Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah selalu.
Dah terlalu lama simpan niat nak share tapi ada saja halangan..so hari ni sempat curi masa sikit.semoga yang baik dapat dijadikan panduan untuk kita ye.
Persediaan Sebelum ke Hospital
Bagi yang pertama kali melahirkan anak mungkin banyak benda yang kita terlupa dan terlepas pandang..so sy bgi list dan sikit tips ye.
1. pastikan bawa 1 beg baby dan 1 beg ibu.
- Beg baby - wajib ada diaper,kain lampin (kalau boleh bawa yang putih jgn corak2 sebab perlu sangat guna jika baby kena kuning..letak bawah lampu lebih elok dan sesuai),baju 3-4 pasang,sarung tangan dan sarung kaki,towel,wet tissue,selimut,bantal baby,cotton buds,kapas bulat,minyak (untuk letak pada kaki dan perut baby),baby oil,losyen,bedak.
- Beg Ibu - wajib ada kain batik,towel,telekung,pakaian dalam (kena bawak lebih),pad (setengah nurse prefer kita pakai pad yang overnight dan guna pelekat..ikutla keselesaan) ,baju yang longgar,stokin,minyak angin,termos,cawan,pinggan dan sudu,selipar (yang tidak licin dan mudah disarung dan ditanggal),towel muka,toiletteries,bantal kecil (utk keselesaan).
2. pastikan berpakaian yang bersesuaian dan memudahkan kedua-dua belah pihak(ibu & nurse/doktor).
3. pastikan buku merah (buku check up) dan IC dibawa.
4. pastikan nombor telefon suami @ keluarga terdekat ada dalam simpanan.
5. bawa sedikit bekalan makanan (takut kena admit dan kita masuk wad bukan time makan)
Persediaan Semasa di Hospital
Bila dah admitted kena pastikan perkara-perkara berikut:
1. Kuatkan mental dan fizikal sebab bukan 24 jam husband ada dengan kita untuk bagi moral support.
2. Mesra dan berbaiklah dengan staf hospital sebab banyak sangat yang kita nak minta tolong diorang..jangan sombong and too demand!
3. Makesure tak bawa barang berharga (tanggalkan segala barang kemas dan jangan bawa duit).
4. Minta pihak hospital sediakan lapik atau minta bersihkan ruang di tepi katil untuk solat.
5. Kena rajin berjalan untuk bantu masa proses bersalin (bersalin normal atau ceaser itu bahagian masing2..yang penting usaha dulu)
Ni tips yang sangat basic untuk semua..kalau ada perkara2 lain yang dirasakan sesuai boleh la cuba.
Selamat menjadi ibu!
No comments:
Post a Comment