Blog Archive

Wednesday, 11 April 2012

ampuniku

aku berdosa
kerana mencintai dia lebih dariMu
aku berdosa
kerana menangis untuk dia dan bukan untuk Mu
aku berdosa
membiarkan sepertiga malamku mengingati dia tapi lupa padaMu
aku berdosa
kerana kecewa sedangkan Kau sentiasa memberi jalan saat kesulitan
aku berdosa
merayu dia pulang padaku sedangkan aku lupa hanya Engkau yang layak untuk dirintih
aku berdosa
kerana bimbang dia akan bahagia dariku sedangkan Engkau telah memberi ketetapan rezeki pada hambamu
aku berdosa
kerana menyesali dia pergi pada yang lain sedangkan jodoh itu telah Engkau tulis yang terbaik untukku
aku berdosa
kerana hilang arah hidup kerana dia sedangkan Engkau telah memberi petunjuk arah yang jelas
aku berdosa
kerana aku sentiasa melebihkan dia lebih dariMu

Ya Allah berdosanya aku..
Ampuni aku...

No comments: