Monday, 24 March 2014

Rahsia Allah

Assalamualaikum wbt
Semoga sentiasa di bawah lindunganNya selalu.

Alhamdulillah atas kurniaanNya.Syukur hari ini sudah 11 hari sebagai isteri.Sy tak tau perasaan orang lain bagaimana.Bagi saya setelah apa yang saya lalui dalam hidup ini, saat sah bergelar isteri rasa seperti mimpi. Bukan tidak berpijak di bumi nyata tapi itu yang saya rasa. Rasa betapa penyayangnya Dia mengurniakan saat indah ini dalam hidup saya.

Mungkin bagi orang lain jodoh saya itu tidak elok di mata mereka atau mungkin juga tidak kena pada hati mereka. Bagi saya jodoh itu terlalu rahsia sehingga tidak terjangkau dek akal dia sebenarnya jodoh kita. Suami yang akan membawa ke syurga atau neraka. Saya sendiri masih terfikir-fikir sejak bila Allah membuka hati ini untuk menerima baik buruk jodoh saya. Yang pasti aturanNya cukup cantik!tersusun!Subhanallah!

Saya ada tanya pada suami bila dia mula suka pada saya.Jawapannya ringkas dan padat tapi cukup terkesan dalam hati saya hingga saat ini.Katanya kali pertama melihat saya entah kenapa dia yakin sayalah jodoh dia walaupun dia tahu saya sudah berteman. Katanya dia tiada apa-apa tapi dia yakin pada doa.Ya doa!Allah sudah bagi jalan untuk mohon padaNya jika inginkan sesuatu jadi tiada apa yang harus diragui.Berdoalah!

Untuk Suami,
Terima kasih kerana menerima tiap kurang dan lebihku
Terima kasih kerana menerima tiap baik dan burukku
Terima kasih atas kesudian membimbingku tanpa jemu

Untuk Mak & Abah,
Terima kasih kerana merestui kami
Terima kasih kerana melakukan yang terbaik untuk kami
Terima kasih kerana tidak putus mendoakan kebaikan kami

Untuk Yong,Nyah,Ita, Abang Man & Abang Taufik,
Terima kasih kerana menerima dia dengan lapang dada
Terima kasih atas lelah kalian
Terima kasih atas iringan doa kalian

Untuk anak-anak Achik,
Terima kasih atas gembira kalian menerima Ayahchik
Terima kasih atas semua pertolongan kalian
Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan Achik

Untuk Wani,Ayu, Bai, Dina & teman-teman,
Doa kalian aku hargai
Semangat yang diberi kan ku ingat sampai mati!

Syukur Ya Allah!
Redhai jalan kami ini
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Bimbinglah kami
Dengarlah rintihan kami
Perkenankanlah doa kami
Aamiin.

 

Nak tengok gambar-gambar kisah 140314 boleh la tengok dekat blog Baidura
N dekat blog Fidayu pun ada jugak...dua2 sahabat susah senang saya :)