Blog Archive

Monday, 17 December 2012

Senyumlah Teman

Assalamualaikum wbt..

Benar kata orang antara perkara yang paling susah kita nak buat ialah memuaskan hati orang..sy pun kadang2 ada terselit di hati tidak selesa dengan orang itu dan orang ini..tapi cuba mengawal emosi untuk tidak sampai menyinggung (harap-harapnya begitulah)..kalau boleh ingin semua orang gembira bila bersama dengan saya..ingin tenang dengan saya..ingin bahagia dengan saya tapi saya tau saya tak mampu...betul saya memang tak mampu nak lakukan semua itu.

berada di sekeliling dengan orang yang tinggi dan rendah pangkatnya hingga yang tiada langsung pangkatnya buatkan saya banyak berfikir..di manakah hebatnya seseorang manusia itu?dulu justifikasi hebat itu saya letakkan pada jawatannya,pada kedudukannya,pada namanya,keturunannya,pada keretanya,pada keluarganya...KOLOT!!!!sekarang justifikasi itu semakin berubah..hebat bagi saya adalah ketinggian ilmu akhiratnya,peribadinya yang baik,tolak ansurnya,hormatnya dia pada orang lain,kesabarannya,rendah dirinya..ya itu hebat bagi saya!

tadi masa tengah buat kerja datang seorang yg tiba-tiba bercakap dengan saya dengan kurang hemahnya..sy rasa nak marah.tak patut saya kena marah macam tu tanpa usul periksa.semua orang tengok saya..boleh bayangkan betapa malunya saya waktu itu?ikut nafsu dan emosi nak sy jerit,tengking,maki dia..tapi itu terlalu tidak patut bagi saya.saya masih ada maruah..ingat lagi pesan Mak "diam bukan beerti salah,mengalah bukan beerti kalah"..saya pegang..emosi berjaya dikawal.sy maafkan dia :)

bagi sy tiada istilah siapa menang,siapa kalah,siapa benar atau siapa salah..Allah jadikan manusia itu berbagai2 bukan untuk dihina,dicaci atau dikeji...tapi belajarlah untuk menerima seadanya..belajarlah untuk berkasih sayang sesama umat Muhammad..indahnya kalau kita sentiasa menghormati orang lain..jangan terlalu riak dengan pangkat,darjat,nama,harta dan nikmat dunia kerana di sana tidak akan ditanya kamu bos di pejabat mana,kamu anak Dato mana,kamu pakai kereta mewah berapa biji tapi insha allah kita akan ditanya apa yang kamu lakukan dengan harta-hartamu untuk agamamu..saya sayangkan teman-teman..saya takut andai pernah menyakiti hati teman.maafkan saya ye.

jangan tersinggung dengan kata-kata saya..senyumla teman :)

2 comments: