Blog Archive

Saturday, 31 October 2015

Didikan Anak

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah semuanya.

Bagi sy anak adalah anugerah yang tak ternilai.Katalah apa sahaja bagi sy anak adalah segalanya.Mak dulu Cikgu tadika.Selain pengalaman mendidik sendiri anak-anak Mak juga ada bekalan ilmu yang banyak berkaitan psikologi kanak-kanak,didikan,pembelajaran dan macam-macam lagi.Untungnya kami adik beradik mendapat pendidikan awal di rumah sebelum menjejak kaki ke sekolah.

Mak dan Abah sediakan bilik khas untuk kami main sepuas2nya.contenglah dinding ikut kata hati,sepahkan la bilik tu ikut rasa,buatla apa sahaja sehingga puas.Itu cara mak bagi kami kepuasan bermain.Belum lagi bab menyanyi lagu2 rakyat,main teddy bear yang Mak buat sendiri,mencuba pelbagai alat muzik,belajar mengeja..Mak buat rumah seperti syurga bagi kami.Abah sediakan katil yang ditransform jadi tempat kami rehat2 di dapur.Di situ Mak dan Abah betulkan bacaan dan ejaan kami.Di situ Mak dan Abah gelak tgk keletah kami.Di situ Mak nyanyikan lagu2 rakyat untuk kami sambil memasak.Alhamdulillah sy dan kakak2 sy masih igt 3,4 lagu yang Mak ajar dan sempat kami nyanyikan utk anak2 kami.Khadijah sgt suka lagu Sang Semut dan Pemburu hehe.

Mak dan Abah hantar kami mengaji Quran dengan jiran sebelah (Al Fatihah untuk tok guru mengaji Allahyarhamah Halijah~sebenarnya Arwah lebih dari itu..dia tempat kami menumpang kasih seorang nenek).Bukan xde Tok Guru mengaji yang lebih hebat tapi Mak dan Abah lebih suka hantar sebelah rumah je sbb senang nak pantau kami adik beradik.Mengintai dari tingkap bilik pun dah boleh tau kami bersungguh ke tidak.

Mak dan Abah ada cara didikan mereka sendiri.Diorang sangat pentingkan kasih sayang.Mak dan Abah marah kalau kami bergaduh.Mak pernah cakap klu nak gaduh kenapa x bunuh je..biar mati biar xde yang kacau lagi.jadi kami sangat takut nak bergaduh depan Mak dan Abah.Jujur sy katakan Mak dan Abah tak pernah jentik apatah lagi memukul.Sehinggakan Abah kalau nampak nyamuk hinggap di badan kami Abah hanya memicit nyamuk sehingga mati (itu rutin abah setiap malam..).Cukup hanya menjeling atau menyebut nama kami..itu dah cukup menggerunkan.Sehingga sekarang jujurnya kami sgt syg satu sama lain.Kami belum pernah ada rasa cemburu,benci dan marah sesama kami sebab sayang itu yang mengikat kami.

Sy bersyukur itu cara didikan Mak Abah..penuh sopan.penuh kasih sayang.Mak selalu cakap kalau guna kekerasan pada fizikal selalu sangat lama2 anak2 jadi lali.dah tak takut.hilang takut anak akan buat balik.Mak cakap kalau marah anak bagi nasihat dan pengajaran.Marah tapi jangan guna kata kesat.Itu akan buat anak2 lebih ingat.Ye itu memang betul.Sampai sekarang setiap kata-kata Mak sy x pernah lupa.

Mak dan Abah rajin amalkan doa2 untuk anak2...semua doa2 yang dapat dari orang2 alim yang hebat di kampung sy Mak dan Abah simpan.tiap2 malam dulu Mak akan bangun tgh malam.Pergi ke setiap anak dan doakan di ubun2 kami.Walau pun ada masa kami tersedar tapi kami lebih selesa buat2 tidur hehe..

Itu contoh terdekat sy dalam mendidik anak.In Sha Allah akan sy gunakan untuk mendidik Khadijah.. Mana yang elok ambil panduan dan yang rasakan tak sesuai boleh dijadikan pedoman.

Argghhh tiba2 rindu saat kami duduk serumah sekeluarga dulu.Indah!!

No comments: