Tuesday, 7 May 2013

Ini saya cakap!

Assalamualaikum wbt...
Semoga semua sentiasa dirahmati dan di bawah lindungan Allah.

Dah 3 hari berlalu..mungkin semua orang pun tahu.entah apa yg berlaku pada diri sy.sudah 29 tahun sy hidup di bumi Allah ini tapi kali ini baru sy mengerti apa itu perjuangan..perjuangan yg sy benar2 yakin dan pasti.sy tahu ilmu sy belum pun cukup untuk melontarkan pandangan tapi ini jujur dari hati..tidak mengapa andai tulisan sy dibenci.

Sy mungkin seperti orang lain sanggup berjaga sehingga tengah malam semata2 untuk melihat keputusan yang diadili oleh semua..bukan 1 atau 2 juri tapi berjuta..agak mengecewakan..sy kurang pasti kemahuan dan keinginan orang lain..tapi sy sangat pasti dengan kehendak hati sy..terlalu lama sy hidup dalam keadaan yang sangat lalai..sehingga satu hari sy seolah2 dikejutkan dari mimpi yg indah.terasa diri ini kurang sesuatu.sy tak jemu mencari dan akhirnya lompong itu sy temui.ye sy sgt yakin itulah yg sy cari.mencari ilmu yang menjadi bekalan menuju hakiki.jika dihitung apa yg sy ada mmg tidak cukup..entah2 di dunia ini pun belum tentu bekalan sy cukup.takut.ye sy sgt takut skrg ini.

Jadi besar harapan sy untuk memilih hidup berlandaskan suruhanNya.sy tidak mampu meneruskan perjalanan mengumpul bekalan ini sendirian.sy tahu Allah sentiasa ada untuk hambaNya tapi sy perlukan di sekeliling sy turut berjuang bersama sy mencari bekalan ini.dari mana patut sy mulakan?ya bermula dari seorang pemimpin.sy impikan pemimpin yang adil,jujur,amanah dan sentiasa menjalankan tanggungjawab berlandaskan Islam untuk memimpin jutaan juri.sy bukan terlalu meminta tapi ini keinginan sy.sy tidak mahu anak sy nnti hanya mengenal sejarah Melayu tanpa sikit pun tahu sejarah Islam (seperti yang sy alami skrg).sy tidak mahu anak sy nnt hanya mengikut peraturan manusia tanpa mengira hukum-hukum Allah.sy tidak mahu anak sy lalai dengan aktiviti tari menari dan segala macam hiburan tanpa tahu zikrullah.sy tidak mahu anak sy nnt tak dapat bezakan antara aurat dan fesyen,muhrim dan bukan muhrim,halal dan haram.sy tidak katakan semua ini salah pemimpin.benar ilmu itu perlu bermula dari rumah.tapi kalau setiap saat perkara2 itu yang didedahkan mampukah iman senipis kulit bawang itu menangkis semuanya?sy benar2 bimbang.jangan kata sy kacang yg lupa pada kulitnya.jangan tuduh sy insan yang tak tau diuntung.sy ingat semua jasa-jasa mereka yang membantu sy.sikit pun tidak sy lupa.tapi bagaimana dengan nikmat yang Allah bagi pada sy selama ini?patutkah sy balas dengan cara hidup yang sebegitu?

Tidak mengapa..ini apa yang saya cakap.mungkin banyak khilafnya.andai takdir memaksa sy untuk teruskan perjuangan membesarkan anak-anak sy nanti di tengah2 kemajuan,kemodenan dan kelalaian sy terima.mungkin ini cabaran pada sy.jadi mungkin dari sekarang sy perlu terus mencari bekalan sendirian atau mungkin bersama mereka yang sependapat dengan sy.mungkin juga sy yg patut kuat bukan menyalahkan orang lain yg tak pandai memimpin.sy akan terus berdoa supaya sy terus kuat melalui cabaran ini.sy akan terus menyanjung tinggi para anbiya dan para pewaris anbiya.itu yg patut sy contohi.orang boleh melabel sy macam2 tapi inilah sekelumit perjuangan sy.perjuangan untuk generasi akan datang dan untuk agama sy.

teruslah berjuang walau mungkin perjuangan kita berbeza!!














saya akan terus berdoa agar lahir pemimpin seperti tokoh-tokoh ini!

5 comments:

fidayu mohd shobri said...

'ibu kena fikir pasal cucu ibu,anak saya nanti ni,saya nak dia hidup dalam suasana islam' itu yang yon cakap kat ibu i... dan i rasa dia betul..cara hidup islam dah jadi satu cara hidup yang 'janggal' bagi orang melayu yang beragama islam sekarang ni.

zuriati zainudin said...

yes..ini yg ramai org mula sedar tpi kita xde kuasa untuk aturkan semuanya..yg mampu hanya berdoa spya ada perubahan yg berlaku atau kita terpaksa meredah semua tu dgn sgt mencabar! :)

Innboomerang said...

yup, sukar nak tukar pemikiran orang ni. Sebab tu, kita sendiri kene tukar cara pemikiran kita.Orang nak ikut terpulang. Zaman sekarang ni, zaman kita perlu letak agama nombor satu, kalau kita nak tengok akhlak anak cucu kita terjaga pada masa akan datang..Wallahhualam

zuriati zainudin said...

IB~betul...utk ubah orang mmg kite x mampu..tpi kita boleh ubah diri kita sendiri :)

Mrs. Aisam said...

betul...tapi yg agak terase..org melayu sesame melayu yg dok becakaran di laman sosial sekarang ni..memalukan...tapi bile fikir balik..xlogik la kalau sume nak free... yang pasti..aku jugak mendoakan sume org melayu islam sedar...sesame la kite...orang tak nampak takpe.. yang pasti Allah nampak..sesame la kite berdoa....tiada orang yg sempurna... in shaa Allah ..