Sunday, 16 December 2012

Monolog

Assalamualaikum wbt..

Memang naluri manusia suka yang indah..sy pun begitu..kalau boleh sy mahukan hidup yang sempurna tanpa ada cela..tapi itu jika diikut nafsu dan kata hati..sy masih sedar dan percaya pada aturan Allah..tiap yang jadi telah pun direncanaNya..lihat di sekeliling sy jadi takut..takut menjadi riak seperti mereka,bimbang menjadi sombong seperti mereka,risau jika sy termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur..

Biarlah hidup sy serba sederhana andai itu baik bagi sy..tidak mahu terlalu mewah..cukup sekadar ada..ilmu sy terlalu cetek utk sy bermegah2 dengan nikmat dunia..terlalu sedikit!!itu yg sy cuba utk tambahkan..biar ilmu itu tidak nampak pada zahir tapi berguna utk sy dan yg lain..sy takut utk memandang rendah pada orang lain kerana sy pun tidak pasti tinggi atau rendahnya ilmu orang lain..andai terjumpa perempuan yang nampak tidak baik (pakaiannya,tutur katanya dan lain2..)sy cuba utk tidak memandang rendah..sy cuba hindari dari mengejek atau menghina..kerana sy tidak pasti adakah mungkin andai Allah berikan hidayah kepadanya dia mungkin akan jauh lebih baik dan hebat..doakan dia.doa tanpa pengetahuan dia itukan lebih baik.

maaf kerana terpaksa membaca monolog sy :)



No comments: