Sunday, 26 July 2015

Tetamu Raya

Assalamualaikum wbt
Semoga diberi kesihatan yang baik.

Ok hari ni x silap dh 11 Syawal..baru berkesempatan nak share kisah raya untuk tahun ni..kalau tahun lepas beraya di kampung belah suami untuk tahun ni turn umah iols la plak kan..tambah2 meriah bila ada si kecik Khadijah penyeri keluarga kami.

Macam biasa adik2 abah akan berkumpul di rumah kami..so mmg meriah double triple la kan..macam tu jgk utk raya ke3 dan ke4 sepupu2 abah plak datang berkumpul..mmg iols happy sangat hehe..dari kecik lagi sy dan adik beradik dah terbiasa beraya dengan ramai saudara mara..x kira lagi melayan tetamu...saudara belah abah n mak mmg ramai n rajin ziarah.so kami agak rapat la.dh jadi kebiasaan melayan tetamu2 di hari raya (

Saja nak share la kan antara cara-cara (adab nampak macam nak mengajar sgt..iols x tinggi ilmu n akhlaknya :p)

1. Selalunya pagi raya masing2 dah sibuk dengan hal masing2..3 dari 4 adik beradik saya dah kawin n ada anak so agak terbatas untuk buat kerja lain..semua tumpu kepada anak n suami..so elok kiranya sediakan pinggan mangkuk n cawan untuk saudara mara/tetamu makan pagi tu pada malam sebelum tu..xla kelam kabut.kuih raya pun siap ltk dalam bekas kuih raya malam tu.

2. Mungkin bagi yang x biasa melayan tetamu ramai2 akan rasa x selesa dengan kehadiran tetamu..jangan macam tu..raya setahun sekali je..lapangkan dada terima tetamu dengan hati ikhlas.pahala besar tau menggembirakan tetamu..Mak selalu pesan jangan lokek dengan tetamu..tetamu pun pembawa rezeki tau.

3. Selain makanan yang enak, kehadiran semua tuan rumah melayan tetamu juga akan buat tetamu rasa dirai..x kirala siapa tetamu tu..kawan adik ke kawan mak ke kawan abah ke jiran belakang rumah ke layanla..berbual je apa2 pun tapi ingat jangan apa yang disembang mengguris hati tetamu...seronok sebenarnya tambah2 lagi yang jarang jumpa.

4. Janganla menyapu atau mengemas masa tetamu masih ada atau belum tinggalkan rumah..please la weii...nampak x hormat orang tau.mmg la uols pembersih gila2 tapi abaikan dulu sepah2 tu..nanti tetamu balik kemas la bukan susah pun..kalau rasa sayang takut barang2 hiasan kaca yang mahal pecah jadi lebih elok letak di tempat selamat..jangan expect anak tetamu kita dok diam...budak2 biasa la kan.

5. Ringan2 kan tangan bantu tetamu yang ada anak kecik..iols dh rasa tau hehe..tolongla pegangkan anak tu n bagi peluang pada tetamu makan n menikmati juadah..klu ada anak diorg yang tengah tidur hulurkan la bantal n pelapik tidur..kesian tau..xkan nak pangku sampai berjam2.

6. Bila tetamu dah nak balik tolong la tolong....hantar la sampai ke pintu n lebih manis sehingga ke kereta n lagi nampak beradab tunggu sehingga diorg hilang dari pandangan mata.itu mmg rules yg mmg mak n abah sy tetapkan...yela kan nmpak x elok sangat diorang baru nk masuk kereta sekor tuan rumah pun xde dah...lesap masuk ke dalam..seolah2 x sabar nk suruh kita balik..tetamu pun ada hati dan perasaan.kalau x suka sangat pun janganla tunjuk sangat...Melayu kan penuh dengan adat..Islam pun dah ajar tentang adab.jadi x salah kan buat yg elok.


ok...pjg sangat dah ni...blh la kot nk ikut mana yang elok.layan la tetamu dengan ikhlas..jangan nanti buat2 tanya plak kenapa si polan dah xnk datang umah kau...kenapa si polan dah jarang jenguk muka umah kau...kannnn...hehe Selamat Hari Raya :)

No comments: