Blog Archive

Monday 26 October 2015

Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Seperti dalam entry sebelum ni sy ada bagitau nak buat entry pasal pengalaman bersalin. Memandangkan itu pengalaman pertama rasanya xpe kot kan nak share hehe..kot la blh jadi panduan dan pedoman. Walaupun semua tu terjadi 9 bulan yang lepas tapi semuanya tetap segar dalam kepala macam baru semalam terjadi.

Kalau ikutkan sy dijangka bersalin pada 29 Disember 2014.Tapi sampai tarikh tu sy masih sihat walafiat tanpa ada sebarang tanda nak bersalin.Siap jalan2 pegi pasar malam cumanya badan dah rasa terlalu berat n pergerakan dah rasa terlalu terbatas.Bayangkan sebelum mengandung 60kg masa dkt2 nak bersalin 89kg!!!Hujung2 mengadung tu plak sy kena ligament sprain pada pangkal peha.Allahurabbi...hanya Dia yang maha mengetahui sakitnya macam mana.Masa tu nak berjalan pun rasa dah tak mampu tapi semua kekuatan datang dariNya.Tiap2 hari berdoa dipercepatkan proses bersalin dan dipermudahkan segalanya.

2 Januari 2015.
Dalam pukul 12pm mcm tu sy rasa terlalu panas so g la mandi...lepas bersiap sy terperasan ada darah then bgitau dkt Mak and yes Mak cakap turun tanda.Husband masa tu tgh solat Jumaat.Punya excited tunggu husband balik.(Alhamdulillah saat2 ni husband kebetulan cuti...hebat aturanNya).Mak ckp kemas2 la barang pegi umah kakak sbb umh kakak dekat dengan hospital.Semua x cemas langsung.Yang nampak masa tu senyum2 riang pada wajah semua orang termasuk sy..mana taknya masa tu langsung x rasa apa2 mmg la sy senyum hahaha!Menjelang petang dalam puku 6 lebih sy dah mula rasa x selesa...dh terasa ada contraction.biasala 1st experience sy mmg x dpt jangka what is next!bila dh makin sakit Mak ckp g hospital.so kami beramai2 g hospital.about 2 hours dok dalam bangunan Wad Bersalin tu.Bukaan masih 2cm and Doc suruh balik dulu.Rupa2nya selepas Doc check bukaan contraction makin kerap.Dekat rumah sy x dpt tido.sakit yang sy x boleh nak tahan.kul 3am bangun mandi sbb dah xtau nak buat macam mana lagi..sakit oiii!Doa n surah2 yang Mak bagi n Doc Marina n Rosnita (Doc yang sy refer sepanjang pregnancy) semua sy terus amalkan.sy percaya saat ni hanya itu yang mampu sy buat.

3 Januari 2015.
Kakak and Mak sediakan breakfast sedap2 pagi tu.sy hanya jamah 2 3 sudu nasi goreng..sakit makin terasa.Mak tgk perubahan pada sy.Mak ckp pada husband bwk sy g hospital sebab nmpak muka dh macam x tahan je hehe..yang paling drama masa sy n husband nak pegi seluruh family (mak,abah,kakak2,adik,anak2 sedara,abg2 ipar) semua hantar sampai pagar...and sgt clear muka excited diorg hahaha...Me?of course dh tersandar dalam kereta..masa tu rasa nk suruh husband pecut selaju2nya..dah x tahan.sekali lagi g wad bersalin n Doc check baru buka 3cm.tapi kali ni Doc ckp kena admit ward.ok fine.Husband masa ni sentiasa ada di sisi.tido kat parking lot.balik umah kakak utk mandi solat n makan je.Alhamdulillah nurses kt Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi servis A++.kakak guard pun baik.memahami saat2 sy memerlukan suami di sisi hehe..,

4Januari 2015.
Pukul 5am nurse kejut nak buat CTG and lepas tu Doc check bukaan and ukuran dan kedudukan bayi.Doc cakap semua ok n maybe berat baby 3.2-3.5kg!!!lepas dari tu sy rasa makin kuat contraction..sy dh xleh nak duduk n baring dengan tenang.serba x kena.pukul 10 sy minta pada nurse utk panggil husband sy..Alhamdulillah Allah permudahkan.dia ada di sisi saat itu.sy dah mula rasa sakit tu makin kerap dan kerap.panggil nurse n nurse check bukaan dah 4cm.labor room full so tpaksa tuggu dulu.dalam pukul 1 kakak sampai n dia selak kain sy bila sy ckp sy dh x tahan n rasa something keluar..Ya Allah kakak cakap dah leaking.Sister yg jaga sy sepanjang di wad pun terkejut n bila check bukaan dh 7cm and dia ckp yes dh tiba masa.sy dah x boleh berjalan n terpaksa ditolak terus dengan katil.and masa tu sy sempat jumpa dengan Mak n Mak sempat selitkan limau kecil yang sy request sehari sebelum tu...ohhh Mak!sampai je wad bersalin labor room still penuh.tunggu hampir 20min Alhamdulillah 1 labor room dh free.sy struggle hampir 8 jam and baby still xleh keluar.selama 8 jam husband sentiasa di sisi.masa tu hujan mmg sgt2 lebat dengan guruh kilat semua cukup..masa azan Isyak sy masih x bersalin.at last Doc decide utk operation bila degup jantung bby dah makin menurun.sy ditolak ke bilik operation.Alhmadulillah tepat jam 8.47pm Ummi dpt tgk muka Khadijah yang bulat sgt tu hehe.

Indah!


p/s:nnt sy share persediaan sebelum masuk wad dan apa do n dont semasa dalam wad prenatal n postnatal.


No comments: