Blog Archive

Sunday, 24 January 2016

Keadaan

Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah melindungi kita selalu.

Adakala keadaan memaksa.
memaksa untuk jadi tabah.memaksa untuk jadi kuat.
memaksa untuk jadi tegas.memaksa untuk jadi degil.
semua tu kerana keadaan.

Tiada niat sakiti sesiapa.
Apa lagi nak menang tak mahu kalah.
Tapi jika terlalu bersabar keadaan akan memaksa untuk buat semua itu.

Tidak aku tidak kejam.
Tidak pernah diajar untuk menjadi kurang ajar.
tapi keadaan juga memaksa lakukan itu.

Aku pun ingin bahagia.
Dan ingin orang lain bahagia bila ada aku.
Tapi adakala keadaan memaksa untuk melawan dan pendam rasa itu.

Cukuplah Allah sebaik-baik perancang.
Hanya Dia yang berhak menilai aku.
Bukan keadaan.
Dan bukan juga kamu.

Ummi selalu rasa nk buat parasailing setiap kali rasa ini datang...nanti Khadijah teman Ummi Ok?






No comments: