Thursday, 11 October 2012

Rindu Abah Part 3

Assalamualaikum..

Mungkin terlalu banyak masa bersendirian buatkan sy terlalu banyak berfikir..hari ni seharian berehat di rumah.keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan utk ke ofis.rutin bersembang dgn mak diteruskan mcm biasa..akan jadi pelik kalau sy tinggalkan rutin ni :)

Mak macam biasa bercerita kisah abah.hari ni hari yang ke20 abah mengembara ke tanah suci menunaikan rukun Islam ke5 itu..dari hari pertama abah berangkat hingga ke hari ini belum pernah sehari pun diorg tak berhubung.kadang-kadang sampai 3-4 kali sehari.even dengar suara pun dh buat mak tersenyum.

utuh.

hati semakin rindu pada abah.last week balik kampung sy ambil alih tugas abah sementara waktu memotong rumput dan membelek2 pokok yang dia jaga sebelum ni..rasa ingin menjerit..Ya Allah rindunya abah.abah...pokok cabai abah semua berbuah banyak.pokok nangka abah tanam pon dh keluarkan buah sulung..manis sangat.kucing-kucing abah pon gemok2 dh...mak bagi makan cukup hehe..tiap kali tidur sebelah mak mesti nmpak mak peluk bantal abah..mungkin rindu sgt2.

kami doakan abah sihat kt sana.smoga abah tenang menjalani ibadah.semoga abah mendapat haji yg mabrur..semoga segala berjalan lancar terutama pada hari wukuf di Arafah.smoga Allah izinkan kita sekeluarga di sini untuk berpuasa pada hari Arafah..permudahkan abah Ya Allah.izinkan abah menjejakkan kaki di jabal Rahmah (bukit kasih sayang)..tempat bertemunya Adam dan Hawa.tempat terakhir Nabi Muhammad saw menerima wahyu.

p/s:semoga sy dijodohkan dengan lelaki yang baik macam abah :)

5 comments: