Assalamualaikum..
Tiba-tiba tadi tergelak bila mengenangkan kenangan masa zaman kecik-kecik dulu..cmne tiba2 boleh teringat ni??ha tadi masa on the way balik dari rumah baru teman saya (ehem..ehem..sy dh tgk kabinet baru dia comel dan cantik sgt hehe)..saje lepak2 jap.masa dalam kereta terpandang kt langit cahaya kilat tapi xde bunyi.kepala terus laju memutar kembali ke zaman kecik2 dulu.masa tu tengah heboh cerita perang di Bosnia..selalu tengok dalam berita..sedih bila tengok budak2 berdarah2,menangis,menjerit..so esoknya mesti topik pasal nasib rakyat Bosnia yang selalu dibincangkan.macam2 ulasan yang dibuat..antaranya:
"sian diorang mesti x dapat g sekolah macam kita"
"diorang mesti x raya kan"
"diorang main zeropoint katne?semua tempat pon penuh ngan bangunan runtuh"
hehehe comel x kitorang sembang..bnyk lagi ulasan tapi biarlah ia tersimpan kemas dalam hati kami :)..tiba-tiba balik dari mengaji Quran (waktu malam) kami semua nampak cahaya kilat di langit..cerah sangat..so saya tanye la cahaya ape tu?teman sy jawab (teman sy dh mengadap Ilahi pada usia 14 tahun akibat disambar petir..Alfatihah utk Arwah Apit) tu la cahaya bom kt Bosnia..orang jahat bom orang Bosnia..kami semua terdiam.percaya.lepas tu tiap2 malam sy akan tgk kt luar dan setiap kali nmpak cahaya sy akan doa jgn ada budak2 di Bosnia cedera dan mati..sampai satu masa sy terperasan tiap kali ada cahaya akan ada angin dan akan hujan selepas tu.sy jadi musykil dan tanya Arwah Apit nape lepas cahaya x lama pastu akan hujan.katanya sbb orang Bosnia doa mintak hujan supaya orang jahat xleh nak serang dan bom lagi.sy diam.percaya.
Indahnya zaman kanak-kanak.penuh dengan dongeng yang indah!
2 comments:
betul tu, kita membesar dengan berita pasal bosnia. ayah selalu cakap 'tengok depa(kanak2 bosnia) nak makan pun tak ada apa' dan disebabkan ayat tu, sampai sekarang i akan habiskan setiap makanan dalam pinggan.
kan..kisah Bosnia sgt terkesan di hati..
Post a Comment