Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah lindungan rahmatNya selalu.
Alahai...lama sangat ummi tak menulis...hajat tu ada tapi ruang dan masa tidak mengizinkan..hampir ke penghujung 2018..terlalu banyak suka dan duka yang ummi lalui..tapi Alhamdulillah tetap diberi kekuatan olehNya.
Tahun ni ummi sangat jarang bermedia sosial..masa tu macam lari pecut dengan ummi...urusan keluarga dan kerja sangat padat dalam urusan harian..banyak benda tertinggal..hal kawan-kawan terutamanya..Allah...bukan lupa.memang diakui pada mulanya diri sendiri yang memilih untuk mengurangkan masa bermedia sosial dan lama kelamaan jadi kebiasaan (ada masa pun x bukak hahaha)..cuba mencabar diri utk kurangkan.
Kenapa?mungkin itu yang orang akan tanya (dah ramai sebenarnya yang tanya)..macam mana nak mulakan cerita ye..ok macam ni pernah satu masa ummi terlalu sibuk dengan update dari kawan-kawan hingga terabai sikit masa dengan anak-anak..sampai tahap paling teruk bila ummi mula membandingkan hidup orang dan hidup kita..ada jugak yang timbul rasa nak mengeji dan tak kurang terlalu memuji hingga nak jadi macam dia!
Masya Allah!
Satu hari masa anak-anak tidur bila tgk muka diorang rasa macam Ya Allah rasa terabai banyak masa yang sepatutnya jadi hak diorang.rasa menyesal dan marah pada diri sendiri..jadi hari tu jugak cuba selami apa yang ingin dicari..lama jugaklah menyelam hahaha!
Akhirnya nekad..
Kini lebih bahagia meluangkan masa dengan anak-anak dan urusan kerja..hidup dalam realiti...tidak lagi hidup dalam 'fake'..bukan yang rajin bermedia sosial itu semunya fake tapi entahlah...kenapa terlampau melihat sisi hidup orang lain sedangkan sisi hidup kita yang realiti juga indah?
Kita juga bahagia!
Blog Archive
Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts
Tuesday, 11 September 2018
Sunday, 7 July 2013
Boleh ke?
Assalamualaikum wbt..
Semoga kita semua dilindungi Allah dari fitnah yang berleluasa.
Minggu ni mmg busy manjang..letih badan letih otak..all in one...pheeewwww..xpe itu challenge yg perlu sy akur.blaja untuk bersyukur :)
As usual persekitaran mengajar sy lagi.melihat kehidupan orang untuk dijadi panduan dan pedoman.bukan meniru tapi itulah belajar.ada masa sy akn ringan mulut bertanya dan adakala sy lebih suka memerhati dari berbicara.sy pernah terbaca artikel (maaf sy tak ingat sapa penulisnya) tentang menegur dalam bentuk perli.sy x sure kesahihannya.tapi apa yang sy baca Islam menganjurkan untuk berbincang dan saling menegur.tapi jgn sampai menyinggung perasaan mana2 pihak..perli tidak dianjurkan.tetapi andai tiada pilihan maka boleh.dengan syarat tidak mengguris hati.yang sy faham di sini perli yg dimaksudkan bukan la dlm bentuk mengeji,mngumpat atau mengata.kita boleh gunakan contoh untuk menyedarkan orang lain.perli yang tidak keterlaluan.sy sendiri pernah rasa diperli.sy yakin ia bukan dituju kepada sesiapa tetapi sy rasa seperti ditampar!!ye akhirnya sy akur.kenyataan yg ditulis itu betul!syabas kepada Ustaz tersebut kerana share something yg buat sy rasa ditampar huhuu...dan akhirnya sy sedar dan cuba perbaiki..mungkin itu maksudnya perli yang dimaksudkan...
Tapi apa yang sy lihat persekitaran,perli itu seperti satu budaya..budaya menegur dan berbincang agak diketepikan..
"ala sape la aku ni..ilmu tak tinggi..lain la org tu.."
"la ko cakap dengan aku ke?igt cakap dengan tiang tu.."
"eh cantiknye baju ko ni...mesti mahal ni" sambil buat muka
"eh ko dah kurus la..mmg ko la pling cun kt cni.."
ni antara ayat2 biasa.apa salahnye cakap dengan lebih beradab dari perli2 yang adakala buat orang terasa.sy memerhati.dan hasil pemerhatian sy manusia akan cuba mengemukakan hujah2 tanpa ilmu dan tanpa amal apabila cuba menegakkan sesuatu.kan bagus kalau segala ayat2 perli dan teguran dijadikan titik tolak untuk berubah lebih baik?atau cari ilmu dan amal apa yg kita cakap utk perli orang tu dlm hidup kita dulu?kan bagus..
ukhwah itu manis kan?
:)
p/s:tiba2 teringat kak asma (1 pejabat di tempat lama).dia selalu puji baju sy cantik.tapi ada 1 ayat yg sy xkan lupa n kalau boleh xnk buat dah..."cantik baju zu..tapi klu baju ni x jarang n longgar mesti nmpak manis"...ye itulah ayat perli yg sgt beradab dan boleh nmpak yang dia perli dengan ilmu!! :)
Friday, 19 October 2012
a d i l
Assalamualaikum..
sy selalu fikir kenapa hidup orang senang dan lancar tidak seperti hidup sy?bila terlampau jauh menyelami perasaan sendiri sy mula istighfar..tak patut sy fikir mcm tu..Allah kan dh atur semuanya..mungkin sy tidak sabar apa yg akan jadi esok,lusa dan seterusnya.kadang2 sy lupa nikmatNya.ye sy memang lupa dan skrg sy cuba utk terus mensyukuri nikmatNya.sy yakin ada yg terbaik utk sy nanti.cerita lepas sbgai panduan,pengajaran dan tauladan utk sy terus jadi yg lebih baik hari ni, esok, lusa dan seterusnya.
benar kata teman sy diam itu kadang2 lebih baik.skrg sy pilih utk pendam.sy pilih utk diam.org lain xkan faham.mungkin hari ini diorg menyebelahi sy,sokong sy tpi esok,lusa dan seterusnya sy tak pasti.mungkin jadi benci,tak suka,menyampah..entah sy krg pasti.sy yakin mengadu padaNya adalah jln terbaik bgi sy.org selalu tanya tak sunyi ke lalui hidup sorang2?sy tak perlu jwb.sy tak pernah rs kosong.Allah dh anugerahkan keluarga dan teman utk sy.Allah itu kan maha ADIL.
| Maybe this is the right time to make it rubbish..:) |
Thursday, 11 October 2012
Rindu Abah Part 3
Assalamualaikum..
Mungkin terlalu banyak masa bersendirian buatkan sy terlalu banyak berfikir..hari ni seharian berehat di rumah.keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan utk ke ofis.rutin bersembang dgn mak diteruskan mcm biasa..akan jadi pelik kalau sy tinggalkan rutin ni :)
Mak macam biasa bercerita kisah abah.hari ni hari yang ke20 abah mengembara ke tanah suci menunaikan rukun Islam ke5 itu..dari hari pertama abah berangkat hingga ke hari ini belum pernah sehari pun diorg tak berhubung.kadang-kadang sampai 3-4 kali sehari.even dengar suara pun dh buat mak tersenyum.
utuh.
hati semakin rindu pada abah.last week balik kampung sy ambil alih tugas abah sementara waktu memotong rumput dan membelek2 pokok yang dia jaga sebelum ni..rasa ingin menjerit..Ya Allah rindunya abah.abah...pokok cabai abah semua berbuah banyak.pokok nangka abah tanam pon dh keluarkan buah sulung..manis sangat.kucing-kucing abah pon gemok2 dh...mak bagi makan cukup hehe..tiap kali tidur sebelah mak mesti nmpak mak peluk bantal abah..mungkin rindu sgt2.
kami doakan abah sihat kt sana.smoga abah tenang menjalani ibadah.semoga abah mendapat haji yg mabrur..semoga segala berjalan lancar terutama pada hari wukuf di Arafah.smoga Allah izinkan kita sekeluarga di sini untuk berpuasa pada hari Arafah..permudahkan abah Ya Allah.izinkan abah menjejakkan kaki di jabal Rahmah (bukit kasih sayang)..tempat bertemunya Adam dan Hawa.tempat terakhir Nabi Muhammad saw menerima wahyu.
p/s:semoga sy dijodohkan dengan lelaki yang baik macam abah :)
Monday, 24 September 2012
Rindu Abah Part 2
Assalamualaikum..
Hari ni dh masuk 2 hari abah memulakan perjalanan menunaikan rukun Islam kelima..perasaan bercampur baur.sedih sbb abah akan jauh dari kami untuk sementara waktu.gembira sebab akhirnya abah dipilih Allah untuk ke bumi suciNya.
di hotel malam sebelum abah berangkat,sy hanya lihat gelagat abah.ada berbagai tanda soal di wajah abah.mungkin semua orang yang bakal menunaikan haji pun sama seperti abah. gembira,bimbang,sedih...bercampur aduk.kami seperti x mahu berenggang dengan abah.mungkin sudah mula rasa rindu pada abah.masa tidur dengan abah sy dapat lihat abah tak tidur nyenyak..mungkin excited atau bimbang atau sedih atau apa sy tidak pasti.abah bangun awal pagi.sempat membaca Al-Quran dan doa2 yang diselit di beg kecilnya.sy nmpak abah tenung wajah mak.ada sendu di situ.mungkin bimbang meninggalkan isteri untuk sementara waktu.tidak mengapa anak2 masih ada utk menjaga mak.
pagi sebelum keluar dari hotel abah bermaafan dgn mak.sy krg pasti untuk kali yg ke berapa.hati sy tersentuh lagi.di Kelana Jaya sy x lepaskan peluang menguruskan segala urusan pendaftaran abah.sesak.tapi sikit pun x menggugat sy utk terus genggam erat tangan abah mengharung ratusan manusia.sebelum abah ke tempat taklimat (itu tempat terakhir sebelum abah berlepas..dan itu tempat kami berpisah untuk sementara waktu ini) kami mngambil peluang memohon maaf dari abah dan minta abah mendoakan kami.yang pasti air jernih mengalir laju.tiada siapa yg dpt merungkai perasaan pada saat itu..walaupun sudah 2 hari berlalu tapi hangat pelukan abah masih terasa dan itu yg sy rindukan hingga saat ini.
semalam abah call dari Madinah.jelas suara abah.semua berebut nk bercakap dgn abah dan alhamdulillah mak dan kami 4 beradik dapat bercakap dgn abah.antara kata-kata abah yg masih kemas di ingatan sy...
"seronok dekat sini..Masid Nabawi cantik,besar,tenang je..nanti kita semua kena datang sini sama2.."
jelas skali abah bercakap dengan senyum lebar.hati saya masih berbagai rasa.alhamdulillah abah gembira.
doa kami semoga perjalanan haji abah dipermudahkan.semoga abah antara insan terpilih mendapat haji mabrur.semoga abah doakan kami semua di sini.
| lepas solat jumaat..kawan abah yang azankan..sebelah kanan abah kawan yg paling rapat dgn abah |
| jangan tanya apa perasaan kami semua masa ni..Allah maha mengetahui |
| rindu abah sangat2 |
| abah mula mengatur langkah.. |
Abah kami semua rindu abah!
Tuesday, 11 September 2012
Rindu Abah Part 1
Assalamualaikum..
Bulan ni agak busy sikit sbb every week blk kampung.macam-macam yang nk kena buat on time..ramai jgk teman2 yg mngusik..."ehem2 prepare nk bertunang ke?".."ehh nak kawen dah ek??"..hehe ok sy x marah.kalau sy kt tempat diorg pon sy akan tanya benda yang sama..yela busy sangat kan hehe..okay sebenarnya busy tolong abah prepare barang2 yang masih belum dibeli plus beli barang2 untuk wat kenduri kesyukuran dan doa selamat.abah akan berlepas ke tanah suci 22hb ni..so kami 1 family amik peluang spend time ngn abah..yela lama jgk x dapat jumpa abah nnt.1st time raya haji nanti abah xde dengan kami..
kalau tanya perasaan saat ni mesti la happy sbb abah akhirnya dipilih di kalangan berjuta2 umat Islam utk menunaikan Rukun Islam ke5 tu kan..tapi sebagai anak yang x pernah berpisah lama dengan abah mestila sedih kan..mesti akan rindu menatap wajah redup abah,rindu nk bersembang dengan abah, rindu nak dengar abah pesan itu ini..paling terasa nanti mestila time balik kampng sbb orang yang pertama bukak pintu n jenguk di muka pintu mestila abah..
last weekend mmg kitorang spend time ngn abah..ke mana pergi kalau blh nk abah ada sama..n sy akan makesure abah naik kereta sy hehe..bila lipat baju2 abah mesti air mata mengalir laju sambil mencium baju abah tanpa jemu..sian abah kt sana nnt kena lipat baju sendiri,kena basuh baju sendiri..Ya Allah semoga urusan abah dipermudahkan..abah mmg dh bertahun2 x pernah potong rambut kt kedai..tkang gunting rambut abah mestila sy..selalu abah akan pesan jgn potong nipis sgt..rambut abah dh makin nipis nnt nmpak botak plak..hehehe abah..abah..mmg sy akan ikut demand customer sy tu huhu..2,3 hari lepas ms kt kampung abah mintak sy potong rambut.tapi kali ni abah request potong rapat.sy kata abah nnt nmpak botak.dia kata xpe nnt kat sana abah nk bercukur jgk..hati tiba2 sayu.kelopak mata bergenang lagi..sy potong dengan lambat smpai abah tertido..sy tau nnt sy akan rindu nk sentuh rambut halus abah..rambut abah penuh dngan uban.pernah dulu seseorang pernah suggest kt abah utk hitamkan rambut..kata abah uban salah satu peringatan ttg mati.sy pegang kata2 abah..
ok bnyak lagi nk share pasal abah..nnt kita smbung lgi ye..2 minggu lagi kami akan berpisah dengan abah utk sementara waktu.semoga pemergian abah ke tanah suci sentiasa dirahmati dan dilindungiNya..semoga abah mendapat haji yang mabrur..semoga ibadah abah diterima dan doa abah dimakbul..semoga abah kembali di sisi kami dengan senyum yang kami rindu..
KAMI SEMUA SAYANG ABAH!!
Sunday, 26 August 2012
sayu..sayu..dan sayu lagi
Assalamualaikum..
cuti raya lama so blog pon cuti sama la kan hehehe..
selalunya time raya memang meriah rumah dengan kaum kerabat sy yg memang berduyun..tapi kali ni agak lain..lebih banyak bersederhana..air mata laju je jatuh saat takbir bergema..entah sy tidak pasti mengapa.apa yang pasti hati terlalu sayu meninggalkan ramadhan..entah dapat berjumpa lagi thn depan entahkan tidak..
thn ni semua lain..kadang2 rasa seperti mimpi..suasana sayu terus menyelubungi..kata mak biarlah..jangan diingat kisah lalu..kita masih diberi peluang utk terus menikmati hidup ini dengan aman..biarlah dia pergi jauh..tinggalkan dia jauh..biar.
kuatnya diri berdepan dgn semua saat hati luluh..terima kasih Allah kerana memberi kekuatan ini.
cuti raya lama so blog pon cuti sama la kan hehehe..
selalunya time raya memang meriah rumah dengan kaum kerabat sy yg memang berduyun..tapi kali ni agak lain..lebih banyak bersederhana..air mata laju je jatuh saat takbir bergema..entah sy tidak pasti mengapa.apa yang pasti hati terlalu sayu meninggalkan ramadhan..entah dapat berjumpa lagi thn depan entahkan tidak..
thn ni semua lain..kadang2 rasa seperti mimpi..suasana sayu terus menyelubungi..kata mak biarlah..jangan diingat kisah lalu..kita masih diberi peluang utk terus menikmati hidup ini dengan aman..biarlah dia pergi jauh..tinggalkan dia jauh..biar.
kuatnya diri berdepan dgn semua saat hati luluh..terima kasih Allah kerana memberi kekuatan ini.
Monday, 6 August 2012
PERUBAHAN
Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Mood masih tertinggal di kampung..letih drive msh x hlg tapi apa nk buat dh terpaksa..ok xyah nk homesick sgt so jom layan celoteh sy hehehe..
ramai yg menegur perubahan pada diri sy..ada gak yg mulut2 jahat tanye ehh u berubah sbb pts cinta ari tu eyh??ehh pedas sungguh kata2mu itu hehe..ok la sy cite ek..sy berubah pon xde la ketara sgt..lgipun berubah bkn utk menunjuk2 atau nk tunjuk diri tu baik sgt..klu compare dgn org lain sy jauh sgt perbezaannya..org lain dh berzaman pakai stokin,pakai tudung menutup dada,hand sock,lengan panjang,baju longgar tapi sy msih ketinggalan dan merangkak2..betul sy malu bila igtkan sy yg dulu..sgt teruk..
macam org lain jgk sy pon ada niat utk berhijrah ke arah yg lebih baik..walaupun belum cukup sempurna tapi insya allah sy akan terus belajar2 dan belajar..sy x kata sy hanya berubah dari segi pemakaian tapi merangkumi semua..sy masih igt bagaimana sy menangis teresak2 bila lihat baju2 dalam almari sy..mmg sedih..sy x kisah org nk kata sy show off dgn cerita sy ni atau nk tunjuk diri baik tapi sy rasa x slh share dgn org yg sudi baca dan jadikan ini sbgai tauladan..yang penting perubahan sy bukan kerana putus cinta..berbulan2 sy kumpulkan kekuatan utk berubah dan akhirnya Allah izinkan..
perkara pertama yg sy buat tentulah menjaga pemakaian sy..mula2 masuk ofis dgn tudung yg menutup dada ramai jgk yg pelik..ada jgk yg perli but for me itulah dugaan..bila sy mula banyakkan masa bersendirian ramai pula yg memandang sinis..sy x kisah semua itu..perubahan bukanlah sekadar berubah cara penampilan tapi tutur kata,niat,pergaulan dan plg penting ibadah kita pada Allah..x guna kalau berubah penampilan tapi hati masih kotor penuh dgn hasad dengki,dendam,iri hati,riak dan mcm2 lagi.kalau kita tidak putus asa membersihkan hati insya allah semua itu akan terzahir pada luaran..jgn tanamkan dlm diri perasaan lebih bagus dari org lain atau lbh tinggi ilmunya dari org lain..kita bukanlah siapa2 utk mngukur ketinggian ilmu..jgn pndang serong pada yg blm berubah..doakan agar satu hari nnt mereka juga blh berubah..mana tahu perubahan mereka lbh bagus dari kita..
apa yang penting..pulang ke pangkal jalan..cari lah siapa kita dan tujuan sebenar kita di bumi Allah ini..jgn pentingkan diri..ajaklah keluarga dan teman2 untuk sama2 bersihkan hati dan berubah ke arah yg lebih baik..
p/s: sy tidaklah begitu sempurna tapi sy gembira dapat berkongsi ilmu dgn teman2 yg dulu sama seperti sy~Monie,Dina,Naz,Kak Ida,Andak,Ayu,Bai..perubahan mereka sgt hebat sekarang..Alhamdulillah..
Monday, 28 May 2012
saya wanita
assalamualaikum..
sy sendiri perasan tentang perubahan pada setiap post sy di FB..dan mungkin orang lain pon perasan kan..ye sy selalu post tentang wanita.tak kira la apa pon yg sy tulis tapi akan ada mesej utk wanita..kenapa sy wat camtu?of course la sebab sy wanita!!!hehehe...
ok la sbgai wanita sy terpanggil utk terus meenyokong wanita dan membantu wanita (membantu ke post sy tu??hihi entahla harap2 cmtu la...)..pernah dgr pasal penghuni neraka yang ramai adalah wanita?hmmm takut kan..itu antara salah satu sebab kenapa sy bagi mesej2 dan info yg berbaloi2 tu..ye mungkin ada yg kurang selesa dengan cara sy tapi sy x kisah..yang penting sy dh menyampaikan..terpulang pd wanita nk terima ke x..isu yg plg sy selalu sebutkan sdh pasti la AURAT wanita..sy xtau korang perasan atau x ramai skrg ni wanita yang memakai tudung..alhmadulillah.tapi perasan atau x ramai juga pakai tudung x tutup aurat..mungkin diorg x faham atau x tau atau entahla..sy anggap mereka x tau..jadi sy mula la rajin post mcam2 berkaitan aurat untuk menambah ilmu sy dan menambah ilmu wanita-wanita lain..x salahkan?ye sy akui sy bukanlah wanita yang perfect..sy masih lagi belajar dan menampung serba sedikit kekurangan tapi x salah kan smbil belajar sambil tu sy share apa yg sy belajar??sy dh tinggalkan semua sy yg dulu..skrg sy cuba nk develop sy yg baru..biarlah apa tanggapan org yang penting sy sudah melakukan salah satu tanggungjawab sy sebagai seorang muslim..
bukan AURAT saje yg sy selalu ketengahkan tapi juga pembawakan diri sebagai seorang muslimah..sy selalu tertarik dengan wanita yg jaga auratnya,lemah lembut,pandai bergaul dan yang penting dia mampu buat orang lain selesa dengannya..alangkah cantiknya wanita itu..lembut tutur kata,sopan bicara,pandai menjaga maruahnya..alangkah bahagia menjadi wanita seperti itu..mungkin ada teman lama yg kenal sy sebelum ini kurang yakin atau kurang senang atau...elehhh dulu dia pon jahat.tak mengapa sy terima..betul sy dulu begitu..tanyalah bekas teman lelaki sy dulu (maaf kalau ada yg x suke statement sy ni)..dulu sy pemarah,pakai baju sendat,suke bersosial,suke pandang rendah pada orang lain...ishhh macam2 la.teruknya sy dulu kan..tapi itu dulu.sekarang sy masih belajar untuk jadi wanita yang baik seperti wanita yang selalu sy kagum itu..sy ingin jadi sepertinya..sy rasa terlalu rugi menjadi sy yang dulu..sy ingin melangkah lebih jauh mencari sesuatu yang hakiki..mungkin pengalaman pahit baru-baru ini menjadikan sy semakin tabah dan bersungguh untuk berubah..sy yakin jika sy menjadi seorang wanita yang baik sy pasti akan dapat pasangan yang baik juga..sy tunggu saat itu.biarlah sekarang sy nampak ketinggalan.tiada lagi blouse sendat,tshirt ketat,jeans yang menampakkan susuk sy yang padat,kebaya,kurung moden,selendang sekadar letak di kepala,solekan yg entah macam-macam warna,berkepit ke sana sini dengan teman lelaki,buang masa x tentu arah,ikut trend masa kini...biarlah ditinggalkan semua itu.bagi sy x rugi langsung sy tinggalkan semua itu..malah sy rasa rugi pernah berkelakuan seperti itu dulu..syukur ya Allah kerana ujianMu aku berubah..terasa nikmat itu luar biasa.
wahai wanita...berubahlah.jangan difikirkan kehebatan dunia..ia tidak membantumu..carilah yang hakiki..belajarlah walaupun merangkak..Allah maha pemaaf dan pengampun..semoga kita menjadi wanita yang bahagia dunia dan akhirat :)
Sunday, 20 May 2012
kekuatan di manakah kamu?
anda kuat dan gagah?badan ketul2?lengan keras cam batu?ohhh tidak..bukan itu yg sy maksudkan..hehe..
mungkin korang pn pernah rasa kecewa yg teramat sgt dlm hidup..seolah2 dh xkan ade bhgia utk kite kan?
adushh..dushhh..dussshh...memang perit,sakit..smpai xtau nk cari kekuatan kt mane lgi..rse kosong,useless,sunyi...fuhhhh dasyat btol..serius x tipu..yg pernah rasa tau la cmne sakitnya..
tapi kan...korang perasan tak makin lama makin pulih tanpa kite sedar..dari mana dtgnye kekuatan tu?ye sdh pasti dari Allah swt..tanpa izin dan kasih sayangNya kita tidak mampu sekuat ini..Allah itu menggerakkan hati kita dengan pelbgai cara dan menganugerahkan kita insan2 yg mampu menguatkan kita..ni antara insan-insan yang membantu menguatkan semangat sy..
1. Mak i love u!!
speechless...special like no other..saat jatuh rebah hanya dia yg setia menemani..saat dihina dia terus memuji..saat menangis dia buat bibir ini menguntum senyum..saat hidup tiada haluan dia setia memimpin tgn ini..ahh rindu utk menangis di ribanya lagi..she's my cure!
2. Family i miss u!!
memang sukar dicari ganti..mereka kakak dan adikku dan mereka jugalah teman sejatiku..sentiasa di belakangku saat diri tersungkur lesu..abah..kutahu doamu sentiasa bersamaku walau di bibir x pernah bersuara..doamu semangatku!!anak-anak Achik~kalian penawar kala duka peneman kala suka...luv u all!!
3.Cousins
where else i cud find the crazy cuzzy like u all ha???hehehe...u guys r my everything..dgn korang tgh nangis boleh gelak terbahak2 sampai terlupe pasal kecewa..thnx guys~ehh rasa mcm ucapan dpt award la plak kan hehehe..
4.Teman @ sahabat
u guys make me feel im the winner!:p...no words can describe how lucky i am to have u guys!!kekuatan aku ada pada kamu :)
ha tu la antara pemberi2 semangat dan kekuatan pada sy hingga sy kuat sekarang..syukur ya ALLAH kerana menganugerahkan mereka yg istimewa ini..terima kasih kerana terus mengizinkan diri ini terus tabah dgn dugaanmu..akhirnya ku temu kekuatan itu syukur...
p/s:pls jgn buat benda2 yg x baik bile di dalam kesusahan..fikir dulu sebelum buat :p
igt!!kamu hilang dia @ sesuatu tapi kamu masih memiliki mereka yg sgt menyayangimu n pastinya Allah yg sentiasa ada untukmu..kembali ke jalan yang lurus.
Thursday, 17 May 2012
happy!!
assalamualaikum..
apa yg plg wat korang happy dlm hdup korang?a xyah jawab kt cni..jwb kt dpn monitor okehh?hehehe..
ok la benda yg plg bhagia dalam hidup mestila waktu kite happy kan..waktu kite senyum n ketawa adalah antara momen2 happy kite btol x?
klu tanya sy benda yg plg wat sy happy mesti la bile sy menikmati bahagia bersama family..mmg ssh nk cari saat2 happy tu kt tmpat lain n bersama orang lain..ngn bf?tipula x happy kan..ade la jgk saat2 manis tu..tapi arghhhh forget it!!perasan x bile kite happy ape yg berlaku pada diri kite?ok secara automatiknya bibir akan terus menguntum senyum dan mungkin juga ketawa..hati plak akan rasa tenang n seolah2 mcm ade bunga je kt hati tu kan hehehe..saat happy la kdg2 kita lupa sesuatu..ye!kite selalu lupa ALLAH..seolah2 kegembiraan tu kite yg usaha sendiri tapi kite lupe kalau tanpa izin ALLAH kita xkan dapat nk rasa semua tu.kite hanya akan igt waktu dlm kesusahan je..mungkin ade yg x tergolong dlm kategori tu tp kebnyakannya camtu la..
jgn pelik ade yg memilih utk tidak happy..x phm?ok cmni..bile ade dua pilihan dpan mata yg baik utknya dan tidak baik utknya..dan dia keliru..saat itu nafsu,emosi,perasaan yg mengawal segalanya dgn harapan dia akan happy..jd mungkin tersalah percaturan die memilih yg tdk baik..ye mungkin die akan happy permulaannya tpi mungkin jga utk seketika..jadi x ke dia memilih utk tdk happy???hehehe...
so hidup anda adalah diri anda..pilih la utk happy dan terus mngingati ALLAH dan tidak happy dan terus mengingati ALLAH dan juga sebaliknya...tepuk dada tanya iman ye..peace!
p/s:pernah dgr bergembira atas kesedihan org lain x?ok jgn cuba2 ye..awas!hehehe
Wednesday, 9 May 2012
kisah sepagi
assalamualaikum..
betul kata org klu nk berjaya kena tgk org yg lbh berjaya dari kita n klu nk bersyukur tgk org yg lbh rendah dari kita..mmg statement ni sy sgt2 dan sgt setuju..mesti nk tau kn nape tibe nk cite topik ni..ok mri dgr celoteh sy hehehe...
2 hari lpas berkesempatan (diberi arahan sebenarnya hehehe) ke rumah seorg hamba Allah yg cukup istimewa.bgi sy mereka istimewa xtau la korg kan..berpeluang menjengah diorg hati dihambat sayu..Ya Allah masih ada yg kekurangan seperti ini..saat ini terasa seperti menyesal dan rasa diri ini tidak bersyukur di atas segala kurniaanNya..tiga beranak ini hidup serba daif tanpa air dan elektrik..bukan tidak ada yg membantu tapi atas sbb menumpang di tanah org dan atas sbb2 lain mereka x dpt nk menikmati kehidupan yg lbh selesa..si ibu yang mengalami gangguan jiwa dan anak2 yg tidak mendapat pendidikan yg sempurna..tp hati terasa kagum melihat kasih syg mereka..rumah yg terurus kemas walaupun tiada kemudahan lengkap..tiba2 teman berbisik "itu kain yg akak bagi dulu"..lalu melihat kain yg dipakai si ibu yg koyak di sana sini dan hampir lusuh..mesti dia terlalu memerlukan dan sgt menghargai pemberian org..
tiba2 terasa sesuatu apabila melihat diri ini..kasutku, purse dan handbagku...arghhh mengapa aku terlampau mengejar dunia..terlihat wajah mereka yg tenang tanpa terkeluar sedikit pun rungutan..hati terasa sejuk..terfikir adakah aku akan mampu tenang sebegitu..teringat saat jatuh tersungkur dulu..ye sy mmg kagum dgn mereka..semoga Allah terus memberi ketabahn dan ketenangan jiwa pada mereka..rindu untuk ke situ lgi..
ni jalan nk masuk umah mereka..xleh bwk kereta so terpaksa pinjam motor..
jauh jgk dri jln besar
ni teratak mereka
tenang sgt..ni pemandangan dari halaman rumah
sangat damai..
nnt insya allah kami dtg lagi ye..(gagahnye si penunggang motor huhu)
p/s:niat di hati hanya nk berkongsi..tiada terlintas di hati untuk menyimpan niat sebaliknya...hanya sebagai peringatan utk diri ini dan anda semua agar lebih bersyukur kpd Allah..
Tuesday, 8 May 2012
ooopppss!
assalamualaikum semua....ooopsss korang perasan x sekarang ni kt majlis ilmu,kt FB,kt mane2 la semua orang ckap pasal aurat..kenapa dulu org x kisah pon pasal aurat??ha jgn slh faham..sebenarnya dalam Al-Quran pn mmg dh cakap psl aurat..cuma kite terlepas pandang atau sengaja x pandang atau mmg xnk pandang nauzubillah...
sekarang ni pn ramai sgt yg pakai tudung alhamdulillah tapi.....sebenarnya ramai yg x tutup aurat.cuba kite renung sejenak ape yg kite pakai?cukup incikah lengan baju dan labuh baju?cukup longgarkah lebar baju dan seluar?berbogelkah kaki kita di khalayak ramai?labuhkah tudung menutup dada?ishhh terfikir sejenak.
renung-renungkan ye..jgn ambil masa terlalu lama untuk berubah..rugi sgt2..selamat beramal ye..jom tgk blog ni..http://www.iluvislam.com ade info pasal aurat..nice!
p/s:semoga kite terus diberi kekuatan dalam menempuh cabaran dan godaan..biar x up to date asalkan kite jaga aurat dan kehormatan diri..yg lalu biarkan berlalu..teruskan bertaubat..mulakan hidup baru dgn penuh berkat..peace!
Thursday, 26 April 2012
saya bila?
semua sedang bercerita kehebatan bumi suci itu
tentang indahnya tanah itu
tentang hebatnya kaabah
tentang sucinya bumi itu
bila sy dapat ke sana?
sy rindu..
sy ingin ke sana
itu tekad sy
indahnya dapat bersama keluarga ke sana
doakan sy...
tentang indahnya tanah itu
tentang hebatnya kaabah
tentang sucinya bumi itu
bila sy dapat ke sana?
sy rindu..
sy ingin ke sana
itu tekad sy
indahnya dapat bersama keluarga ke sana
doakan sy...
Friday, 13 April 2012
maaf
baru tadi hati saya benar-benar tenang
saya sudah maafkan kesalahan dia pada saya
dan saya sudah pun memohon maaf kepadanya
tiada niat sebaliknya
jauh sekali untuk merampas kebahagiaan orang lain
hanya sekadar membersihkan jiwa ini
walaupun dia tak jawab message saya
tidak mengapa
mungkin dia belum terbuka untuk memaafkan dan dimaafkan
mungkin tidak yakin dengan keikhlasan saya
saya tidak pasti
Allah maha melihat...Allah maha mendengar...Allah maha mengetahui...
selebihnya....biar Allah yang tentukan
p/s:hanya orang yang benar-benar ikhlas akan mengerti harga sebuah kemaafan...memaafkan dan dimaafkan adalah antara nikmat yang tidak ternilai dari Allah...belajarlah mencari sebuah kemaafan kerana di situ ada ketenangan...subhanallah.
Wednesday, 11 April 2012
tulisanku..
saya tahu mungkin ada yang tidak selesa dengan tulisan saya...saya tidak marah..itu pendapat masing-masing..saya hormat pendapat anda..bagi saya tulisan saya adalah hati saya..mungkin tak semua yang saya kongsi tapi apa yang saya rasa banyak saya luahkan di sini...bagi yang gemar membaca isi hati saya ini terima kasih kerana sudi berkongsi rasa saya ini...maafkan saya jika tulisan saya menyinggung anda...
Subscribe to:
Posts (Atom)




