Blog Archive

Saturday, 31 October 2015

Didikan Anak

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah semuanya.

Bagi sy anak adalah anugerah yang tak ternilai.Katalah apa sahaja bagi sy anak adalah segalanya.Mak dulu Cikgu tadika.Selain pengalaman mendidik sendiri anak-anak Mak juga ada bekalan ilmu yang banyak berkaitan psikologi kanak-kanak,didikan,pembelajaran dan macam-macam lagi.Untungnya kami adik beradik mendapat pendidikan awal di rumah sebelum menjejak kaki ke sekolah.

Mak dan Abah sediakan bilik khas untuk kami main sepuas2nya.contenglah dinding ikut kata hati,sepahkan la bilik tu ikut rasa,buatla apa sahaja sehingga puas.Itu cara mak bagi kami kepuasan bermain.Belum lagi bab menyanyi lagu2 rakyat,main teddy bear yang Mak buat sendiri,mencuba pelbagai alat muzik,belajar mengeja..Mak buat rumah seperti syurga bagi kami.Abah sediakan katil yang ditransform jadi tempat kami rehat2 di dapur.Di situ Mak dan Abah betulkan bacaan dan ejaan kami.Di situ Mak dan Abah gelak tgk keletah kami.Di situ Mak nyanyikan lagu2 rakyat untuk kami sambil memasak.Alhamdulillah sy dan kakak2 sy masih igt 3,4 lagu yang Mak ajar dan sempat kami nyanyikan utk anak2 kami.Khadijah sgt suka lagu Sang Semut dan Pemburu hehe.

Mak dan Abah hantar kami mengaji Quran dengan jiran sebelah (Al Fatihah untuk tok guru mengaji Allahyarhamah Halijah~sebenarnya Arwah lebih dari itu..dia tempat kami menumpang kasih seorang nenek).Bukan xde Tok Guru mengaji yang lebih hebat tapi Mak dan Abah lebih suka hantar sebelah rumah je sbb senang nak pantau kami adik beradik.Mengintai dari tingkap bilik pun dah boleh tau kami bersungguh ke tidak.

Mak dan Abah ada cara didikan mereka sendiri.Diorang sangat pentingkan kasih sayang.Mak dan Abah marah kalau kami bergaduh.Mak pernah cakap klu nak gaduh kenapa x bunuh je..biar mati biar xde yang kacau lagi.jadi kami sangat takut nak bergaduh depan Mak dan Abah.Jujur sy katakan Mak dan Abah tak pernah jentik apatah lagi memukul.Sehinggakan Abah kalau nampak nyamuk hinggap di badan kami Abah hanya memicit nyamuk sehingga mati (itu rutin abah setiap malam..).Cukup hanya menjeling atau menyebut nama kami..itu dah cukup menggerunkan.Sehingga sekarang jujurnya kami sgt syg satu sama lain.Kami belum pernah ada rasa cemburu,benci dan marah sesama kami sebab sayang itu yang mengikat kami.

Sy bersyukur itu cara didikan Mak Abah..penuh sopan.penuh kasih sayang.Mak selalu cakap kalau guna kekerasan pada fizikal selalu sangat lama2 anak2 jadi lali.dah tak takut.hilang takut anak akan buat balik.Mak cakap kalau marah anak bagi nasihat dan pengajaran.Marah tapi jangan guna kata kesat.Itu akan buat anak2 lebih ingat.Ye itu memang betul.Sampai sekarang setiap kata-kata Mak sy x pernah lupa.

Mak dan Abah rajin amalkan doa2 untuk anak2...semua doa2 yang dapat dari orang2 alim yang hebat di kampung sy Mak dan Abah simpan.tiap2 malam dulu Mak akan bangun tgh malam.Pergi ke setiap anak dan doakan di ubun2 kami.Walau pun ada masa kami tersedar tapi kami lebih selesa buat2 tidur hehe..

Itu contoh terdekat sy dalam mendidik anak.In Sha Allah akan sy gunakan untuk mendidik Khadijah.. Mana yang elok ambil panduan dan yang rasakan tak sesuai boleh dijadikan pedoman.

Argghhh tiba2 rindu saat kami duduk serumah sekeluarga dulu.Indah!!

Monday, 26 October 2015

Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Seperti dalam entry sebelum ni sy ada bagitau nak buat entry pasal pengalaman bersalin. Memandangkan itu pengalaman pertama rasanya xpe kot kan nak share hehe..kot la blh jadi panduan dan pedoman. Walaupun semua tu terjadi 9 bulan yang lepas tapi semuanya tetap segar dalam kepala macam baru semalam terjadi.

Kalau ikutkan sy dijangka bersalin pada 29 Disember 2014.Tapi sampai tarikh tu sy masih sihat walafiat tanpa ada sebarang tanda nak bersalin.Siap jalan2 pegi pasar malam cumanya badan dah rasa terlalu berat n pergerakan dah rasa terlalu terbatas.Bayangkan sebelum mengandung 60kg masa dkt2 nak bersalin 89kg!!!Hujung2 mengadung tu plak sy kena ligament sprain pada pangkal peha.Allahurabbi...hanya Dia yang maha mengetahui sakitnya macam mana.Masa tu nak berjalan pun rasa dah tak mampu tapi semua kekuatan datang dariNya.Tiap2 hari berdoa dipercepatkan proses bersalin dan dipermudahkan segalanya.

2 Januari 2015.
Dalam pukul 12pm mcm tu sy rasa terlalu panas so g la mandi...lepas bersiap sy terperasan ada darah then bgitau dkt Mak and yes Mak cakap turun tanda.Husband masa tu tgh solat Jumaat.Punya excited tunggu husband balik.(Alhamdulillah saat2 ni husband kebetulan cuti...hebat aturanNya).Mak ckp kemas2 la barang pegi umah kakak sbb umh kakak dekat dengan hospital.Semua x cemas langsung.Yang nampak masa tu senyum2 riang pada wajah semua orang termasuk sy..mana taknya masa tu langsung x rasa apa2 mmg la sy senyum hahaha!Menjelang petang dalam puku 6 lebih sy dah mula rasa x selesa...dh terasa ada contraction.biasala 1st experience sy mmg x dpt jangka what is next!bila dh makin sakit Mak ckp g hospital.so kami beramai2 g hospital.about 2 hours dok dalam bangunan Wad Bersalin tu.Bukaan masih 2cm and Doc suruh balik dulu.Rupa2nya selepas Doc check bukaan contraction makin kerap.Dekat rumah sy x dpt tido.sakit yang sy x boleh nak tahan.kul 3am bangun mandi sbb dah xtau nak buat macam mana lagi..sakit oiii!Doa n surah2 yang Mak bagi n Doc Marina n Rosnita (Doc yang sy refer sepanjang pregnancy) semua sy terus amalkan.sy percaya saat ni hanya itu yang mampu sy buat.

3 Januari 2015.
Kakak and Mak sediakan breakfast sedap2 pagi tu.sy hanya jamah 2 3 sudu nasi goreng..sakit makin terasa.Mak tgk perubahan pada sy.Mak ckp pada husband bwk sy g hospital sebab nmpak muka dh macam x tahan je hehe..yang paling drama masa sy n husband nak pegi seluruh family (mak,abah,kakak2,adik,anak2 sedara,abg2 ipar) semua hantar sampai pagar...and sgt clear muka excited diorg hahaha...Me?of course dh tersandar dalam kereta..masa tu rasa nk suruh husband pecut selaju2nya..dah x tahan.sekali lagi g wad bersalin n Doc check baru buka 3cm.tapi kali ni Doc ckp kena admit ward.ok fine.Husband masa ni sentiasa ada di sisi.tido kat parking lot.balik umah kakak utk mandi solat n makan je.Alhamdulillah nurses kt Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi servis A++.kakak guard pun baik.memahami saat2 sy memerlukan suami di sisi hehe..,

4Januari 2015.
Pukul 5am nurse kejut nak buat CTG and lepas tu Doc check bukaan and ukuran dan kedudukan bayi.Doc cakap semua ok n maybe berat baby 3.2-3.5kg!!!lepas dari tu sy rasa makin kuat contraction..sy dh xleh nak duduk n baring dengan tenang.serba x kena.pukul 10 sy minta pada nurse utk panggil husband sy..Alhamdulillah Allah permudahkan.dia ada di sisi saat itu.sy dah mula rasa sakit tu makin kerap dan kerap.panggil nurse n nurse check bukaan dah 4cm.labor room full so tpaksa tuggu dulu.dalam pukul 1 kakak sampai n dia selak kain sy bila sy ckp sy dh x tahan n rasa something keluar..Ya Allah kakak cakap dah leaking.Sister yg jaga sy sepanjang di wad pun terkejut n bila check bukaan dh 7cm and dia ckp yes dh tiba masa.sy dah x boleh berjalan n terpaksa ditolak terus dengan katil.and masa tu sy sempat jumpa dengan Mak n Mak sempat selitkan limau kecil yang sy request sehari sebelum tu...ohhh Mak!sampai je wad bersalin labor room still penuh.tunggu hampir 20min Alhamdulillah 1 labor room dh free.sy struggle hampir 8 jam and baby still xleh keluar.selama 8 jam husband sentiasa di sisi.masa tu hujan mmg sgt2 lebat dengan guruh kilat semua cukup..masa azan Isyak sy masih x bersalin.at last Doc decide utk operation bila degup jantung bby dah makin menurun.sy ditolak ke bilik operation.Alhmadulillah tepat jam 8.47pm Ummi dpt tgk muka Khadijah yang bulat sgt tu hehe.

Indah!


p/s:nnt sy share persediaan sebelum masuk wad dan apa do n dont semasa dalam wad prenatal n postnatal.


Wednesday, 21 October 2015

Saat Pertama Kali

Assalamualaikum wbt.
Semoga terus dilindungi Allah selalu.

Dalam 2 minggu lagi Khadijah genap 10 bulan...rasa terlalu cepat dia membesar.terlalu banyak perubahan pada Khadijah.Alhamdulillah Allah masih bagi peluang pada Ummi untuk melihat sendiri perkembangan Khadijah..Semua perubahan berlaku masa di rumah..dulu masa mula-mula hantar ke rumah pengasuh hati jadi bercelaru..bukan apa salah satunya sebab risau kalau2 perkembangan Khadijah berlaku di rumah pengasuh hehe...tapi syukur ia tidak begitu..Ummi is jeles okehhh hehe..

Ingat lagi saat sebelum dapat tau mengandung..bila husband bawak kete laju2 mesti marah "jangan la bawak laju2...sian anak dalam perut ummi terkejut".hahaha sungguh dasyat angan2 Ummi mu wahai Khadijah..tapi Alhamdulillah ia benar2 jadi.period dah lewat 10hari..hati jadi excited amat..tanya pada kawan ofis "kak sy nk check UPT la..rasa mcm ngandung je" ayat mmg confident walau x pernah tau rasa ngandung tu camne hahaha.."ala jangan la lagi nanti frust".nasihat yg datang bagai angin lalu langsung tak terkesan...n malam sebelum check tu xleh tidur sebab x sabar nak tunggu pagi..seperti yang dirancang kul 5 pagi dah bangun buat UPT..and result is awesome!Welcome sweetheart!!!

Disebabkan tengah merajuk so xnk bgtau directly husband..so letak result UPT kat atas meja.Dia balik keje tgk2 ada something atas meja. "apa atas meja tu?" husband call masa sy kt ofis."xde apa ntah ape mana la tau"..hati terbakar sebab sy tgglkan sekali dengan sarung yg tertera maksud setiap line yg naik tu...grrrrrrrrrrrrrr..trus ltk fon hahaha.kami mmg sgt x romantis n sgt x phm hati masing2 hahaha..

For me all the memory related to Khadijah is sweet!awesome!amazing!

Khadijah...tau tak banyak mana sayang Ummi pada awak?tak terkira tau!


Next entry nak cerita pasal pengalaman mengandung dan bersalin boleh?kot2 boleh dijadikan panduan dan pengajaran?hehe.

Thursday, 17 September 2015

Terkadang

Assalamualaikum wbt.

Kadang2 dalam hidup kita perlu melupakan kehendak sendiri demi orang lain.Janganlah tipu.Itu memang hakikat...memang realiti.

Kehendak untuk bahagia.kehendak untuk hidup senang.kehendak untuk penuhi segala keinginan.Untuk sakiti orang itu mudah tapi untuk menjaga hati itu payah

Kadang-kadang terpaksa berdiam diri saat diri terluka.terpaksa senyum saat hati disakiti.perlu membawa diri saat diri tak diperlukan lagi.

Syukur situasi ini hanya kadang-kadang.harapnya bukan untuk selamanya.
Allah...


Ummi syukur ada Khadijah.ada Abah.ada keluarga Ummi.ada Sahabat2 Ummi.

Hidup ini kan saling melengkapi?


Tuesday, 11 August 2015

Sesekali Ku Rasa Teringin lalalala

Assalamualaikum wbt
Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik

Ingat lagi masa saya di jabatan lama.
Saya ada bos yang sangat baik dan memahami.
"Zu dah makan?jom sy belanja zu x dapat gaji lagi kan"

Jujur dalam menegur.
"Zu tak elok la pakai lagu tu"

Bijak tangani stress staf.
"ishh awat sedih2..jom2 p makan kt Kola malam ni"

Pandai mengambil hati.
"ok la tu..pandai dah..nnt sy x payah ajar dah..cepat zu tangkap"

Rajin bergurau.
"Ishh kawen dengan orang tua tu baru tau..sy gelak je kalau jadi"

Saya ingat setiap momen dengan bos sy tu..bagi sy dia boleh jadi bos yang boleh sy hormat dan ada masa boleh jadi Mak saat Mak sy jauh di mata.

Paling sy ingat
"Cik Ju seronok jadi Cik Ju..baik,org hormat,banyak duit,penyabar..teringin nk jadi Cik Ju..sy ni selalu je nasib tak baik"

"Jangan cakap mcm tu..Zu pernah tau entah-entah sebenarnya ada orang lain teringin sangat nak jadi macam Zu"

Ok.Indeed.


Sunday, 26 July 2015

Tetamu Raya

Assalamualaikum wbt
Semoga diberi kesihatan yang baik.

Ok hari ni x silap dh 11 Syawal..baru berkesempatan nak share kisah raya untuk tahun ni..kalau tahun lepas beraya di kampung belah suami untuk tahun ni turn umah iols la plak kan..tambah2 meriah bila ada si kecik Khadijah penyeri keluarga kami.

Macam biasa adik2 abah akan berkumpul di rumah kami..so mmg meriah double triple la kan..macam tu jgk utk raya ke3 dan ke4 sepupu2 abah plak datang berkumpul..mmg iols happy sangat hehe..dari kecik lagi sy dan adik beradik dah terbiasa beraya dengan ramai saudara mara..x kira lagi melayan tetamu...saudara belah abah n mak mmg ramai n rajin ziarah.so kami agak rapat la.dh jadi kebiasaan melayan tetamu2 di hari raya (

Saja nak share la kan antara cara-cara (adab nampak macam nak mengajar sgt..iols x tinggi ilmu n akhlaknya :p)

1. Selalunya pagi raya masing2 dah sibuk dengan hal masing2..3 dari 4 adik beradik saya dah kawin n ada anak so agak terbatas untuk buat kerja lain..semua tumpu kepada anak n suami..so elok kiranya sediakan pinggan mangkuk n cawan untuk saudara mara/tetamu makan pagi tu pada malam sebelum tu..xla kelam kabut.kuih raya pun siap ltk dalam bekas kuih raya malam tu.

2. Mungkin bagi yang x biasa melayan tetamu ramai2 akan rasa x selesa dengan kehadiran tetamu..jangan macam tu..raya setahun sekali je..lapangkan dada terima tetamu dengan hati ikhlas.pahala besar tau menggembirakan tetamu..Mak selalu pesan jangan lokek dengan tetamu..tetamu pun pembawa rezeki tau.

3. Selain makanan yang enak, kehadiran semua tuan rumah melayan tetamu juga akan buat tetamu rasa dirai..x kirala siapa tetamu tu..kawan adik ke kawan mak ke kawan abah ke jiran belakang rumah ke layanla..berbual je apa2 pun tapi ingat jangan apa yang disembang mengguris hati tetamu...seronok sebenarnya tambah2 lagi yang jarang jumpa.

4. Janganla menyapu atau mengemas masa tetamu masih ada atau belum tinggalkan rumah..please la weii...nampak x hormat orang tau.mmg la uols pembersih gila2 tapi abaikan dulu sepah2 tu..nanti tetamu balik kemas la bukan susah pun..kalau rasa sayang takut barang2 hiasan kaca yang mahal pecah jadi lebih elok letak di tempat selamat..jangan expect anak tetamu kita dok diam...budak2 biasa la kan.

5. Ringan2 kan tangan bantu tetamu yang ada anak kecik..iols dh rasa tau hehe..tolongla pegangkan anak tu n bagi peluang pada tetamu makan n menikmati juadah..klu ada anak diorg yang tengah tidur hulurkan la bantal n pelapik tidur..kesian tau..xkan nak pangku sampai berjam2.

6. Bila tetamu dah nak balik tolong la tolong....hantar la sampai ke pintu n lebih manis sehingga ke kereta n lagi nampak beradab tunggu sehingga diorg hilang dari pandangan mata.itu mmg rules yg mmg mak n abah sy tetapkan...yela kan nmpak x elok sangat diorang baru nk masuk kereta sekor tuan rumah pun xde dah...lesap masuk ke dalam..seolah2 x sabar nk suruh kita balik..tetamu pun ada hati dan perasaan.kalau x suka sangat pun janganla tunjuk sangat...Melayu kan penuh dengan adat..Islam pun dah ajar tentang adab.jadi x salah kan buat yg elok.


ok...pjg sangat dah ni...blh la kot nk ikut mana yang elok.layan la tetamu dengan ikhlas..jangan nanti buat2 tanya plak kenapa si polan dah xnk datang umah kau...kenapa si polan dah jarang jenguk muka umah kau...kannnn...hehe Selamat Hari Raya :)

Sunday, 12 July 2015

Meriahnya Raya

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Ok sebenarnya bahang raya dh mula terasa.lagu2 raya dh meriah kt radio.kt mall xyah cite la baru hari ke 5 puasa pun dh ada lagu raya...haiyooo x baik ooo cmtu.semalam blk dari kampung dah penuh panjut (pelita) kt laman umah orang.rumah iols pun ada jgk tp x meriah macam org le...habuan anak2 buah main bunga api hikhikhik.

Untuk tahun ni perasaan nk raya tu lain sikit..excited untuk anak yang lebih..baju Ummi n Abah ala kadar je.kami lebih fokus pada baju raya Khadijah (ok x aci...awak x puasa pun kekeke)..sy shopping agak last minute sbb susahhhhh sgt nk cari masa yang sy n husband dapat cuti sama.last2 3 hari lepas baru dapat curi masa..macam biasa sy lebih memilih untuk shopping dengan semua ahli keluarga..jadi mall akan meriah dengan 7 orang cucu Zainudin hahaha.letih mmg letih sbb sebelah tangan cari barang sebelah lagi tarik tgn anak buah takut merayap jauh2 (Khadijah behave je dok dalam stroller...hmmm x dapat kaki lagi..tggu la tahun depan hihihi)..so lega dh selesai beli baju Khadijah..barang2 dapur utk Mak pun dh selesai..kami pilih untuk kongsi duit adik beradik..jadi xla beban kat sorang2 atau beban kt abah n mak.

Weekend baru ni jgk Yong n Nyah sempat siapkan 4 jenis kuih raya..tahun ni x macam tahun lepas..tahun lepas kami sempat buat 12 jenis kuih raya..tahun ni masing2 busy..tambah2 Mak Usu masih dalam tempoh training di INTAN..tapi ok la jgk dari x buat langsung..sy lebih kpd cuci n kemas umah..habis 1 umah aku mop kauuuu...n abesss kena bebel dgn Abah 1 hari sebab baru bape bulan operation dah gagah nk mop2 umah kakaka..Husband i tahun ni excited sebab 1st time raya di kampung saya...so dia menunjuk-nunjuk (hehehe) kepakaran yang ada...abes suis2 umah dia sambung2...dipasangnya lampu raya yang meriah n pasang spotlight kt pokok buluh kesayangan abah..macam Majlis Bandaraya plak ahakkk.ok la tu kan..

Secara jujur x sabar nk tengok cmne Khadijah di hari raya nanti...anak ummi tolong behave tau..jangan banyak ragam sangat...Ummi bnykkkk keje nk kena buat nnt..hehehe.

Ok nampak x sy punya excited raya?