Assalamualaikum..
Hari ni dh masuk 2 hari abah memulakan perjalanan menunaikan rukun Islam kelima..perasaan bercampur baur.sedih sbb abah akan jauh dari kami untuk sementara waktu.gembira sebab akhirnya abah dipilih Allah untuk ke bumi suciNya.
di hotel malam sebelum abah berangkat,sy hanya lihat gelagat abah.ada berbagai tanda soal di wajah abah.mungkin semua orang yang bakal menunaikan haji pun sama seperti abah. gembira,bimbang,sedih...bercampur aduk.kami seperti x mahu berenggang dengan abah.mungkin sudah mula rasa rindu pada abah.masa tidur dengan abah sy dapat lihat abah tak tidur nyenyak..mungkin excited atau bimbang atau sedih atau apa sy tidak pasti.abah bangun awal pagi.sempat membaca Al-Quran dan doa2 yang diselit di beg kecilnya.sy nmpak abah tenung wajah mak.ada sendu di situ.mungkin bimbang meninggalkan isteri untuk sementara waktu.tidak mengapa anak2 masih ada utk menjaga mak.
pagi sebelum keluar dari hotel abah bermaafan dgn mak.sy krg pasti untuk kali yg ke berapa.hati sy tersentuh lagi.di Kelana Jaya sy x lepaskan peluang menguruskan segala urusan pendaftaran abah.sesak.tapi sikit pun x menggugat sy utk terus genggam erat tangan abah mengharung ratusan manusia.sebelum abah ke tempat taklimat (itu tempat terakhir sebelum abah berlepas..dan itu tempat kami berpisah untuk sementara waktu ini) kami mngambil peluang memohon maaf dari abah dan minta abah mendoakan kami.yang pasti air jernih mengalir laju.tiada siapa yg dpt merungkai perasaan pada saat itu..walaupun sudah 2 hari berlalu tapi hangat pelukan abah masih terasa dan itu yg sy rindukan hingga saat ini.
semalam abah call dari Madinah.jelas suara abah.semua berebut nk bercakap dgn abah dan alhamdulillah mak dan kami 4 beradik dapat bercakap dgn abah.antara kata-kata abah yg masih kemas di ingatan sy...
"seronok dekat sini..Masid Nabawi cantik,besar,tenang je..nanti kita semua kena datang sini sama2.."
jelas skali abah bercakap dengan senyum lebar.hati saya masih berbagai rasa.alhamdulillah abah gembira.
doa kami semoga perjalanan haji abah dipermudahkan.semoga abah antara insan terpilih mendapat haji mabrur.semoga abah doakan kami semua di sini.
lepas solat jumaat..kawan abah yang azankan..sebelah kanan abah kawan yg paling rapat dgn abah |
jangan tanya apa perasaan kami semua masa ni..Allah maha mengetahui |
rindu abah sangat2 |
abah mula mengatur langkah.. |
Abah kami semua rindu abah!
5 comments:
tumpang terharu :)
semoga abah mendapat haji yang mabrur aminn
thanx mun..aamiin :)
i doakan kata2 abah u jadi kenyataan!!
zz:untung skali ayahandanya sudah dibuka pintu untuk melawat ke rumah Allah.Semoga mendapat haji mabrur.. Insyaallah.. :-)
Fidayu Mohd Shobri:thanx u..doakan ye
IB:thnx.aamiin..:)
Post a Comment