Blog Archive

Saturday, 11 July 2020

Rumah Pertama Part 2

Assalamualaikum wbt.
Semoga dilancarkan segala urusan kita.

Belum sempat post apa-apa untuk tahun 2020..punya lah busy hahaha!
Ok sebenarnya awal tahun hari tu nak post lah berita gembira kami sekeluarga tapi x sempat..so aci tak bagitau sekarang? aci lah kan..ok in sha Allah bulan September ni kami bakal menimang cahaya mata ketiga..Alhamdulillah..so kami agak kelam kabut dgn ummi admitted  hospital lah, alahan teruk lah sambil2 tu uruskan jugak hal beli rumah pertama kami..ok kat sini ummi share sikit step yang kami buat untuk urusan beli rumah.

1. Kami jumpa iklan jual rumah ni di Mudah.my. mula-mula tengok dah terdetik macam "rumah ni rumah aku nanti..hahaha"..so sy terus ambik contact number agent n mintak suami call.. Alhamdulillah kami org pertama yang call..so dia entertain lah apa sahaja soalan suami..dia buat appoinment n kami jumpa keesokan harinya di kedai makan.

2. So bila jumpa agent ni dia akan cerita lah bab harga,tawar menawar, condition rumah dan macam2 lagi lah..kat sini kita kena makesure yang agent tu mestilah trusted agent..bukan apa zaman sekarang ni mmg banyak manusia yang mengambil kesempatan. Bila guna agent ni ada pros dan cons.. Ye laa klu guna agent ni harga dia akan mark up lah sikit kan compare dengan kita berurusan dengan owner tu sendiri..tapi dalam masa yang sama agent ni banyak memudahkan urusan kita terutama bab loan dan sebagainya. Masa jumpa ni kitorg perlu bayar duit booking RM1000 untuk locked rumah tu..so kita x perlu risau nak kena compete dgn pembeli lain.

3. Selepas tu bermula lah urusan sediakan dokumen dan sebagainya untuk agent submit loan..oh ya husband sy keje private sector n sy plak org gomen..kami pilih untuk guna loan bank..LPPSA plak kami cadang untuk reserve another house utk masa akan datang (in sha Allah jika diizin Allah)..masa nak decide ni agak mencabar jugak sbb kami tanya pendapat ramai orang..ada yang cakap rugi pakai loan bank ada yang cakap untung..so kat sini memang kami pertimbang semua pandangan dan akhirnya menggunakan loan bank adalah jalan terbaik yang kami pilih.

4. So nanti bank akan hubungi kita untuk bagitau loan dah lulus ke belum..kat sini jugak banyak sangat proven dokumen yang bank perlu..tapi xpa bank selagi boleh akan bantu kita..termasuklah hutang2 yang kita ada macam loan kereta,ptptn dan sebagainya..Alhamdulillah Allah temukan kami dengan orang yang sgt helpful Puan Fiza yang proseskan loan kami dan juga manager bank Encik Osman yang sangat kami hormat..hmmm sampaikan diorg ni dah jadi kawan kami hehehe..

5. Lepas tu kami perlu berurusan dengan pejabat lawyer.. Alhamdulillah urusan ni pun sangat mudah.. Puan Hasni sangat membantu kami.. segala urusan melibatkan pemberian tunai kami pilih untuk serahkan di pejabat lawyer untuk mudah didokumentasi dan elakkan penipuan.

6. Pejabat lawyer akan aturkan pertemuan antara buyer dan owner rumah untuk pertukaran nama rumah di Pejabat Tanah..ini lah first time kami jumpa owner..Alhamdulillah kami dipertemukan dengan owner yang sangat sopan,peramah dan baik..sampaikan lepas tukar nama dia terus nak bagi kunci untuk kami duduk rumah baru..tapi kami tolak dengan cara baik sebab ada beberapa urusan dokumen dan sebagainya belum selesai dan kami belum betul-betul bersedia untuk urusan pindah dalam tempoh terdekat.

7. Sekarang ni tgh tunggu dokumentasi yang belum selesai dari pejabat lawyer ada sikit je lagi..tertangguh disebabkan PKP..rezeki Allah tetap berpihak pada kami.. baru bayar untuk bulan pertama Kerajaan umum untuk moratarium..so bayaran bulanan rumah ditangguh..kalau tak pening jugak nak bayar sewa rumah lagi nak bayar rumah baru lagi..Allah tau hanya ini yang kami mampu. Ada hikmah kami pilih loan bank kan..Owner pun walau dah dapat bayaran masih berhubung dengan suami tanya khabar itu ini..Allahu bersyukur sangat Allah temukan dengan orang yang baik-baik sepanjang proses ini.. dengar cerita orang beli rumah second hand ni buat kami gerun tapi Alhamdulillah semuanya lancar dan baik-baik belaka.


Alhamdulillah hari ini hanya menunggu hari untuk bersalin dan ambil kunci rumah..doakan urusan kami dipermudahkan..doakan kami ye!

Tuesday, 19 November 2019

Rumah Pertama

Assalamualaikum wbt
Semoga dirahmati Allah selalu.

Sekejap je dah masuk November..Rasa macam baru je lagi sambut tahun baru kan hehehe..
Untuk 2019 ni tak banyak perubahan yang berlaku dalam hidup cumanya Alhamdulillah banyak urusan kami Allah mudahkan..rezeki yang Allah bagi bukan terlalu mewah tapi cukup untuk kami kongsi sikit-sikit dengan keluarga dan kawan-kawan.

Kami plan nak ada rumah sendiri dah lama tak silap dah plan masa baru-baru kawin lagi tapi banyak sangat benda dan isu yang membuatkan hasrat terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah tahun ni Allah rezekikan kami untuk miliki rumah sendiri. Pengalaman banyak mengajar kami untuk tidak terlalu gopoh nak ada rumah. Allah dah tetapkan rezeki kita jadi kenap nak risau sangat. Terus terang tekanan dari sekeliling membuatkan kami sangat2 tertekan untuk ada rumah sendiri sampai satu hari sy terbaca tips dari seorang hamba Allah ni. Ini juga perancangan terbaik dari Allah untuk kami

Ini antara beberapa tips untuk yang masih belum membeli rumah atau yang tertekan macam kami dulu untuk ada rumah sendiri.


  1. Bincang secara telus dengan pasangan senarai hutang,tanggungan dan juga simpanan..sebab kami sendiri pernah laluinya bila hutang sy dia tak ambil tahu dan hutang dia sy langsung tak pernah kisah..bila berbincang isu ini akan nampak pro n con sama ada itu masa yang sesuai untuk beli rumah atau tak.
  2. Pilih rumah yang mengikut kemampuan kita..dalam hal ni ukur baju di badan sendiri sangatlah penting. Jangan mudah terikut dengan rakan,socmed dan sebagainya..hutang dan pendapatan kita hanya kita dan pasangan kita yang tahu begitu juga dengan rakan..jadi untuk apa kita nak samakan kemampuan kita dengan dia?
  3. Survey dulu kawasan perumahan yang ingin kita duduk..Benda pertama yang buatkan kami decide untuk pilih rumah tu adalah sebab environment..dekat dengan Plaza Tol (paling penting untuk mudahkan sy ulang alik jika berpindah tempat kerja yang jauh..maklumlah keje gomen sampai masa tetap kena tukar), dengan dengan masjid, dekat dengan sekolah, kawasan yang tenang dan bersih dan kalau boleh ricky tgk masyarakat di situ macam mana contohnya muafakat,prihatin dan sebagainya..kalau dapat info ni memang bonus sebab jiran kami dulu ada yang beli rumah di situ dan banyak info yang boleh kami tau.
  4. Kenal pasti tujuan beli rumah..Ada pendapat yang cakap beli rumah di usia muda untung sebab loan boleh pergi lagi tinggi dan insurans jugak rendah. Ada jugak yang cakap beli je rumah macam mana yang penting boleh buat aset..Kami hampir terpengaruh dengan idea ni menyebabkan kami gopoh nak beli rumah cepat-cepat. Tapi sebenarnya itu tak penting..yang penting beli ikut kemampuan. Tak kan lah umur 25 dah nak buat aset unless gaji kau memang tinggi dan business kau maju..bukan apa untuk apa sangat kita nak memikirkan untuk buat aset sedangkan banyak keperluan lain yang perlu didahulukan..lagi satu korang ingat senang ke dah beli pastu rasa tak best boleh jual..ia bukan dalam tempoh seminggu dua..silap haribulan nak urus jual rumah,nak settle baki hutang nak cari buyer boleh makan tahun..so betulkan niat in sha Allah dipermudahkan.
  5. Yakin dengan janji Allah..ini paling kami pegang..bukan ini kali pertama mencuba beli rumah tapi ini yang ketiga atau keempat..kalau dah tertulis rumah ini milik kita in sha Allah tetap rezeki kita.
Ok lah rasanya ni antara tips utama yang blh sy share..mungkin pendapat orang berbeza..nanti sy share pasal ujian,cabaran dan rezeki kami untuk beli rumah.

Assalamualaikum.

Wednesday, 16 October 2019

Persediaan Bertunang

Assalamualaikum wbt.
Semoga dilimpahi rahmat dan sentiasa di bawah lindunganNya.

Ramai betul tengok orang share majlis bertunang diorang..ada jugak tertengok artis2 yang bertunang jugak. Alhamdulillah fasa itu dah lama saya tinggalkan.

30 November 2013.

Semua perancangan saya hanya ikut dan tanpa banyak cerita..semua pihak lelaki yang tetapkan.saya dan keluarga lebih kepada ikut mana yang terbaik..Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami sekeluarga..ada lah jugak pernah share dengan kawan-kawan rapat preparation untuk majlis tunang dan sebagainya..entah tiba-tiba hari ni rasa nak share pulak dekat sini. Jadi kalau ada yang nak bertunang tu mungkin tips ini berguna..saya amalkan konsep murah,mudah dan tidak membazir..

Antara tips yang sy boleh share:

1. Perbincangan
Bincang sehabis baik dengan kedua-dua belah keluarga tentang tarikh,dulang hantaran dan sebagainya. Perlu capai sepakat untuk elak ungkit mengungkit di kemudian hari.

2. Wang
Fasa ini adalah fasa di mana kita banyak berkorban wang ringgit untuk majlis kahwin nanti..jadi janganlah belanja terlalu besar untuk majlis bertunang..majlis bertunang ni sy ambil peluang untuk kenal ahli keluarga dia dan begitu jugaklah dengan dia..

3. Belanja ikut kemampuan
Jangan mudah terpengaruh dengan indahnya majlis orang sampai terikut2 nak buat untuk majlis kita.. perlu ukur baju di badan sendiri.kenapa nak berhabis beribu ringgit untuk baju tunang,hantaran dan sebagainya sedangkan banyak lagi keperluan lain yang perlu diutamakan

4. Hiasan dan pelamin
Saya memang tak ada pelamin. Hanya deco sikit2 guna hiasan sedia ada di rumah..yang penting keluarga sy mewajibkan untuk si perempuan duduk bersimpuh di atas chior (tilam baldu bersulam benang emas) yang jadi adat dan kebanggaan rata-rata orang Perak.

5. Juadah/jamuan
Pastikan jamuan mencukupi untuk saudara,teman dan tetamu yang datang..kalau ada bajet yang sikit tak salah untuk kita menjemput tetamu sikit..lagipun bertunang tidak perlu dihebahkan..cukup sekadar keluarga dan teman rapat. majlis sy haritu berlangsung tengahari jadi kami sediakn juadah nasi dan lauk..kalau nak jimat lagi boleh adakan majlis petang dengan juadah yang lebih ringan.

6. Pakaian
Sy hanya tempah dress simple dan jahit lace di pinggang dan hujung lengan (tgh in masa tu)..tidaklah sampai beratus2..yang penting biarlah sopan dan tak over..veil pun sy hanya guna kain chiffon berat untuk tutup bahagian belakang badan semasa bersalam dengan keluarga lelaki.

7. Make up
Sy hanya guna khidmat cousin sendiri...tak terlalu tebal bgi sedang-sedang je..

Ini antara tips asas yang mungkin boleh digunapakai..mungkin sy orang yang simple jadi tidak ada keinginan untuk majlis yang grand dan ekslusif...cukup sekadar yang perlu..perlu tanamkan dalam diri untuk tidak terikut2 dengan orang lain..

Monday, 16 September 2019

Didik

Assalamualaikum wbt.
Semoga di dalam lindungan dan rahmatNya selalu.

"Ummi tlg ambik kain buruk kakak tak sampai la"

"Kakak nak buat apa?"

"Kakak terbuat tumpah air..sorry ummi"

Entahlah kalau yang belum berada dalam situasi ini mungkin tak faham atau mungkin dah ada anak tapi jarang berkomunikasi macam ni..Kalau yang ada ada anak seusia Khadijah mungkin boleh bayangkan betapa struggle kita nak mendidik anak tanpa menghukum atau pukul. Tipulah kalau tak pernah marah tapi nak maintain mendidik dalam cara yang betul (didikan yang betul-betul didikan) sangat menguji kesabaran.

Mak selalu pesan marah jangan dalam keadaan yang terlalu emosi..tapi marah (lebih kepada suara mendatar yang penuh nasihat) untuk didik dan betulkan kalau anak kita salah. Mak ajar kalau anak buat salah betulkan dan bukannya marah (emosi dan bersuara tinggi)..jadi benda pertama yang sy ajar adalah kalau dia  tumpahkan susu atau minuman dan makanan perlu bersihkan dan minta maaf..bukan marah sambil mengomel sambil kita yang bersihkan.anak?anak kita biarkan terkebil2 sambil menahan sakit dicubit,dipukul belum lagi kita tambah dengan kata-kata kesat yang menyentuh emosi dan mungkin melekat dalam hatinya.

Tapi ajarlah...tak rugi.

Ungkapan maaf dan tindakan yang betul dari Khadijah sudah cukup buat ummi bangga dan terharu. Semoga Iyad juga dapat belajar sesuatu nanti sama macam kakak. Sy bukan ada degree psikologi kanak-kanak atau pengalaman berpuluh tahun dalam mendidik anak tapi didikan mak banyak membantu dalam mendidik anak dan rasanya patut untuk sy kongsi secebis tulisan ini untuk ibu dan bapa yang membaca.

Anak anugerah Allah..sayangi mereka..bimbing dan didik.

Saturday, 23 February 2019

Perempuan Marah

Perempuan
Marahnya bersebab
Bukan membenci
Tapi kali ini
Mungkin sudah mula jelek
Mungkin juga untuk bagi hati celik
Yang kau buat itu salah
Malah boleh mengundang padah
Masih tak pahamkah?



p/s: haihhh mujur ada suami dan anak-anak penyejuk hati


Ok kembali menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan hati berbaur yang akan selesai bila tua nanti..😊
Susahnya menjadi aku.Yang terpaksa menelan hingga akhirnya terhambur keluar..pedih..Kau rasa susah ke senang menjadi ketua?

Sunday, 17 February 2019

Kau dan Aku

Assalamualaikum wbt
Semoga di lindungi dan dirahmati Allah selalu.

"Stop liking other woman half naked pics on IG if you're in a relationship. Stop flirting,commenting,emojiing and entertaining other women who isn't your woman. You are disrespecting her,and making her look stupid. if you're not ready to commit, give a real man a chance"

Fuhh...tadi tgh check IG tiba2 terbaca satu post from unknown.

Sy bukanlah orang yang menolak poligami tanpa usul periksa tapi lebih kepada kurang berkenan dengan golongan yang suka flirt2 ni..entahlah lain orang lain pandangan tapi sy sangat setuju 100% post lelaki ini..

Kadang-kadang hubungan pada awalnya hanya sekadar suka-suka dan mengisi waktu sunyi tapi lama-lama akan terlekat jugak nanti..kalau dibuat cara yang elok then oklah tapi kalau ikut pintu belakang kan nampak tak cantik?

Sy orang yang sangat tak suka membuat sesi luahan dan berkongsi dengan kenalan lelaki. Memang ramai kenalan lelaki tapi cukuplah sekadar yang perlu dan tidak melangkaui batas. Sy bercakap dari sudut seorang isteri..suami tempat mengadu segala tanpa ada sempadan..luah lah berbual lah bercakap lah kerana dia tempat terbaik untuk kongsi semua. Kenapa memilih perempuan lain untuk berkongsi kisah suka duka?

Janganlah menjebakkan diri.Tolonglah hargai wanita..dan wanita juga tolonglah jgn hancurkan hati wanita lain...

Sorry, sis emosi bab2 ni hehehe..

Saturday, 26 January 2019

Tips Ummi : Anak Yang Memahami

Assalamualaikum wbt.
Semoga semua dirahmati Allah selalu.

2019 berjalan dengan tenang..meninggalkan seribu cerita yang penuh pahit dan manis. Kata orang ada benda boleh dikongsi dan ada benda lebih molek tidak dikongsi..bukan apa takut mengaibkan diri sendiri dan orang lain.

Okay pejam celik pejam celik lagi berapa hari je Khadijah perfect attendance ke sekolah untuk Januari.Alhamdulillah..tak banyak ragam pun..sampai ke hari ni dia tetap excited macam day first ke sekolah..

bersembang dangan rakan-rakan hal anak kadang-kadang banyak benda juga perlu ditapis..takut kalau dikata menunjuk hal anak. Tapi satu hari bersembang dengan sorang teman ni..dia share tentang anak perempuannya...satu malam dalam keadaan yang terlalu penat menguruskan hal kerja dan rumah tangga si anak merengek dan memberontak dengan tinggi suara minta itu ini sedangkan si ibu nak buka mata pun dah tak mampu..apa lagi si ibu menengking sampai anak menangis hingga tertidur..so pagi tu si ibu meluahkan pada saya rasa bersalah.

Saya cuba berkongsi..itu pun sy dapat tips dari Mak dan ustazah mengaji sy di Perlis dulu.

Hubungan saya dan adik beradik dengan Mak sangat rapat..dia tempat kami mengadu masalah dan senang kami (Abah kena bertapis sebab segan bila sentuh bab2 perempuan hehehe)..SELESA..ya itu yang paling penting.Mak dari kami kecil rajin berbual dengan kami..hal kawan,hal cikgu, hal kerja sekolah sampailah sekarang hal bos pun boleh share dengan Mak hahaha..Sebelum tidur kami suka berbual sebab Mak kata masa tu fikiran lebih rasional (sy tak dapat buktikan secara sainsnya) tapi melalui pengalaman itu memang betul.

Itu yang sy amalkan sekarang dengan anak-anak..masa sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang untuk kita berbual secara sangat rasional..Banyak benda yang sy kongsi dengan Khadijah dan Iyad..Khadijah akan berbual macam-macam...masa ini dia kan luahkan macam-macam..Pernah dia tanya "Ummi kenapa petang tadi Ummi marah Kakak?"..Allahu...menitik jugak air mata ummi..rasa bersalah teramat sangat..jadi waktu inilah kita kan betulkan keadaan..saling minta maaf..Ada juga masa hari lahir dia yang ke3 sy share tentang sakitnya melahirkan dia..punya tenangnya suasana masa tu hingga kami berdua menangis..dia ingat setiap cerita sy hingga hari lahir dia yang ke4 dia peluk dan ulang lagi kisah sy melahirkan dia...Allahu..petua Mak dan ustazah ni mmg sangat berguna.Anak jadi lebih memahami ibu dan terlalu mengasihi..

Sebelum tidur ambil lah peluang berbual kerana kita tidak tahu mungkin esok kita tiada lagi peluang itu, bermaafan lah dan luahlah isi hati..itu lebih mengeratkan..dan pengalaman sy itu lebih mematangkan anak-anak.

Kita bukan hidup di zaman dulu yang membesarkan anak tanpa mendidik anak. Membesarkan itu mudah tapi mendidik itu perlukan pengorbanan..dari sibuk mengadap handphone mencari cerita itu ini,bergosip hal yang macam-macam,menjadi nombor satu dalam semua berita apa salahnya jadi nombor satu untuk kisah anak kita..selami jiwa..bukan apa takut-takut semakin dewasa anak-anak semakin tiada rasa memahami antara kita.

Good luck ibu-ibu!!

Sunday, 13 January 2019

Khadijah 1st Day To School!

1 Januari 2019

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah lindungan dan rahmatNya selalu.

Rasa baru semalam dodoikan Khadijah..tengok-tengok dah sekolah dah anak ummi..sy dan husband sepakat untuk bagi Khadijah sekolah bila umur 4 tahun..kalau ikutkan tahun lepas pun dah boleh sebab Khadijah lahir awal tahun tapi rasa macam kecik sangat lagi so biarlah dulu..jadi bila masuk umur 4 tahun baru kami hantar.

Alhamdulillah Allah bagi kami rezeki membesarkan anak yang senang segalanya dan tak banyak karenah..umur 2 tahun 5 bulan Khadijah dah boleh buang air di toilet dan umur 3 tahun dah boleh cuci sendiri..jadi isu buang air di sekolah tak jadi masalah bagi kami..malam sebelum hari pertama Khadijah ke sekolah ummi dan abah yang tak lena tidur..bermacam yang melintas di kepala..risau dia menangis since dia sangat manja dan rapat dengan ummi,risau dia malu dengan kawan-kawan,risau dia tak boleh nak adapt dengan suasana baru..entahlah macam-macam.

Tapi....pada hari yang ditunggu...

Alhamdulillah Khadijah masuk ke kelas dengan senyuman...Ummi bangun subuh dia pun bangun sekali sambil cakap

"Ummi...kakak dah tak sabar nak pegi sekolah..dah boleh mandi ke ummi?"

Apa lagi yang dapat diungkap selain syukur?Kami sepakat untuk ambil cuti dan tak nak lepaskan peluang tengok sendiri pengalaman pertama Khadijah ke sekolah..Oh ya kami jugak sepakat untuk hantar dia ke sekolah PASTI Al-Husna agak jauh dari rumah tapi kami sangat berpuas hati dengan apa yang ada di situ..sebelum hantar beberapa kali kami ke situ tanya serba sedikit tentang jadual, silibus dan lain-lain ilmu tambahan yang ditawarkan. Sangat berpuas hati.

Bila sentuh tentang ilmu sy dan suami memang banyak berbincang untuk masa depan anak-anak. Dengan cabaran hidup zaman sekarang,dalam kajian yang pernah ummi buat dalam kerja ummi, apa pun kejayaan dan kegagalan hidup berpokok pangkal pada iman..kuatnya pegangan maka kuranglah risiko untuk buat perkara yang tak baik...bagi sy selain hantar anak ke sekolah untuk bergaul,ada kawan, pendedahan awal anak-anak juga sangat penting sebab ia akan mendorong ke mana hala tuju anak.bukanlah sekolah lain tak bagus tapi di sekolah ini banyak mengajar asas dan mengajar anak-anak untuk kekal wasatiyyah..2 minggu sekolah banyak yang ummi nampak perubahan kakak..amalan di sekolah mengajar dia untuk merutinkan sesuatu yang baik.

Untuk sepanjang Januari Khadijah tamat sesi jam 12.00 pm..ada masa Abah yang datang ambil dan ada masa kalau Abah kerja pengasuh yang akan uruskan.Hari pertama saat nak ambil Khadijah dari sekolah sekali lagi ummi berdebar...tak sabar nak tengok reaksi dia..Alhamdulillah dia masuk kereta dengan senyum..

"Ummi, Abah kakak suka la sekolah...cikgu baik,makan sedap,kawan pun ramai..nanti adik dah besar adik sekolah dengan kakak kat sini tau"

Apa lagi yang ummi abah nak cakap selain Alhamdulillah?

Benar hari pertama sekolah anak-anak satu momen yang sangat penting dan sukar dilupakan.
Seperti kelahiran,sambut hari lahir,perkembangan dan tumbesaran anak, hari pertama bersekolah juga antara pengalaman manis bagi ummi yang akan ummi kenang sampai bila-bila.

Doa ummi sentiasa mengiringi kakak dan adik...Semoga menjadi insan yang soleh dan solehah serta membahagiakan!

Sunday, 30 December 2018

Good Bye 2018

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik anak-anak ummi dah besar dua-duanya..Izz Khadijah lagi 4 hari dah masuk 4 tahun dan Iyad Kameel dah 1 tahun 6 bulan..Alhamdulillah makin sihat,aktif dan bijak bercakap (kadang-kadang soalan kakak buat ummi terpaku nak jawab hahaha)..

2018 dah sampai ke penghujung cerita..terlalu banyak kisah yang nak dikongsi tapi adakala terpaksa simpan dan ada yang boleh dikongsi tapi tak berkesempatan.

Apa pun 2018 yang bakal ditinggalkan terlalu indah untuk dikenang.

Antara peristiwa penting 2018

1. Mac - Alhamdulillah dipilih untuk maju setapak dalam kerjaya

2. September - Kehilangan seorang insan yang penyayang...Ayahngah (adik Abah)

....dan Alhamdulillah Allah masih limpahkan rezeki kepada kami (tak mewah tapi Allah cukupkan), anak-anak yang sihat, family yang sentiasa ada saat susah senang dan sahabat yang sangat memahami.

Semoga berjumpa lagi!
2019 i'm ready for you!



Tuesday, 11 September 2018

Kita Juga Bahagia!

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah lindungan rahmatNya selalu.

Alahai...lama sangat ummi tak menulis...hajat tu ada tapi ruang dan masa tidak mengizinkan..hampir ke penghujung 2018..terlalu banyak suka dan duka yang ummi lalui..tapi Alhamdulillah tetap diberi kekuatan olehNya.

Tahun ni ummi sangat jarang bermedia sosial..masa tu macam lari pecut dengan ummi...urusan keluarga dan kerja sangat padat dalam urusan harian..banyak benda tertinggal..hal kawan-kawan terutamanya..Allah...bukan lupa.memang diakui pada mulanya diri sendiri yang memilih untuk mengurangkan masa bermedia sosial dan lama kelamaan jadi kebiasaan (ada masa pun x bukak hahaha)..cuba mencabar diri utk kurangkan.

Kenapa?mungkin itu yang orang akan tanya (dah ramai sebenarnya yang tanya)..macam mana nak mulakan cerita ye..ok macam ni pernah satu masa ummi terlalu sibuk dengan update dari kawan-kawan hingga terabai sikit masa dengan anak-anak..sampai tahap paling teruk bila ummi mula membandingkan hidup orang dan hidup kita..ada jugak yang timbul rasa nak mengeji dan tak kurang terlalu memuji hingga nak jadi macam dia!

Masya Allah!

Satu hari masa anak-anak tidur bila tgk muka diorang rasa macam Ya Allah rasa terabai banyak masa yang sepatutnya jadi hak diorang.rasa menyesal dan marah pada diri sendiri..jadi hari tu jugak cuba selami apa yang ingin dicari..lama jugaklah menyelam hahaha!

Akhirnya nekad..

Kini lebih bahagia meluangkan masa dengan anak-anak dan urusan kerja..hidup dalam realiti...tidak lagi hidup dalam 'fake'..bukan yang rajin bermedia sosial itu semunya fake tapi entahlah...kenapa terlampau melihat sisi hidup orang lain sedangkan sisi hidup kita yang realiti juga indah?

Kita juga bahagia!


Sunday, 31 December 2017

Nikmat Bersalin:Rezeki kita berbeza-beza

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Pejam celik-pejam celik dah anak dua..rasa macam baru je lagi kawen hehehe.Aduhai anak cepatnya membesar..

Baru-baru ni ada lah sharing dengan sepupu dan kawan-kawan tentang pengalaman bersalin dan berpantang..macam-macam lah pendapat dan pengalaman yang dikongsi (secara personal sharing).
Saya sendiri ditakdirkan bersalin secara ceaser..ya kedua-dua anak dan in sha Allah kalau ada rezeki yang ketiga nanti pun akan bersalin secara ceaser...jadi impian nak beranak lima hanya tinggal impian..apa pun bersyukur diberi peluang melalui semua ni.

Adalah sorang hamba Allah pernah cakap pada sy...ko ni lembik sangat kot sampai kena ceaser,ko ni x pandai teran kot,ko ni tak aktif kot masa mengandung..Allahu.typical Malaysian...suka judge orang tanpa usul periksa..jangan begitu kawan.siapa yang tak nak bersalin secara normal..apa pun sy tetap bersyukur sy merasai kedua-duanya sebab sy dah pun 10 cm bukaan dan kepala dh nak keluar sangat..kalau tanya sakit tu macam mana hanya Allah yang tau...untuk anak yang kedua pula dah bukaan 4cm dan sakit pun mild je hanya air ketuban yang turun tapi sampai di labour room doc decide utk ceaser sebab demam dan suhu sangat tinggi..doc bimbang akan effect pada baby..

Sy yakin dengan setiap rencanaNya.ada hikmah di sebaliknya.Alhamdulillah proses pantang yang pertama langsung tiada masalah..cuma proses pantang anak yang kedua sy agak terganggu kerana sy dan baby berterusan demam hingga hari ke 10 tapi masih boleh kawal kesihatan dan emosi.

Seorang lagi hamba Allah kongsi pula ttg pengalaman dia...bersalin normal tapi masha Allah berbagai halangan dan rintangan hingga mengganggu emosi yang sangat hebat.Allahu.hanya doa dan sokongan yang mampu sy beri.

Jadi ibu-ibu sentiasalah berfikiran positif..jaga hati mereka yang bersalin secara ceaser...support mental diorang..jangan dipandang serong..ada yang pernah cakap bersalin ceaser tak gugur dosa macam orang bersalin normal..siapa kita untuk menghukum dan menentukan dosa pahala orang..untuk ibu-ibu yang senasib sy anda memang wanita hebat!

Percayalah pada rencana Allah...rezeki setiap manusia bukan kah berbeza?

Wednesday, 6 December 2017

Pembelajaran Melalui Teladan

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah rahmat Allah selalu.

Pejam celik pejam celik anak sulung ummi Izz Khadijah dah nak masuk 3 tahun dan anak teruna ummi Iyad Kameel dah nk masuk 6 bulan.Cepat betul masa berlalu..ada masa ummi rasa tak puas tengok anak-anak ummi membesar..yelah kalau hari bekerja 10 jam masa anak-anak ummi dihabiskan dengan babysitter.Dengan ummi tolak waktu tidur,tolak ummi sibuk kat dapur,sidai kain,lipat baju,gosok baju, hanya 4-5 jam je masa ummi nak layan...kesian anak-anak ummi..

Sekarang Iyad dah pandai menyulur 360 darjah...dah pandai menjerit kuat-kuat kalau bagi susu lambat..buat macam-macam aksi dan perangai bila mengantuk dan yang paling best dah dapat cam ummi,abah dan kakak..nampak je kami melonjak-lonjak lah nak datang..

Khadijah pulak dah makin aktif sekarang..macam-macam nak dicuba..dah boleh kayuh basikal sendiri,gosok gigi sendiri,ambil air sendiri,bukak tv sendiri dan dah pandai sembang itu ini dengan ummi...opah cakap seronoklah besar ni dah boleh buat kawan..

Baru-baru ni Khadijah selalu bahasakan diri aku..heran lah sapa yang ajar.Mengadu pada Mak (mak tempat rujukan paling perfect aku pernah ada).Mak cakap mungkin ada dengar sapa-sapa cakap kot...bila difikir ye agaknya..tanpa sedar mungkin saya dan husband ada bersembang dan cakap-cakap dengan kawan-kawan sambil guna perkataan "AKU"...omg rasa bersalah pulak..so sekarang kami ambil langkah control sebut perkataan tu sebab besar tu bukan tau menilai lagi mana baik dan buruk...Alhamdulillah sebulan dua ni belum dengar lagi perkataan tu keluar dari mulut dia.

Mak memang selalu ingatkan jangan menghukum anak tapi didik anak...kalau selalu pukul dan cubit belum tentu anak nak ikut..memang betul diorg akan rasa serik dan sakit tapi perbuatan yang salah diorang belum boleh berfikir secara logik yang benda tu salah..diorang tak nak buat sebab takut kena pukul bukan sebab benda tu salah.Jadi mak kata didiklah dengan betul.

Khadijah selalu tumpahkan makanan dan air..baru-baru ni jiran-jiran ajak potluck..diorang pelik bila tengok khadijah makan nasi dan bila tumpah laju kutip letak setempat dan tanya kain buruk..macam tu jugak kakak saya terkejut bila dia tumpahkan air dia terus bangun cari kain lap tanpa disuruh..nak tau macam mana saya train?

Ini yang mak saya ajar..pertama bila dia buat salah jangan terus marah.tanya dulu.contohnya "Khadijah kenapa tumpahkan air?" dia akan bagi macam-macam alasan dan sebagai parent kita kena dengar even alasan dia sangatlah tak logik.so masa tu kena double kan tahap kesabaran hahahaha...apa yang patut kita buat?ok ajar dia ambil kain dan lap.pesan dekat dia kalau air dan makanan tumpah ambil kain atau tisu pastu lap (sy memang sentiasa letak tisu dan kain lap yang senang dia nak ambil)...jangan fikir nak perfect..budak besar tu tak kan lah dapat lap bersih macam kita kan?so percubaan kali pertama mungkin menguji kesabaran tapi tak apa..yang penting dia dapat belajar sesuatu..ulanglah selalu in sha Allah berjaya..jangan terlampau nak anak kita perfect..kalau niat kita baik in sha Allah ada jalannya.jangan terlampau menginginkan kesempurnaan...cukuplah ada bekalan untuk anak kita.teringat cerita sorang staf yang sangat malas solat..mak dan ayahnya orang yang alim dan berpangkat..satu hari sy tgk dia solat dan terus tak tinggal solat lepas tu..sy tanya apa yang mengubah dia.tau dia jawab apa?katanya mak dia setiap kali sebelum solat subuh akan kejutkan dia dan baca surah di telinga dia..dari kecik hingga dia dah nak kawen..Allahuakbar sabarnya!!!Alhmadulillah umur dia 30 tahun akhirnya dia solat.

Jadi sabarlah wahai parents..didiklah selagi mampu..selebihnya banyakkan berdoa kepadaNya.
Benarlah orang kata pembelajaran melalui teladan!




Sunday, 5 November 2017

Bukan Mudah

Bukan mudah menjadi aku
Duduk di atas tapi tiada kuasa
Duduk di bawah tapi tiada suara
Duduk di kiri tapi kena setuju
Duduk di kanan tapi kena lawan

Bukan mudah menjadi aku
Menegur tapi dikata herdik
Perbetul tapi dikata malaikat
Buat salah terus dihukum
Buat silap terus digantung

Bukan mudah menjadi aku
Tiap geri diperhati
Tiap tanduk diadili
Tiap langkah diteliti
Tiap cerita disoroti

Kamu fikir aku gembira begini?

Wednesday, 20 September 2017

Iyad Kameel Hero Ummi

Assalamualaikum wbt.
Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah.

Alhamdulillah.
Hanya itu yang dapat diungkap bila Allah berikan segalanya cantik tersusun. 20/6/2017 permata hati ummi yang kedua selamat dilahirkan ke dunia.

Iyad Kameel.
Sungguh indah nama awak sama macam kakak awak.
Percayalah sayang ummi tiada kurangnya sama macam sayang pada kakak awak.
Awak sangat baik.Semoga awak terus jadi anak yang baik sampai bila-bila.

Tiada apa yang dapat diungkap hanya syukur!

Saturday, 27 May 2017

Satu Penghargaan!

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Alhamdulillah hari ni hari ke 2 umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Alhamdulillah Allah terus beri kekuatan untuk sy lalui Ramadhan dengan rasa tenang,sihat dan bahagia.

Satu cabaran buat sy bila terpaksa bersahur dan berbuka puasa hanya ditemani Khadijah tersayang dan adik dalam perut ni.Abah macam tahun-tahun lepas kena kerja..mula-mula dulu agak kekok dan sedih tapi Alhamdulillah dah mula jadi biasa..orang tua kata alah bisa tegal biasa.sy syukur suami banyak sangat membantu terutama pergi pasar belikan barang-barang basah sebab mungkin dia pun kesian tengok isterinya nak jalan pun dah tak larat bawak badan hahaha!Syukur juga anak-anak ummi sangat baik tak banyak ragam...adalah orang tanya eh..eh larat lagi masak hari-hari bekalkan suami makanan macam-macam..sy just jawab Alhamdulillah ok lagi..lagipun masak yang simple je..

Dulu sy rasa sangat tertekan sebab kena masak untuk suami tak kira penat ke tak hari-hari...tambah lagi bila dah ada anak..tapi bila fikir-fikir rasa beruntung sebab suami pilih apa yang sy masak dan kalau boleh tak nak beli kat luar..pernah jugak terfikir sedap ke aku masak?suami boleh ke telan?tapi itulah yang dinamakan air tangan isteri..bila tgk licin pinggan hati tu bagai berbunga-bunga hehehe..Dia sangat memahami.ada masa bila terlalu penat dia sendiri yang akan cakap "hari ni kita makan luar ye..dah lama tak makan kt luar"...Allahu.

