Blog Archive

Wednesday 26 September 2012

Saya Orang Besarla!!!

Assalamualaikum..

Ahh memang lumrah kan dalam dunia ni orang lebih menghormati orang lain kerana pangkat bukan kerana ilmu dan pekerti..ini la situasi yang sering sy hadapi yang berlaku hampir saban hari.sy kurang pasti apa yang difikirkan tapi ia benar2 berlaku.

"sy nk jumpa pengarah,sy xnk jumpa org bawah"
"awak pegawai ke staf biasa je?"
"ada aku kisah,aku anak saudara YB la"
"eleh dia xtau aku sape,aku orang besarla!!!"

memang ini perbualan biasa yg sering sy dengar.entah...setiap kali sy rasa nk muntah hijau bila dengar.meluat.mungkin ada yg kurang sedar rasanya siapa yang mengizinkan mereka untuk berada di tahap demikian..ya mungkin mereka lupa atau tidak pasti atau mungkin tidak tahu..tidak mungkin tidak tahu.umat Islam wajib tahu.

sy doakan satu hari nanti Allah bukakan pintu hati mereka untuk lebih menghargai silaturahim,menghormati sesama insan.belajar menerima kekurangan orang lain..kita bukan siapa2 untuk bermegah2 dengan pangkat dan kedudukan kerana sampai masa tempat kita akan sama.tiada pangkat,tiada kereta mewah,tiada rumah besar,tiada keistimewaan,tiada pengecualian...hanya ada hari pembalasan!

3 comments:

Unknown said...

selalunya org yang x malu mengaku mcm tu adalah org yang sebenarnya x punya apa-apa.. hanya ego yang x bertempat sahaja!!

zuriati zainudin said...

betul tu cik rina..masing2 nak tunjuk hebat.siap lagi berpengaruh dia yg menang...kolot!

fidayu mohd shobri said...

macam la best sgt dengan pangkat2 tu! masa kat atas orang sanjung la, besok lusa bila dah jatuh, duduk la sorang2 makan megi!!