Blog Archive

Monday, 9 April 2012

merungut lagi

saban waktu ini yang saya lalui....

saya akan merungut sampai bila saya harus tanggung semua ini
tetapi Allah hadirkan jawapan ini
sebenarnya Allah sedang menguji saya dengan kesulitan untuk saya makin dekat denganNya

saya merungut pula kenapa saya terus begini sedangkan dia yang menganiaya tetapi bahagia
tetapi Allah hadirkan jawapan ini pula
sebenarnya Allah sedang mengajar saya untuk bersyukur dan tidak berdendam

saya merungut lagi kenapa selepas menganiaya saya rezeki dia makin melimpah
tetapi sekali lagi Allah hadirkan jawapan ini
Allah menguji manusia dengan pelbagai cara termasuk kekayaan dan kesenangan..jika betul caranya insya allah tenang tapi jika tidak kena caranya Allah akan terus melalaikan dengan kesenangan itu

saya merungut lagi kenapa semua orang tak boleh terima apa yang saya mahu sekarang ini
tetapi Allah masih memberi jawapan
Allah mahu saya terus merayu dan merintih  hanya kepadaNya.Allah meyakinkan saya Dia telah mengatur segala cuma saya perlu tabah,sabar dan redha

saya merungut lagi kenapa saya yang perlu lalui semua ini
saya masih mencari jawapan
mungkin Allah sayangkan saya
mungkin Allah tidak mahu saya lalai
mungkin Allah ingin meningkatkan kesabaran saya
mungkin Allah ingin saya lebih dekat denganNya
atau..........mungkin ini balasan atas semua dosa saya yang dulu
wallahualam.


No comments: