Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahamati Allah selalu.
Lambat sikit update pasal Khadijah dah setahun hehe..
Coretan untuk permata hati Ummi..
04.01.2015 (Ahad)
Sebenarnya Ummi dah mula rasa sakit dan turun tanda sejak hari Jumaat lagi..tengahari Sabtu Ummi dah kena admited.Ummi lalui dengan macam-macam perasaan.Jujurnya Ummi tak sabar dan ada perasaan nervous yang menebal.Abah mmg sentiasa di sisi Ummi Alhamdulillah..Opah,Mama dan Ibu antara yang setiap masa bagi moral support (diorang dah lalui).Semua orang yang rapat dengan Ummi x jemu2 bagi petua dan semangat...Kawan rapat Abah pun sama jugak tau hehe..Kat wad Ummi lebih selesa solat duduk sebab dah tak kuat nak solat biasa.Ummi doa supaya anak Ummi sihat dan Ummi dapat tengok anak Ummi senyum.Ummi kuat makan kat wad cuma last request Ummi nak makan chicken chop versi hospital x kesampaian sebab Ummi dah masuk labour room sebelum waktu lunch hehe..Sabtu malam Ummi dah rasa makin sakit tpi keadaan belum izinkan anak Ummi keluar lagi.Ummi ingat lagi pukul 5 pagi hari Ahad nurse bawak Ummi ke 1 bilik untuk check jantung anak Ummi dan check tekanan darah dan kesihatan Ummi.Alhamdulillah semua ok.Lepas tu Ummi dibawa pulak ke 1 bilik lagi untuk scan dan kat situ sorang Doktor comel dah tunggu Ummi.Doktor tu scan dan dia cakap berat anak Ummi 3.2 kg-3.6 kg..amboi sihat betul anak Ummi.dah selesai Ummi balik ke katil Ummi.bila baring je Ummi dh mula rasa makin sakit.Ummi bangun mandi dan solat.Ummi basahkan tuala kecil yg Opah bagi dan basahkan perut Ummi...tapi sakitnya tetap sama..Ummi xtau berapa kali Ummi tekan loceng panggil nurse dan jawapannya sama...bukaan belum cukup!Ummi dh x blh duduk sorang2..Ummi call Abah dan Alhamdulillah Abah sampai pukul 10 pagi temankan Ummi..Abah basahkan perut Ummi dan pujuk Ummi.Ummi dah mula rasa gelisah.Ummi minta Mama pulak datang.tepat pukul 1 Mama sampai..Mama terkejut bila tgk Ummi dah leaking..Ummi dan Abah xtau pun.Mama terus lari panggil nurse dan bukaan dh 7cm!Allahurabbi patutla sakitnya Ummi dah x dapat tahan.Opah masih dalam perjalanan.Nurse cakap ok boleh tolak ke labour room.Ummi dah x blh jalan dan nurse terpaksa tolak dengan katil.Dalam sakit ummi sempat minta maaf pada Abah dan cakap dengan Kaklong Mia,Abangngah dan Kak Nini (Mak Usu n Family Ibu belum sampai masa tu) doakan Ummi.dalam pada tu dari jauh Ummi nampak Opah berlari dekat Ummi sambil bagi buah limau kecik yang Ummi minta petang Sabtu..Ummi habiskan sebiji tu...hehe bab makan sempat je Ummi kan.Sampai kt labour room nurse cakap semua 10 bilik full!terpaksa tunggu di bilik sementara (transit) yang hanya ditutup dengan tirai. Ummi dapat dengar suara patient lain.Ummi tiba2 jadi nervous tapi Ummi kuatkan semangat.Alhmadulillah masa azan Zuhur Ummi dapat masuk ke labour room.di situ Ummi berusaha.Abah sentiasa di sisi Ummi.Ummi dah tak mampu..Doktor dan nurse bagi semangat sebab dah nampak hujung rambut anak Ummi tapi Ummi dah hilang tenaga.Ummi ingat lagi 3 orang Doktor(semuanya perempuan Alhamdulillah)dan 2 nurse bantu Ummi tapi gagal jgk.pukul 8 malam hujan turun lebat siap dengan guruh kilat..anak Ummi masih belum Ummi lahirkan..tiba2 Doktor cakap jantung anak Ummi dah makin lemah dan terpaksa proceed utk ceaser..Allahuakhbar.Ummi cakap dengan Abah Ummi rasa bersalah.Abah pujuk Ummi.8.30 malam Ummi ditolak pulak ke bilik OT.Alhamdulillah 8.47 malam masa tu azan Isyak anak ummi dilahirkan..nurse letak atas dada Ummi..Ummi cium anak Ummi puas2..hanya Allah yang tahu apa yang Ummi rasa..syukur ya Allah.Selamat melihat dunia Izz Khadijah..
04.01.2016 (Isnin)
Semua tu masih segar dan xde sikit pun momen yang ummi terlupa.rasa macam baru semalam berlaku.Ummi ucapkan selamat hari lahir yang pertama untuk anak ummi.Jadilah anak yang membahagiakan semua.Semoga anak Ummi berjaya di dunia dan akhirat.Jujurnya membesarkan Khadijah sangat mudah.Allah bagi macam2 pertolongan pada Ummi.Allah hadirkan ramai insan yang menyayangi Khadijah.Khadijah terlalu istimewa di hati Ummi.
Ummi xkan lupa kepada semua nurse dan doktor yang jaga dan bantu Ummi. Alhmadulillah semua layan ummi dengan baik sampai Ummi dapat balik rumah..Ummi masih igt wajah2 doktor dan nurse yang jaga dan bantu Ummi..semoga Allah gandakan pahala mereka dan balas segala kebaikan mereka.
p/s:belum pernah type entry panjang2 sambil menangis x berhenti hehe.
No comments:
Post a Comment