya.doa dan usaha je.mungkin ramai yang xtau atau mungkin x perasan masih ada hikmahnya walaupun jodoh sampai agak lewat..antaranya :

~banyak tips dari teman2 yang dh berkahwin.so blh la apply bile kite kawen nnt
~timba pengalaman dari pengalaman org.yang buruk jadi sempadan yang baik jadi tauladan :)
~mesti ramai kwn2 yg dh ada baby so ade chance nk blaja jaga baby dgn baik
~blh simpan duit lebih skt utk kawen..kan zaman single lbh dri org lain so agak well prepared la bab duit ni hehe
~bila umur meningkat secara x langsung kematangan jgk turut meningkat so blh la balance kt situ



so utk kita2 yg terlewat skt ni jgn sedih jgn gundah jgn resah...ada hikmah bagi tiap sesuatu..doakan jodoh dipertemukan dgn yg baik.doakan smga segala dipermudahkan
aamiin.

Tuesday, 31 July 2012

best quotes

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan

Pagi tadi sempat buka FB dan tiba2 terpandang kt new feeds..seorang teman share quotes yang sgt best bagi sy..sy x igt sgt klu nk tulis tepat2 tapi lebih kurang cmni la bunyinye..

WEAK PEOPLE REVENGE
STRONG PEOPLE FORGIVE
INTELLIGENT PEOPLE IGNORE

see...how sweet that quotes..kalau la sy blh jadi the third people owhhh im so intelligent..tapi sy kini di tahap nak jadi strong people dan ada masanya sy masih seorang yang lemah..:p

Sunday, 1 July 2012

lagi dan lagi

Assalamualaikum..

okay xde cite best tp just nk share cite yg kureng best...sy mimpi dia lagi..sy mimpi dia tgh bersiap nk g bertunang..ok klu betul sy doakan awak bahagia dan kekal hingga ke syurga..sy?xpe sy dh redha skrg..smpai bile nk berdendam..sy pon skrg bhgia walupun hati ni blm dibagi pada sape2..sy dh jumpa apa yg sy cari selama ni..

sy tau awk x pernah baca pon blog sy (tapi sy xtau la kot2 awak atau dia stalker kihkih)...tapi sy yakin 1 hari nnt awak akan jmpe blog sy..smga mampu menempuh dugaan dan ujian Allah..igt hidup kita sentiasa diuji..selagi hayat masih ada berbaktilah pd org tua,bertanggung jawab la pd keluarga,jagala silaturrahim dan jadi muslim yg sejati..semoga teguh menjadi ketua keluarga..wish u all the best :)

Wednesday, 13 June 2012

Memori datang menyentap

Assalamualaikum..

entah la patut atau tidak sy share semua ni..mungkin x semua sy akan cerita..(mukadimah pon dh mcm sedih hehehe)..Isnin lepas ada site visit kira cm lawatan sambil blaja jgk la kat Simpang Pulai dan Tapah,Perak..sgt teruja ok sebab walaupun x dapat singgah kampung lalu pon dh seribu rahmat..huhu..Memang happy sgt sebab team semua sempoi and senang kira.yang paling penting Pengarah sy sporting x hengat okeh.

ok la visit yg menarik dan bnyk blaja benda baru..tapi 1 je yg mmg xleh blah bile di bawa ke pusat ternakan katak dalam kolam simen...what?????katak???seperti semua sedia termaklum la sgt sy sgt fobia+trauma+alergik dgn katak ni..jgn kate nk tgk real tgk gmbr pon dh blh wat tidur mlm x lena okeh..oleh kerana itu juga sy sgt berhati2 nk tumpang bilik air atau masuk umah org..tkut diserang hendap oleh katak-katak yg iyerkkkk...mse visit sy dok dlm kete smbil pasang lagu kuat2 and locked pintu kete dgn selamat skali hehehe...
best kan dapat wat kolam ikan cmni...

see...my big bos sgt bersemangat on that day hehe..

tenang..damai..dekat dh ni nk smpai cameron highland

nk enteprem jgk kan hehehe...

ha..ni la pusat ternakan katak Mr Jacky tuh...huh u made me histeria la Mr jacky hehe


ok berbalik pada ape yg lebih penting utk sy share semestilah 1 part yg sgt mengganggu emosi dan jiwa raga sy skrg ni..kitorg ade pusing2 sekitar Ipoh utk cri barang keperluan projek..wktu nk exit Ipoh hati tibe2 berdup dap dup dap...klu korg nk tau sy dh 5 bln x jejak kaki di Ipoh..tau nape?ye sebab sy belum kuat utk lalu tempat2 yg penuh dgn kenangan bersama dia..ckap je ceruk mana yg x pernah kami lalu+singgah+lepak..semua dah.aduhhhh how come you!!sgt tragis ok bile lalu kt tempat2 yg penuh dgn memori yg hnya aku dan dia saje yg tau..sy pasti die tdk seperti sy.die skrg dh lupe semua knangan kami..entah2 dh humban dlm tong sampah@lombong@sungai@ hmmm what ever la kan...tapi not me.semua kisah kami masih kemas dlm kepala otak ni..as usual my fmily sgt2 memahami dan spanjang 5 bulan langsung x wat aktiviti sekitar Ipoh hehehe..sian diorg terpaksa demi utk sy pulih seperti sedia kala hehehe..sy tau semua org akan cakap sy ni emosional,ikut hati,terlalu lyn perasaan mcm2 la..tapi bygkan anda di tempat sy...10 thn 10 hri bukan 1 tempoh yg sekejap..may be it takes a very long time to heal..
and me...still not hve the strength..masih mencari cure to move on..dont know how to handle this but i know Allah always there..to help me and give the best cure for me..hanya doa yang menjadi penyembuh luka.kekuatanku hanya padaMu Ya Allah..

And me..still hoping to get the best in my life..doakan sy kuat dan tabah teman!!perhaps all those happened bring me something gud in my life..i believe in qada dan qadar..and hikmah as well.mungkin ramai yg rindu nk tgk sy happy cm dulu,senyum cm dulu,gelak2 cm dulu,gurau2 cm dulu...yes i will but give me a chance to build up my new me..:)



p/s:kt ofis tadi semua takut nk tegur sbb muka sy muram,suram dan kusam hehe..no la sy ok..cuma jiwa je sentap skit..sy kan strong huhu...

Wednesday, 6 June 2012

Ingin Mengadu Pada Siapa?

Membiarkan 4 bulan yang berlalu dengan penuh keperitan
Saat derita melihat dia bahagia
Bibir terlalu malu untuk mengadu pada semua
Bimbang ada yang tidak menyenangi
Atau jemu mula bertamu di hati
Tidak mahu terus mengaibkannya
Biarlah ku simpan sejarah itu
Tidak mahu keluarganya terus kecewa
Biarlah ku pendam sahaja cerita itu
Aku mengumpul kekuatan
Atas fitnah yang diberikan
Atas cerita palsu yang dilemparkan
Mungkin di sini bisa ku luah segala yang terbuku
Mungkin bibir kan ku cuba untuk terus menguntum senyum
Tapi derita di hati tiada yang tahu
Diri ini tidak berdaya melawan takdir
Apatah lagi menghalang cinta mati barunya
Hanya doa dapat ku panjatkan
Agar resah ini hilang dan pergi
Bersama kenangan yang ku sangka abadi
Pergilah jauh-jauh
Agar hidup ini dapat ku lalui indah seperti dulu
Aku tidak meminta rasa ini datang
Tapi mengapa dia sering menjengah mimpi-mimpiku?
Tahukah aku terseksa dengan semua ini?
Ya Allah aku tidak kuat dengan semua ini

Monday, 23 April 2012

biarlah

biarlah..
hari ini aku seorang yang tewas
hari ini aku seorang yang kalah
hari ini aku dihina
hari ini aku dicaci
hari ini aku diejek
hari ini aku diherdik
hari ini aku dilupakan
hari ini aku ditinggalkan
tetapi itu nasib aku pada hari ini
kamu tahu nasibku di hari esok
lusa
dan seterusnya?
tiada siapa yang tahu jatuh bangunku nanti
sabarkan hatiku wahai yang maha agung
tenangkan jiwaku wahai yang maha esa
tabahkan aku wahai sang pencipta...


Wednesday, 11 April 2012

ampuniku

aku berdosa
kerana mencintai dia lebih dariMu
aku berdosa
kerana menangis untuk dia dan bukan untuk Mu
aku berdosa
membiarkan sepertiga malamku mengingati dia tapi lupa padaMu
aku berdosa
kerana kecewa sedangkan Kau sentiasa memberi jalan saat kesulitan
aku berdosa
merayu dia pulang padaku sedangkan aku lupa hanya Engkau yang layak untuk dirintih
aku berdosa
kerana bimbang dia akan bahagia dariku sedangkan Engkau telah memberi ketetapan rezeki pada hambamu
aku berdosa
kerana menyesali dia pergi pada yang lain sedangkan jodoh itu telah Engkau tulis yang terbaik untukku
aku berdosa
kerana hilang arah hidup kerana dia sedangkan Engkau telah memberi petunjuk arah yang jelas
aku berdosa
kerana aku sentiasa melebihkan dia lebih dariMu

Ya Allah berdosanya aku..
Ampuni aku...