Bagi sy bila dah berkahwin dan tinggal jauh dari keluarga suami adalah segalanya.Dia lah tempat sy mengadu,bercerita dan meluah segala.Kawan bukan tak ada tapi ada benda yang hanya suami patut tau.Sy bukanlah terlalu stigma pada isu tertentu tapi sy paling tak boleh terima bila ada sesi luahan perasaan dengan kawan berlainan jantina!Yes lelaki dan wanita!Bagi sy apabila terlalu berkongsi dengan kawan lelaki akan membibitkan satu perasaan yang lebih dari seorang kawan.Sama ada lelaki yang rasa atau perempuan yang rasa.

Perempuan...apa perasaan korang bila banyak masa dihabiskan dengan whtsapp kawan lelaki berkongsi cerita itu ini?di mana letak si suami waktu itu?ok lah kadang-kadang ada lah datang alasan suami bukan nak layan sangat,suami bukan suka sangat sembang hal isu remeh-temeh.tapi benda tu kan boleh dibincang..rumah tangga kita sebenarnya kita yang corak sendiri..birukah kuningkah hijau kah atau terus kelabu taik anjing!tak ada masalah yang tak boleh selesai..Allah dah janji kan tiap kesulitan ada jalannya.jadi kenapa pilih lelaki @ perempuan lain untuk meluah rasa?

Sy dan suami bukanlah terlalu yakin dengan hubungan kami atau terlalu hebat dalam isu rumah tangga tapi kami cuba belajar...dan sekarang masih terus belajar.ye lah orang lain dah kahwin 10 tahun 15 tahun kami ni baru je 3 tahun lebih.Bagi sy tak salah untuk sy berkongsi bukannya MENGAJAR menjadi betul.3 tahun kami pun sebenarnya penuh cabaran yang hebat.

Jadi cuba fikirkan..sayang-sayanglah suami @ isteri masing-masing..hidup kita bukan bertongkat langit pun..sama ada dia atau kita akan pergi bila-bila masa.hargailah pasangan masing-masing...tak rugi kan sayang pasangan?

Sunday, 21 May 2017

Soalan untuk suami terhebat!

Suami,
Kadang isteri selalu terfikir
Sayang suami di tahap mana
Adakah terlalu tinggi
Atau terlalu dalam
Atau mungkin terlalu luas
Mungkin juga tiada penghujung

Tapi,
Itu kalau sayang
Kalau sayang pun sudah tiada
Di mana agaknya terselit 
Mungkin di celah hati
Atau di ruang minda
Atau mungkin dalam ingatan
Mungkin juga langsung tak ada

Suami,
Isteri dapat rasa sayang itu
Cuma tak tahu berapa banyaknya

Suami,
Tidak mengapa
Itu bukan ukuran
Bukan juga jaminan
Apatah lagi sebagai pertaruhan
Isteri cuma harap satu
Setialah hingga syurga

Kau suami terhebat!



Still Counting!

Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmatnya.

Pejam celik pejam celik ada baki lagi 25 hari nak sampai due date.Tak lama lagi Khadijah akan jadi kakak!Alhamdulillah pregnant kali ni Ummi diberi kekuatan luar biasa olehNya walau pun cabaran-cabaran yang datang tak kurang hebatnya.

HB sy mmg agak rendah so dari awal pregnant dah kena ulang alik klinik 2 minggu skali..ni bila dah dekat due lagi lah kena ulang lebih kerap.2 kali seminggu uols!!!adehhh..tapi Alhamdulillah Bos n colleagues sangat-sangat memahami dan bertolak ansur sampai kadang-kadang over caring plak dah hahaha..tq guys!Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Kali ni cabaran agak hebat sebab in sha Allah bersalin pada bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah.Cara nak deliver pun pakar tak bagi suggestion lagi sama ada normal atau ceaser...Yela masa Khadijah dulu deliver secara ceaser.Harap-harap kali ni Allah bagi peluang untuk saya lahirkan secara normal walaupun masa deliver Khadijah dulu sy sempat bertarung nyawa berusaha melahirkan secara normal tapi apa kan daya takdir penentu segala.

Jadi yang membaca doakan saya dan keluarga dipermudahkan urusan ye..tq!


Sunday, 16 April 2017

Untuk kamu!

Cinta Adam dan Hawa sangat agung
Tapi kita orang biasa
Tiada yang sempurna
Rasanya cinta kita sudah terlalu agung
Tapi masih ada cela
Bertampung di sana
Bertampal di sini
Sungguh tidak cantik

Tapi tiada halnya
Si suami tampung mana yang kurang
Si isteri tampal mana yang tak kena
Bukankah nanti akan cantik?
Cantik cara kita
Mengapa fikir orang nak kata
Cinta kita biar kita yang rasa
Sayang kita biar kita yang peluk
Kasih kita biar kita yang taut

Jangan datang ribut kau dah goyah
Datang taufan kau dah rebah
Datang jelita kau dah lemah
Kau kan suami
Suami pendamping untuk isteri
Penyejuk hati
Penawar duka
Cukup agungkan itu?

Suami kata isteri kena kuat
Kena tabah
Kena pasrah
Tapi di mana agungnya kalau isteri yang selalu beralah?
Isteri bukan sampah
Yang senang kau nak sepah
Yang mudah kau nak ratah

Tidak mengapa isteri
Segala lelah
Segala pasrah
Segala tabah akan dibayar nanti
di syurga abadi.

Suami jangan selesa
Lihat rebahnya mereka
Kerana hari kau juga akan tiba

Allah itu maha adil bukan?

Dedikasi untuk semua wanita yang melalui perit jerih mempertahankan cinta,kasih dan sayang!




Tuesday, 14 February 2017

Bila Doktor makan?

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Hari ni Ummi check up di klinik..kena pergi 2 minggu sekali sebab Ummi ada masalah dgn Hb tp Alhmadulillah beransur ok..sambil check up mata Ummi perhati sekeliling bilik doc..jam dah pkul 10am lebih tapi nampak bekal nasi goreng doktor belum berusik..air kosong pun nampak baru luak sikit..mulut Ummi terus ringan tanya 

"doktor tak makan lagi ke?bila doktor makan?
"belum lagi..nanti ada gap antara patient i curi-curi makan la"

Allahu..walaupun sekadar skip waktu makan tapi bgi sy itu sudah cukup besar pengorbanannya..doktor tu pregnant dan kandungan kami sebaya!korang rasa ibu mengandung boleh tahan lapar?for me no!ada masa bila tak sempat rasa nak menangis sebab terlalu lapar...lapar orang mengandung tak sama dengan orang yang tak mengandung!

Sy cakap pada dia lagi.

"Doktor makan la xpe sy xde masalah apa..bacaan darah,bp,jantung baby semua ok..xpe doktor blh cepatkan..kesian u tak makan lagi"
"ehh xpe..i x boleh buat macam tu..lagipun klinik x seteruk hospital..masa i bertugas dekat hospital i makan pun kadang2 sambil berjalan..i rasa i bersyukur sangat dah kat sini"

Allahu..sekali lagi sy tersentak.

"Doktor tau x i selalu doa dan cakap pada anak sulung i (Khadijah) yang baru 2 tahun tu suruh dia jadi doktor sebab doktor mulia..setiap hari dapat pahala"

"eh..anak sulung kita pun sebaya tpi i tak nak anak i jadi doktor macam i..i tak nak anak i rasa apa yang i rasa"

Sy terdiam.dia kemudian terus meluahkan rasa hati.Katanya doktor ni memang kerja yang baik.Hari-hari tolong orang.Tapi zaman sekarang siapa yang tak kuat jangan lah jadi doktor..orang kita terlalu sensitif dan mudah menghukum..lambat dilayan kata doktor dan nurse curi tulang.salah sikit 1 Malaysia dia hebahkan keburukan doktor.tapi orang kita tak faham apa itu prosedur dan keutamaan..dulu dia bertugas di bahagian kecemasan hospital..katanya bayangkan demam biasa yang boleh dapatkan rawatan di klinik tapi datang ke kecemasan untuk rawatan segera..sedangkan ada yang betul2 dalam kecemasan perlukan rawatan..bila lambat bising maki hamun doktor.yang lebih parah semuanya nak diviral kan dalam media sosial..silap haribulan terpampang gambar doktor yang kononnya tak entertain patient dengan baik..bandingkan hospital kerajaan dan swasta.kutuk itu dan ini.

Dengar luahan dia bagi sy ada benarnya.sy pernah warded pada tahun 2011 di hospital kerajaan. Kemudian pada tahun 2015 masa lahirkan Khadijah..dapatkan rawatan di klinik kesihatan,klinik desa,SOPD di hospital..Alhamdulillah sy puas hati.walaupun sy pernah tunggu turn berjumpa doktor selepas 2 jam setengah menunggu.bagi sy itu pengorbanan yg perlu patient berikan.Alhamdulillah masa Khadijah kecik turn menunggu dipendekkan atas alasan bawa bayi..betul itu mmg sy sgt berpuas hati.layanan di wad juga sangat baik.ada juga masa pembantu perawatan terlupa bagi baju salin yang baru tapi tak salah kita bertanya atau terus minta di kaunter.tak perlu tulis di FB cakap orang ni curi tulang orang tu tak prihatin..ada juga masa sy tgh sakit nak bersalin (bukaan baru 3 cm je pun) sy tekan loceng nurse tak datang pun..last2 sy jalan sendiri pergi ke kaunter..tengok2 nurse terlelap (lebih selesa gunakan istilah terlelap sebab bukan dalam keadaan tidur baring dengan selesa) sy kejutkan dan bgitau yang sy sakit..dia check bukaan dan bgi kata semangat..tak pernah terlintas utk marah sebab boleh bayang tak klu kita di tempat dia yang bertugas syif malam?entah2 kita siap berselimut bagai.

Jadi berhentilah complaint.terima dengan hati terbuka.jangan hukum mereka.mereka ada hati dan perasaan.

Dengar luahan doktor tu belum mematahkan semangat sy untuk lihat Doktor Khadijah menabur bakti!

Short Vacation!

Assalamualaikum wbt.

Semoga dalam lindungan dan rahmat dariNya selalu..

Lepas celebrate birthday Khadijah yg ke 2 baru-baru ni Allah uji kami..Khadijah demam+muntah+cirit birit yang teruk...Khadijah mmg anak yg aktif tapi kali ni dia sangat2 lemah...Alhamdulillah setelah berbagai usaha dan doa selepas 8 hari keadaaan back to normal..anak Ummi getting better and better...dah boleh pot pet pot pet dah hahaha...Ummi sukeeeee!!!

So Abah Khadijah cakap jom kite rehat-rehat kat luar (husband n i mmg bagi full attention pada Khadijah sampai x cukup rehat,makan dan tidur)...sebenarnya ada jugak terfikir tapi malas nak request dkt suami takut2 emosi dia masih x stabil (lepas MIL meninggal).Bila idea bernas tu keluar dari mulut dia apa lagi melompat kami anak beranak (sebenarnya Ummi je yg lompat hahaha).Yelah rasa macam lama sangat x rest...dekat rumah bkn tak boleh rest tapi tak kan dapat rest kalau kain baju x basuh x lipat,rumah x kemas,x siap dinner...so jln paling baik rest di luar x kisah lah mana pun asalkan keluar dari rumah...sebenarnya kami jarang bercuti bertiga.selalunya cuti banyak dihabiskan di kampung.so decision bercuti walau sekejap ni adalah sekali dua je dalam setahun (harap2 tahun ni dapat banyak kali dalam setahun hahaha).Kami xlah mcm org lain vacation berpuluh kali tapi cuti kami lebih kepada rehatkan badan dan luangkan masa bersama..masa ni fokus lebih kepada Khadijah.masa ni jugak peluang merencana masa depan (berangan sebenarnya hahaha).bagi kami kuantiti bukan ukuran tapi kualiti..

Ok lps habis office hour (hari Khamis) Abah bagi cadangan and sebelum maghrib kami terus berdesup keluar heading to Penang..kalau ikut sempadan Penang is about 5 min from our home hahaha...tapi kitorg pilih pergi ke sebelah pulau sana..yes Feringghi!!!Dalam kereta Abah Khadijah call hotel untuk reserve bilik yang facing laut..atlast kami pilih Copthorne Hotel..rate Alhamdulillah masih di bawah kemampuan.xlah yang mahal sangat..Khadijah nampak excited sangat...Ummi double excited haha..so jom lah layan gambaq kami naaa...






























See you again!