Blog Archive

Showing posts with label Emosi Diri. Show all posts
Showing posts with label Emosi Diri. Show all posts

Saturday, 23 February 2019

Perempuan Marah

Perempuan
Marahnya bersebab
Bukan membenci
Tapi kali ini
Mungkin sudah mula jelek
Mungkin juga untuk bagi hati celik
Yang kau buat itu salah
Malah boleh mengundang padah
Masih tak pahamkah?



p/s: haihhh mujur ada suami dan anak-anak penyejuk hati


Ok kembali menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan hati berbaur yang akan selesai bila tua nanti..😊
Susahnya menjadi aku.Yang terpaksa menelan hingga akhirnya terhambur keluar..pedih..Kau rasa susah ke senang menjadi ketua?

Sunday, 17 February 2019

Kau dan Aku

Assalamualaikum wbt
Semoga di lindungi dan dirahmati Allah selalu.

"Stop liking other woman half naked pics on IG if you're in a relationship. Stop flirting,commenting,emojiing and entertaining other women who isn't your woman. You are disrespecting her,and making her look stupid. if you're not ready to commit, give a real man a chance"

Fuhh...tadi tgh check IG tiba2 terbaca satu post from unknown.

Sy bukanlah orang yang menolak poligami tanpa usul periksa tapi lebih kepada kurang berkenan dengan golongan yang suka flirt2 ni..entahlah lain orang lain pandangan tapi sy sangat setuju 100% post lelaki ini..

Kadang-kadang hubungan pada awalnya hanya sekadar suka-suka dan mengisi waktu sunyi tapi lama-lama akan terlekat jugak nanti..kalau dibuat cara yang elok then oklah tapi kalau ikut pintu belakang kan nampak tak cantik?

Sy orang yang sangat tak suka membuat sesi luahan dan berkongsi dengan kenalan lelaki. Memang ramai kenalan lelaki tapi cukuplah sekadar yang perlu dan tidak melangkaui batas. Sy bercakap dari sudut seorang isteri..suami tempat mengadu segala tanpa ada sempadan..luah lah berbual lah bercakap lah kerana dia tempat terbaik untuk kongsi semua. Kenapa memilih perempuan lain untuk berkongsi kisah suka duka?

Janganlah menjebakkan diri.Tolonglah hargai wanita..dan wanita juga tolonglah jgn hancurkan hati wanita lain...

Sorry, sis emosi bab2 ni hehehe..

Sunday, 31 December 2017

Nikmat Bersalin:Rezeki kita berbeza-beza

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Pejam celik-pejam celik dah anak dua..rasa macam baru je lagi kawen hehehe.Aduhai anak cepatnya membesar..

Baru-baru ni ada lah sharing dengan sepupu dan kawan-kawan tentang pengalaman bersalin dan berpantang..macam-macam lah pendapat dan pengalaman yang dikongsi (secara personal sharing).
Saya sendiri ditakdirkan bersalin secara ceaser..ya kedua-dua anak dan in sha Allah kalau ada rezeki yang ketiga nanti pun akan bersalin secara ceaser...jadi impian nak beranak lima hanya tinggal impian..apa pun bersyukur diberi peluang melalui semua ni.

Adalah sorang hamba Allah pernah cakap pada sy...ko ni lembik sangat kot sampai kena ceaser,ko ni x pandai teran kot,ko ni tak aktif kot masa mengandung..Allahu.typical Malaysian...suka judge orang tanpa usul periksa..jangan begitu kawan.siapa yang tak nak bersalin secara normal..apa pun sy tetap bersyukur sy merasai kedua-duanya sebab sy dah pun 10 cm bukaan dan kepala dh nak keluar sangat..kalau tanya sakit tu macam mana hanya Allah yang tau...untuk anak yang kedua pula dah bukaan 4cm dan sakit pun mild je hanya air ketuban yang turun tapi sampai di labour room doc decide utk ceaser sebab demam dan suhu sangat tinggi..doc bimbang akan effect pada baby..

Sy yakin dengan setiap rencanaNya.ada hikmah di sebaliknya.Alhamdulillah proses pantang yang pertama langsung tiada masalah..cuma proses pantang anak yang kedua sy agak terganggu kerana sy dan baby berterusan demam hingga hari ke 10 tapi masih boleh kawal kesihatan dan emosi.

Seorang lagi hamba Allah kongsi pula ttg pengalaman dia...bersalin normal tapi masha Allah berbagai halangan dan rintangan hingga mengganggu emosi yang sangat hebat.Allahu.hanya doa dan sokongan yang mampu sy beri.

Jadi ibu-ibu sentiasalah berfikiran positif..jaga hati mereka yang bersalin secara ceaser...support mental diorang..jangan dipandang serong..ada yang pernah cakap bersalin ceaser tak gugur dosa macam orang bersalin normal..siapa kita untuk menghukum dan menentukan dosa pahala orang..untuk ibu-ibu yang senasib sy anda memang wanita hebat!

Percayalah pada rencana Allah...rezeki setiap manusia bukan kah berbeza?

Sunday, 5 November 2017

Bukan Mudah

Bukan mudah menjadi aku
Duduk di atas tapi tiada kuasa
Duduk di bawah tapi tiada suara
Duduk di kiri tapi kena setuju
Duduk di kanan tapi kena lawan

Bukan mudah menjadi aku
Menegur tapi dikata herdik
Perbetul tapi dikata malaikat
Buat salah terus dihukum
Buat silap terus digantung

Bukan mudah menjadi aku
Tiap geri diperhati
Tiap tanduk diadili
Tiap langkah diteliti
Tiap cerita disoroti

Kamu fikir aku gembira begini?

Saturday, 27 May 2017

Satu Penghargaan!

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Alhamdulillah hari ni hari ke 2 umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Alhamdulillah Allah terus beri kekuatan untuk sy lalui Ramadhan dengan rasa tenang,sihat dan bahagia.

Satu cabaran buat sy bila terpaksa bersahur dan berbuka puasa hanya ditemani Khadijah tersayang dan adik dalam perut ni.Abah macam tahun-tahun lepas kena kerja..mula-mula dulu agak kekok dan sedih tapi Alhamdulillah dah mula jadi biasa..orang tua kata alah bisa tegal biasa.sy syukur suami banyak sangat membantu terutama pergi pasar belikan barang-barang basah sebab mungkin dia pun kesian tengok isterinya nak jalan pun dah tak larat bawak badan hahaha!Syukur juga anak-anak ummi sangat baik tak banyak ragam...adalah orang tanya eh..eh larat lagi masak hari-hari bekalkan suami makanan macam-macam..sy just jawab Alhamdulillah ok lagi..lagipun masak yang simple je..

Dulu sy rasa sangat tertekan sebab kena masak untuk suami tak kira penat ke tak hari-hari...tambah lagi bila dah ada anak..tapi bila fikir-fikir rasa beruntung sebab suami pilih apa yang sy masak dan kalau boleh tak nak beli kat luar..pernah jugak terfikir sedap ke aku masak?suami boleh ke telan?tapi itulah yang dinamakan air tangan isteri..bila tgk licin pinggan hati tu bagai berbunga-bunga hehehe..Dia sangat memahami.ada masa bila terlalu penat dia sendiri yang akan cakap "hari ni kita makan luar ye..dah lama tak makan kt luar"...Allahu.

Bagi sy bila dah berkahwin dan tinggal jauh dari keluarga suami adalah segalanya.Dia lah tempat sy mengadu,bercerita dan meluah segala.Kawan bukan tak ada tapi ada benda yang hanya suami patut tau.Sy bukanlah terlalu stigma pada isu tertentu tapi sy paling tak boleh terima bila ada sesi luahan perasaan dengan kawan berlainan jantina!Yes lelaki dan wanita!Bagi sy apabila terlalu berkongsi dengan kawan lelaki akan membibitkan satu perasaan yang lebih dari seorang kawan.Sama ada lelaki yang rasa atau perempuan yang rasa.

Perempuan...apa perasaan korang bila banyak masa dihabiskan dengan whtsapp kawan lelaki berkongsi cerita itu ini?di mana letak si suami waktu itu?ok lah kadang-kadang ada lah datang alasan suami bukan nak layan sangat,suami bukan suka sangat sembang hal isu remeh-temeh.tapi benda tu kan boleh dibincang..rumah tangga kita sebenarnya kita yang corak sendiri..birukah kuningkah hijau kah atau terus kelabu taik anjing!tak ada masalah yang tak boleh selesai..Allah dah janji kan tiap kesulitan ada jalannya.jadi kenapa pilih lelaki @ perempuan lain untuk meluah rasa?

Sy dan suami bukanlah terlalu yakin dengan hubungan kami atau terlalu hebat dalam isu rumah tangga tapi kami cuba belajar...dan sekarang masih terus belajar.ye lah orang lain dah kahwin 10 tahun 15 tahun kami ni baru je 3 tahun lebih.Bagi sy tak salah untuk sy berkongsi bukannya MENGAJAR menjadi betul.3 tahun kami pun sebenarnya penuh cabaran yang hebat.

Jadi cuba fikirkan..sayang-sayanglah suami @ isteri masing-masing..hidup kita bukan bertongkat langit pun..sama ada dia atau kita akan pergi bila-bila masa.hargailah pasangan masing-masing...tak rugi kan sayang pasangan?

Sunday, 16 April 2017

Untuk kamu!

Cinta Adam dan Hawa sangat agung
Tapi kita orang biasa
Tiada yang sempurna
Rasanya cinta kita sudah terlalu agung
Tapi masih ada cela
Bertampung di sana
Bertampal di sini
Sungguh tidak cantik

Tapi tiada halnya
Si suami tampung mana yang kurang
Si isteri tampal mana yang tak kena
Bukankah nanti akan cantik?
Cantik cara kita
Mengapa fikir orang nak kata
Cinta kita biar kita yang rasa
Sayang kita biar kita yang peluk
Kasih kita biar kita yang taut

Jangan datang ribut kau dah goyah
Datang taufan kau dah rebah
Datang jelita kau dah lemah
Kau kan suami
Suami pendamping untuk isteri
Penyejuk hati
Penawar duka
Cukup agungkan itu?

Suami kata isteri kena kuat
Kena tabah
Kena pasrah
Tapi di mana agungnya kalau isteri yang selalu beralah?
Isteri bukan sampah
Yang senang kau nak sepah
Yang mudah kau nak ratah

Tidak mengapa isteri
Segala lelah
Segala pasrah
Segala tabah akan dibayar nanti
di syurga abadi.

Suami jangan selesa
Lihat rebahnya mereka
Kerana hari kau juga akan tiba

Allah itu maha adil bukan?

Dedikasi untuk semua wanita yang melalui perit jerih mempertahankan cinta,kasih dan sayang!




Tuesday, 14 February 2017

Bila Doktor makan?

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Hari ni Ummi check up di klinik..kena pergi 2 minggu sekali sebab Ummi ada masalah dgn Hb tp Alhmadulillah beransur ok..sambil check up mata Ummi perhati sekeliling bilik doc..jam dah pkul 10am lebih tapi nampak bekal nasi goreng doktor belum berusik..air kosong pun nampak baru luak sikit..mulut Ummi terus ringan tanya 

"doktor tak makan lagi ke?bila doktor makan?
"belum lagi..nanti ada gap antara patient i curi-curi makan la"

Allahu..walaupun sekadar skip waktu makan tapi bgi sy itu sudah cukup besar pengorbanannya..doktor tu pregnant dan kandungan kami sebaya!korang rasa ibu mengandung boleh tahan lapar?for me no!ada masa bila tak sempat rasa nak menangis sebab terlalu lapar...lapar orang mengandung tak sama dengan orang yang tak mengandung!

Sy cakap pada dia lagi.

"Doktor makan la xpe sy xde masalah apa..bacaan darah,bp,jantung baby semua ok..xpe doktor blh cepatkan..kesian u tak makan lagi"
"ehh xpe..i x boleh buat macam tu..lagipun klinik x seteruk hospital..masa i bertugas dekat hospital i makan pun kadang2 sambil berjalan..i rasa i bersyukur sangat dah kat sini"

Allahu..sekali lagi sy tersentak.

"Doktor tau x i selalu doa dan cakap pada anak sulung i (Khadijah) yang baru 2 tahun tu suruh dia jadi doktor sebab doktor mulia..setiap hari dapat pahala"

"eh..anak sulung kita pun sebaya tpi i tak nak anak i jadi doktor macam i..i tak nak anak i rasa apa yang i rasa"

Sy terdiam.dia kemudian terus meluahkan rasa hati.Katanya doktor ni memang kerja yang baik.Hari-hari tolong orang.Tapi zaman sekarang siapa yang tak kuat jangan lah jadi doktor..orang kita terlalu sensitif dan mudah menghukum..lambat dilayan kata doktor dan nurse curi tulang.salah sikit 1 Malaysia dia hebahkan keburukan doktor.tapi orang kita tak faham apa itu prosedur dan keutamaan..dulu dia bertugas di bahagian kecemasan hospital..katanya bayangkan demam biasa yang boleh dapatkan rawatan di klinik tapi datang ke kecemasan untuk rawatan segera..sedangkan ada yang betul2 dalam kecemasan perlukan rawatan..bila lambat bising maki hamun doktor.yang lebih parah semuanya nak diviral kan dalam media sosial..silap haribulan terpampang gambar doktor yang kononnya tak entertain patient dengan baik..bandingkan hospital kerajaan dan swasta.kutuk itu dan ini.

Dengar luahan dia bagi sy ada benarnya.sy pernah warded pada tahun 2011 di hospital kerajaan. Kemudian pada tahun 2015 masa lahirkan Khadijah..dapatkan rawatan di klinik kesihatan,klinik desa,SOPD di hospital..Alhamdulillah sy puas hati.walaupun sy pernah tunggu turn berjumpa doktor selepas 2 jam setengah menunggu.bagi sy itu pengorbanan yg perlu patient berikan.Alhamdulillah masa Khadijah kecik turn menunggu dipendekkan atas alasan bawa bayi..betul itu mmg sy sgt berpuas hati.layanan di wad juga sangat baik.ada juga masa pembantu perawatan terlupa bagi baju salin yang baru tapi tak salah kita bertanya atau terus minta di kaunter.tak perlu tulis di FB cakap orang ni curi tulang orang tu tak prihatin..ada juga masa sy tgh sakit nak bersalin (bukaan baru 3 cm je pun) sy tekan loceng nurse tak datang pun..last2 sy jalan sendiri pergi ke kaunter..tengok2 nurse terlelap (lebih selesa gunakan istilah terlelap sebab bukan dalam keadaan tidur baring dengan selesa) sy kejutkan dan bgitau yang sy sakit..dia check bukaan dan bgi kata semangat..tak pernah terlintas utk marah sebab boleh bayang tak klu kita di tempat dia yang bertugas syif malam?entah2 kita siap berselimut bagai.

Jadi berhentilah complaint.terima dengan hati terbuka.jangan hukum mereka.mereka ada hati dan perasaan.

Dengar luahan doktor tu belum mematahkan semangat sy untuk lihat Doktor Khadijah menabur bakti!

Sunday, 24 January 2016

Keadaan

Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah melindungi kita selalu.

Adakala keadaan memaksa.
memaksa untuk jadi tabah.memaksa untuk jadi kuat.
memaksa untuk jadi tegas.memaksa untuk jadi degil.
semua tu kerana keadaan.

Tiada niat sakiti sesiapa.
Apa lagi nak menang tak mahu kalah.
Tapi jika terlalu bersabar keadaan akan memaksa untuk buat semua itu.

Tidak aku tidak kejam.
Tidak pernah diajar untuk menjadi kurang ajar.
tapi keadaan juga memaksa lakukan itu.

Aku pun ingin bahagia.
Dan ingin orang lain bahagia bila ada aku.
Tapi adakala keadaan memaksa untuk melawan dan pendam rasa itu.

Cukuplah Allah sebaik-baik perancang.
Hanya Dia yang berhak menilai aku.
Bukan keadaan.
Dan bukan juga kamu.

Ummi selalu rasa nk buat parasailing setiap kali rasa ini datang...nanti Khadijah teman Ummi Ok?






Thursday, 17 September 2015

Terkadang

Assalamualaikum wbt.

Kadang2 dalam hidup kita perlu melupakan kehendak sendiri demi orang lain.Janganlah tipu.Itu memang hakikat...memang realiti.

Kehendak untuk bahagia.kehendak untuk hidup senang.kehendak untuk penuhi segala keinginan.Untuk sakiti orang itu mudah tapi untuk menjaga hati itu payah

Kadang-kadang terpaksa berdiam diri saat diri terluka.terpaksa senyum saat hati disakiti.perlu membawa diri saat diri tak diperlukan lagi.

Syukur situasi ini hanya kadang-kadang.harapnya bukan untuk selamanya.
Allah...


Ummi syukur ada Khadijah.ada Abah.ada keluarga Ummi.ada Sahabat2 Ummi.

Hidup ini kan saling melengkapi?


Sunday, 8 June 2014

Ekslusif!

Assalamualaikum wbt.
Semoga semua sentiasa di bawah lindunganNya.

Kalau ditanya apa gambaran perasaan yang boleh disimbolikkan mungkin pelangi kot.warna yang bercampur2 sama macam perasaan sy.Gembira bila Allah anugerahkan suami dan zuriat yang hadir tanpa diduga.dalam masa yang sama bimbang andai ada perkara yang tak diingini berlaku sepanjang perkahwinan dan kehamilan.sedih sebab insan-insan yang terlalu rapat belum diberi rezeki dan jodoh seperti teman mereka ini..

Seriously sehingga sekarang sy blum lagi share secara terbuka apa jua perasaan sy spjg bergelar isteri dan mengandung ini.risau andai ada yang berkecil hati...mungkin sesetengah orang berpendapat itu rezeki masing2 tapi bagi sy tak salah kalau kita lebih peka dengan orang sekeliling.kadang2 sy lihat orang lain selalu sangat share di IG @ FB @ twitter atau ape saje social web tentang gembiranya tanpa langsung fikir dan sedar kegembiraan mereka boleh membuatkan ada yang menangis hampa...sy ada kawan2 rapat yang masih belum ditemukan jodoh dan mendengar isi hati mereka sy dapat rasa betapa berkecil hati nya mereka lihat orang lain update itu ini bersama bf @ gf @ tunang @ suami..mcm tu tu jgk dgn zuriat..update sangat bab progress kandungan la ape la...bagi sy lebih baik jgn obses sgt..selitkan la sikit rasa prihatin pada kawan2 dan sedara mara...susah ke?

entah itu pendapat saya..lain orang lain pendapatnya...tapi kan seronok andai rasa itu disimpan secara lebih eksklusif?


Saturday, 23 November 2013

Counting the errrr...

Assalamualaikum wbt..
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah swt.

Bagi yg mengenali dgn dekat mungkin ramai yg dah tau what is going soon..serius bukan nk share sangat the wonderful feeling yg sebenarnya x molek utk di'share'..sekadar untuk berkongsi what do n dont yg sy kena alert...sbgai manusia ade jgk dont yg sy dah terbuat...Ya Allah.

Bunyi nampak best ok bila seorang perempuan itu dirisik, dipinang and jika ada jodoh mungkin dinikahi.tapi di sebalik tu agak2 seronok tak?bukan maksud sy jodoh yg Allah bagi tu seronok ke tidak...maksud sy preparation and all the complicated things yg perlu difikir n dibuat...mmg sgt errrrr ok.benar sepatutnya sy tak patut mengeluh dan patut bersyukur atas semua yg dh jadi sebelum2 ni but im human...ada jgk saat2 yg terpaksa diluahkan..takut depressed (hehe depressed terus kauuuuu).

Benar Islam itu mudah.tapi kena igt ye bukan ambil mudah...each things yg nak kena buat kena fikir betul2 dulu.takut ada ilmu (maksud sy dh tau yg itu boleh n yg ini tak boleh) tapi xnak amal..takut sgt.the day im dirisik pun ada teman2 yg dah ingatkan tentang mahar,keberkatan perkahwinan n macam2 lagi...terima kasih teman!preparation yg pada awalnya sy nk yg biasa2 sahaja tpi semakin nak dkt harinya nmpak macam makin banyak n meriah pulak.sy dah mula x senang duduk..orang tu nak bagi utk hantaran orang ni pun nak bagi utk hantaran..banyak sangat2...sampai dh mls nk masuk bilik bila tgk dulang sana sini (teruk kan sy?)...tapi kata mak anggap ini rezeki..terima dengan berlapang dada.ok sy terima.belum masuk bab makanan kenduri lagi..asalnya nak buat 2,3 jenis je.tapi bile dh nak dekat kawan2 mak berpakat plk nak masak macam2...dh jadi bnyak menu plak.x kira bab ada yg nk bagi barang+makanan utk dibuat doorgift la nk tlg buat tempat sarung cincin la...aduhhhh sy pening..sy xnak semua ni....sy takut kalau terlalu membazir n mgkin ada yang kata semua ni berunsur riak..sy takut!tapi siapa kami utk menolak..nak xnak kena terima.bukan tidak bersyukur dengan pemberian orang tapi takut kalau ada unsur2 itu tadi...

Lucky me ada Mak n adik yg tlg prepare everything..sy?hmmmm kerja...kerja..kerja...apply cuti bnyk2 last2 dpt secoet je..bukan sbb bos x bagi tpi kna kursus n kena setlle up few things kt ofis!!no time for rest!mmg la sgt errrrr ok.see?apa yg kita plan x seperti apa yg jadi...apa pun Allah's plan is the best!kta sbagai manusia yg sgt2 lemah ni just follow the path...n pastikan kita in the right track!

Ya Allah permudahkan segala urusanku.hindarilah aku dari sifat riak..berkatilah majlis ini nnt.

Maafkan sy andai ini tidak patut utk dikongsi ye...:)

Wednesday, 25 September 2013

Betul la kan

Assalamualaikum wbt
Semoga semuanya dipermudahkan.

sy selalu rasa diri ini betul.betul membuat keputusan.betul melepaskan.betul membiarkan.betul membetulkan.betul menyalahkan...eh sempurnanya kauuuuu!!

tpi itu terpaksa ditepis dan dihumban jauh.kerana makhluk Allah tiada yg sempurna.benar.

keputusan kali ini?sy kurang pasti betul atau tidak.apa yang pasti sy berani untuk nekad walau tak tahu apa hujungnya.berserah setelah lelah usaha.bukan menyerah selepas kalah..

apa akhir ceritanya?sy redha andai akhirnya perit atau takdir sy baik ia pasti manis..yang termanis dalam hidup :)
bukan senang untuk redha.tak semudah seperti dimadah.betul sy tak tipu.mulut kata redha tapi hati meronta2 sedih.tak mengapa..Allah sebaik2 perencana.mengapa harus melawan rencanaNya?kamu hebat sgt?

adakala saat kepala sarat diam adalah jalan yg dipilih.kan sy selalu rasa diri ini betul.jadi itu keputusan yang paling betul bagi saya.tidakkkkk!kamu salah.seorang hamba menegur cara sy.katanya diam memang menghalang dri menyakiti yg lain tapi masalah selesai ke?tidakkk!jadi jangan diam.bukan itu caranya.cara yang betul bersuara dengan cara yang berhemah.berkongsi dengan cara yang betul.selesai dengan cara yang baik.berdoa minta segalanya dipermudahkan tanpa sebarang sengketa.

tersentak.sy selalu silap rupanya!




Monday, 15 April 2013

Kalau Marah!

Assalamualaikum..

baru2 ni sy ade terbaca status di FB seorg rakan.sy terkedu membaca.makian dan cacian yg very the angry u know huhu...tiba2 teringat kisah sy memaki 'dia' di status FB sy dulu (hmmmm serius sy malu..so awal2 dh delete hehe)..persepsi org?mesti ade yg sokong makian kita n ada yg menegur perbuatan kita tu..ini pengalaman sy.menulis atau update yg teruk2 cmtu sbenarnya agak jerk!!betul sy x tipu..you are what you write!!buruk beno tau..

ok sy share tips utk avoid from write such a jerk thing in FB @ twitter @ any laman sosial..

1. jgn menulis waktu tengah marah
2. mengadu pada keluarga @ teman yg boleh dipercayai
3. selalu imagine kalau kita di tempat org yg selalu kena marah @ maki @ perli tu...mesti x suka kan.
4. matang dalam berfikir..org yg selalu meluah di laman sosial kita boleh nilai tahap mentalitinya 
5. yang paling penting Allah kan ada utk kita..mengadu je la hanya padaNya sbb laman sosial x dpt bantu selesaikan masalah pun..

ok guys selamat mencuba!

kalau muka kita time marah comel camni ok la jugak kan...hehehe

Wednesday, 3 April 2013

Satu Tidak Cukup

Assalamualaikum..

rasa kekok dh lama tak menaip panjang2..lagi kekok bila nk zahirkan apa yang terlintas di dalam minda ketika ini...idea kadang datang kadang hmmmmm ke laut huhu..

new life sy alhamdulillah macam biasa.nothing special.gadis biasa.hehehe..bekerja dalam kelompok yang pelbagai sedikit sebanyak membuat sy sentiasa bermuhasabah.takut terlalu meninggi takut pula terduduk hingga tak mampu berjalan.melihat mereka yang gah membuat sy terfikir sebentar "adakah aku begini jika aku sudah berada seperti di tempatnya?"..bimbang.bimbang bila terlupa mensyukuri.bimbang terlalu leka dengan nikmat yang melimpah.takut andai diri ini tergolong dalam golongan orang yang sombong dan tidak bersyukur.

bila melihat ke satu sudut lain hati bertambah resah.mampukah aku mengharung dugaan sehebat mereka.takut andai diri ini sentiasa rebah meredah ujian yang maha hebat.bimbang kalau-kalau diri ini menyalahkan takdir..



melihat dua situasi ini hati jadi tersentuh.syukur dengan apa yang dinikmati walau diri tidak sehebat orang lain.teringat kata seorang teman SATU TIDAK CUKUP SERIBU TERLALU BANYAK.sebenarnya sy kurang faham bila seorang teman sy menyebut pepatah itu dalam satu sesi kaunseling.sy berkerut dahi.klien apatah lagi.bingung dibiarkan merungkai pepatah itu.makin lama sy menyelusuri dunia baru ini sy mula mengerti apa sebenarnya istilah itu.kini sy faham.sangat2 memahami..benarlah pengalaman guru paling berharga..teladan dan pengalaman mendewasakan manusia.

Saturday, 23 February 2013

Bilakah tenang?

Assalamualaikum..

ramai kawan2 yang jumpa mesti akan cakap "awak dh makin okay kan skrg..nmpak tenang"...eh yeke?sy selalu terfikir adakah kehidupan sy dulu tidak cukup buatkan sy tenang?entahlah mungkin yg selalu dengan sy,rapat dgn sy akan nmpak dan boleh bezakan sy tenang atau tak.

jujurnya memang sy rasa tenang..bukan kerana apa tapi itu nikmat yg Allah bagi pada sy.sy tidak senang macam orang lain tapi sy tenang.sy tidak susah macam orang lain tapi sy tenang.bagi sy sukar utk sy definisikan tenang itu dalam hidup sy.adakala sy lebih tenang tak cukup makan dari lebih makan.ada jugak sy tenang bila banyak kerja dari duduk saja.entah susah sy nk cari maksud tenang itu.namun yg pasti sy mula rasa ketenangan itu bila sy bukan yg dulu.yup bukan zuriati yg dulu lagi!!juga yg rapat dan selalu dgn sy tau maksud sy ini.

untuk kembali kepada kehidupan dulu sy tak mahu.cuma biarkan kisah dulu jadi memori sy.bukan kisah pahit bukan juga kisah hitam.sy tau yang mana patut sy buang dan yg mana jadi memori sy.sy syg kehidupan sy.sy selalu minta pada Allah berikan ketenangan pada sy.pada hidup yang bakal sy lalui.

antara beberapa definisi tenang yg selalu hadir dalam kamus sy.

1.tenang=bila sy tersenyum sendirian
2.tenang=bila yang diperlukan mencukupi
3.tenang=bila ada yang menghargai
4.tenang=waktu solat sendirian
5.tenang=ketika terdengar zikir dan azan
6.tenang=bila lihat wajah mak,abah 
7,8,9,10..........................................150juta ehehe

banyaknya waktu sy tenang.ini mmg dari dulu lagi sy sudah rasakan,jadi kenapa ada yang cakap "awk nmpak makin tenang sekarang".jgn buat sy bingung.

Monday, 4 February 2013

Rindu Lagi

Assalamualaikum..

lamanya x menulis di sini..walaupun x hot mcm blogger lain tpi kepuasan tu tetap ada..:)
sy rindu lagi??ye mmg tgh rindu ni..bila mana sy terpaksa meninggalkan semua kesygn,kesukaan,kegemaran..perit!tapi Allah memberi yg terbaik..alhamdulillah 2013 dimulakan dgn rezeki yg terlalu dinantikan..berpeluang berkhidmat secara tetap sudah cukup buat diri ini puas..namun itu bukan beerti hidup ini sudah sempurna tapi inilah satu permulaan baru dalam hidup sy..rezeki yg diterima bukan hanya dipikul demi utk sesuap nasi dan bermewah2 tpi yg lebih penting tanggungjawab dan amanah yg harus dipikul..

bila duduk di dalam bilik yg sunyi..hanya deruan air-cond je yg berbunyi hati mudah sayu..bukan tidak bersyukur dgn nikmat ini tapi rindu yg datang sukar ditepis..rindu pada teman2 dulu..rindu pada suasana dulu..rindu pada dia yg selalu buat hati ini rasa dihargai..sy rindu semua itu..rutin hidup sy sekarang sgt jauh berubah..sy perlu bgn terlalu awal (alhamdulillah itu yg sy selalu minta dari dulu),perlu drive jauh2 utk ke tempat kerja,masuk ke bilik yg sunyi (tiada teman berbual,tiada teman utk berkongsi hanya ada teman sejawat yg hanya berkongsi masalah kerja dan bukan peribadi),tiada sarapn yg enak2,tiada dia menghadiahkan senyum setiap pagi utk sy,tiada sahabat setia yg ajak lunch,tiada aktiviti yg membuat sy tersenyum di luar waktu pejabat...tiada yang dulu..tiada..

bukan tidak bersyukur!tidak!sy hanya berkongsi rasa sy yg dulu dan kini..besar harapan ini utk rasai semula rasa yg dulu di sini...sy benar berharap..sungguh!

Tuesday, 25 December 2012

Alahai

Assalamualaikum wbt...

Cuti di tgh2 minggu mmg agak bosan sebab nak kena amik cuti la plak kan...cuti dh sampai limit so xyah mimpi la nak amik cuti...ok cuti krismas dok diam2 kat umah ye..no balik kampung..no jalan2 cuti...dok diam2!!weekend baru2 ni best friend ever after ajak dinner kat umah dia..wahhhh langkah kanan la plak hehe..setelah tersandar kekenyangan dia bagi idea yg sangat comel...cuti krismas nk main picnic2 kat kebun ayah dia...woooo great!so kami memang excited gile okehhh..masa hari kejadian kitorang siap awal dari biasa..masa dia mesej suruh bangun kitorg dengan belagak gile x reply pon mesej..bajet2 nk suprise la kan (nampak sgt sebelum2 ni kitorg selalu lambat kekeke)...so suprise menjadi jgk la kan sebab dia terkejut tiba2 kitorg dh ada depan umah...sampai2 je kebun pakcik mmg terpegun jap..tgk keindahan kt situ..can u imagine kebun getah yang bersih gila pastu ada bendang yang tgh menghijau di kiri kanan kebun dengan cuaca yang redup tambah plak dengan angin timur (istilah angin timur sy baru tau bila sy duduk cni hehe)....memang superb!!!kitorg makan2 ala2 picnic sambil kait buah cempedak ishhh heaven gile...mood hari tu sgt2 la bagus hehe...

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari cewahhhh...mood tiba2 agak spoiled!teman ade la letak gambar2 kt instagram..ala saje suke2..excited beli fon baru la kot kan haha!tiba2 teman tanya tau tak sape %^&*@&%#@$$?sy ckp la kenal sbb die &&**$ kepada si @#$...sy tanya lagi kenapa?teman cakap si @#$%^&& like kat gambar2 sy yg teman upload..eh engkau dah kenapa?ape hal nk like2 bagai?sy musykil gila.dulu diorg langsung x amik port pasal sy even sy n keluarga dgn humble gila pergi umah diorg utk settle cara baik even diorg x take action pon ni tiba2 nak get close plak dgn life sy kan..after almost 1 year tiba2 diorg muncul..mula2 si kakak add fb n main like2 n now si abang like2 instagram my teman...korang dh kenapa ha?bukan korang ke yg suka sgt bila si adik wat camni kat sy?pe hal yg tiba2 nk involve semula?pelik2 manusia ni...x kisah pon kalau sbb nak kukuhkan ikatan silaturahim tapi macam pelik la kan bila life teman pon korang nk involve jgk..dunia sy dan korang dh lain.dh jauh..tapi nape nak ganggu lg??peliknya manusia camni.xyah la nk tunjuk korang tu baik sgt..salah ke kalau sy nak cari pengganti ke ape ke?korang pernah amik tau ke ape yg adik korang wat sampai sy jadi x tentu dulu..xpe sy malas nk berdendam malas nak ungkit sampai masa semuanya akan reda..dan sy akan trus mencari bahagia sy tanpa ada apa2 hubungan dan ikatan dan komitmen korang..tolong la paham..tolong la pergi dari hidup sy...tolong la..alahai manusia...


sy tau ada yg kurang senang dgn entry sy..maafkan sy..

Tuesday, 4 December 2012

tak payah nak ungkit sangat!

Assalamualaikum wbt..

Semalam dpt something special dari teman...serius sy x pernah dapat hadiah2 camni..dulu apa yg sy nak semua usaha sendiri (even terpaksa korbankan PTPTN...hikhik maaf PTPTN sbb sy dh slh gunakan duit anda ke jalan yang tidak benar hahaha)..n kadang2 ada gak susahkan Mak n Abah to fulfill my idiot wants gggrrrrrr..

bila terasa diri ini terlalu dihargai minda mula nk merewang..mula nk berfikiran jahat..mula ikut amalan syaitan yang direjam!!!!sy ungkit itu ini..sy imbau semua benda silam..jahat kan???teman marah.dia kata just say thanx n terima je la hadiah dia..no need to ungkit2 keburukan si dia dulu!dia xnak dengar...sigh.

memang lumrah manusia kan suka mengungkit.suka nk cerita balik kisah2 dulu.suka nk cite yg buruk2 bila dh benci...ishhh x baiknye sy kan..kata teman masing2 ada kurang n lebih..so terima je la xyah nak ungkit sangat!

motif sy tulis benda ni?

n again...sigh

Thursday, 1 November 2012

Tiada Kompromi!

Assalamualaikum..

Balik kerja tadi laju je menuju ke nursery..amik baby??eh nursery pokok2 tu la hehe..dan hasilnya berjaya shopping 3 beg tanah+baja..ek eleh x best betul kan shopping tanah..x hot btl ehehe..bkn apa kelam kabut beli sbb weekend ni atleast dh ad aktiviti berfaedah----->berbakti kepada tanah ye :)..penat jgk la sbb pusing tgk pokok n bunga2 hampir sejam.leka betul.

sebagai reward utk diri sendiri misi mencari makan pula menyusul ekeke..ms on the way balik singgah la jap kt fast food restaurant membeli makanan mengisi perut..masa tgh queue terdengar suara budak menangis meraung macam kena pukul teruk..jantung tiba2 berdegup laju..tau apa yg jadi??budak umur 3-4 tahun menangis dicubit ibunya.tau ape lagi yg ibu tu buat??die jerut leher baju and ugut nak wat lagi ke x..jarak si ibu yg tgh duduk menyedap tu dgn budak comel tu kira2 dua langkah org dewasa..blh imagine x cmne keadaan budak tu dijerut dan ditarik??perasaan sy masa tu?of coz la mendidih satu badan!rasa nk g kat ibu sengal tu and penampar laju2!!!tau ape lg yg wat sy bengang??ade 3 perempuan (sorang nenek kepada budak tu dan 2 lagi mgkin achik2 kepada budak tu) yg wat bodoh je..biarkan si ibu tengking+marah+jerut leher tanpa ada simpati..sy rasa nk amik sos cili n letak kat mata diorg..atleast diorg buta n bila wat xtau xde la nmpak sgt kan..gggrrrrrrr...

klu la sy blh dedicate post sy ni kt ibu sengal tu mungkin ni yg sy akan cakap:
~eh ko ni ada otak ke x?ko rasa betul ke cara ko mendidik anak tu?
~mmg la tu anak ko..so sbb anak ko la ko kena syg dia betul2 bukan menjerut suka2 ati
~bdk 3,4 tahun apa la sgt yg diorg blh wat.bkn besar pon slh dia.memang la nk mencegah dari kecik tapi bkn camtu caranya!
~ko dulu mangsa dera ehh??
~ko beranak sbb apa ek?klu kawen setakat suka2 n anak tu rasa cm beban ko bagi je budak tu kt aku.blh?
~meh aku wat cmtu kt ko dpn2 org agak2 best x?ko tau x bdk besar tu pon ade perasaan?
~ko jgn wat2 heran la klu budak tu dh besar nnt die x layan elok ko ye...
~ko tau x brapa ramai org kt luar sana yg dh kawen bertahun n masih x dpt anak?pttnye ko bersyukur bnyk ok

ok tu saje yg sy nk dedicate kt ibu sengal tu.tp td sy masih bersabar.menjeling je dh wat ibu sengal tu tak selesa dgn sy..eleh sy x ckp ape2 pon..tau pon takut..hehe.

moral:sayangi anak anda..anak anugerah Allah yg paling bernilai..so jgn sia-siakan diorg..mendidik banyak caranya bukan dengan pukul n marah dpn2 orang..tau tak budak2 ni sweet gile??xkan sanggup nk pukul diorg teruk2??gile!!bab budak2 ni sy mmg TIADA KOMPROMI!

p/s:tiba2 jadi sebak.terlalu rindukan along,adik,mia,adif,ayyan...smga anak2 achik dilindungi Allah selalu dan jadi anak yg bermanfaat utk ibu,ayah,mama,papa,keluarga,agama dan masyarakat...aamiin

Sunday, 7 October 2012

pergi jauh..pergi dekat

Assalamualaikum..

saya tak kisah orang lain tak suka blog saya.tak suka tulisan saya.tujuan asal saya buat blog saya pon sebab nak luahkan apa yang terpendam.itu pon masih bertapis.bukan semua saya luahkan.

saya tak peduli apa yang orang nak nilai tentang diri saya.saya tak kisah semua tu.blog ni sebahagian hati saya.saya tak pernah tipu.saya tak pernah ceritakan kesemua yang indah.ada masa saya ceritakan kesedihan saya.biarlah saya tak hirau langsung tanggapan orang.

saya sebenarnya tengah kecil hati.hmmm xpela diam itu lebih baik.semua ini sementara.sampai masa akan hilang semua.ingin pergi jauh.


p/s:rasa ingin pergi dekat dengan keluarga.tak mengapa.sudah tidak lama.