semua sedang bercerita kehebatan bumi suci itu
tentang indahnya tanah itu
tentang hebatnya kaabah
tentang sucinya bumi itu
bila sy dapat ke sana?
sy rindu..
sy ingin ke sana
itu tekad sy
indahnya dapat bersama keluarga ke sana
doakan sy...
Blog Archive
Thursday, 26 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
delisa
ha tajuk mesti confuse kan...sape delisa?nape tibe2 nk post psl delisa?hehehe...ok 2,3 hari lepas seorang teman perkenalkan sy dgn sebuah filem Indonesia tajuknye HAFALAN SHALAT DELISA..sy x pasti korang semua dh tgk ke belum ataupun sy yg ketinggalan..hehehe...hmmmm nape ye sy nk cite pasal filem tu..jawapannya korg tgk dulu then baru tau..bg sy filem tu antara salah satu filem yg sgt bgus pengisiannya..bukan filem yg buang2 masa..setiap babak dalam cite ni x tertinggal 1 pon mesej yg berguna...semua mesej yg disampaikan mmg menusuk jiwa..tapi kena tgk cite ni bkn sekadar suke2 atau saje nk feel sedih2 tapi cuba cari dan gali keunikan penyampaian cite ni hingga mungkin membuatkan kite tersentak dan tersedar..sebagai muslim cite ni mmg patut dan mesti ditonton...sehingga hari ni semangat si comel Delisa terus segar dalam ingatan sy...
ok ni la cite tu...bestt!!! |
antara babak yg membuatkan sy semakin rindu pada Mak..:( |
babak yang membuatkan sy terpaku...adakah sy mampu untuk khusyuk mcm ni |
babak ni wat sy meleleh air mata..sgt2 touching |
atlast...Delisa become stronger...luv u Delisa! |
p/s:thanks to temanku tlg download filem ni utk sy...die yg selalu buat sy senyum..:)
Monday, 23 April 2012
biarlah
biarlah..
hari ini aku seorang yang tewas
hari ini aku seorang yang kalah
hari ini aku dihina
hari ini aku dicaci
hari ini aku diejek
hari ini aku diherdik
hari ini aku dilupakan
hari ini aku ditinggalkan
tetapi itu nasib aku pada hari ini
kamu tahu nasibku di hari esok
lusa
dan seterusnya?
tiada siapa yang tahu jatuh bangunku nanti
sabarkan hatiku wahai yang maha agung
tenangkan jiwaku wahai yang maha esa
tabahkan aku wahai sang pencipta...

Thursday, 19 April 2012
rezeki
dua hari lepas berkesempatan teman seorg teman rapat pergi sign agreement...u olls loan die dh approve...bestnye!!!ok sy bkn nk cite psl teman sy dpt loan ni tapi psl rezeki..hmmmm mgkin semua percaya bahawa rezeki tu sudah ditetapkan oleh ALLAH...tapi sedar atau x kite selalu merungut tentang rezeki...bukan orang lain je yang merungut mcm tu...sy sdiri pn pernah melaluinya..sy sering merungut kenapa sy x dpt kerja yang baik sedangkan kwn2 yg mls blaja dh dpt keje best2...kenapa org lain pkai kete besar sdgkan diorang blaja x tinggi pon...hmmmm mmg mcm2 la..smpai 1 hari sy tdgr dlm satu majlis ilmu dlm tv...ustazah tu menyentuh bab rezeki..ehhh mcm kena je ngn sy kan hehehe...xtau la apa yang membuatkan sy tersedar seolah tgh tdo tibe2 terjaga..sy rasa sgt berdosa bila sy mempertikaikan bab2 rezeki ni..ustazah tu btul2 membuat hati sy tersentuh..terima kasih Ustazah Hafizah Musa :)...
rezeki tu mmg Allah dh tulis untuk setiap hambaNya..kita sebagai hambaNya mesti berusaha dan berdoa moga2 kita dimurahkan rezeki...x perlu kita iri hati dgn rezeki org..biarlah org pakai handbag guess alhamdulillah kita masih boleh beli handbag murah..biarlah org pkai kete volkswagon alhmadulillah kita masih mampu pakai kete malaysia dan bawa mak,abah jalan2..biarlah org pkai tudung mahal2 alhamdulillah kita masih mampu beli tdung yang menutup aurat kita...biarlah orang makan di western food restaurant alhmadulillah kita masih mampu makan di gerai tepi jalan...biarlah org lain dapat jodoh yang kaya dan hidup senang alhamdulillah kita masih mampu bersederhana dgn usaha sendiri...biarlah orang sibuk melancong ke luar negara di sana sini alhamdulillah kita masih mampu melihat pemandangan indah ciptaan ALLAH..
jika diberi rezeki yang melimpah...adakah kita mampu mengawal perasaan riak bila pakai handbag ratusan ringgit,adakah kita mampu bertimbang rasa dgn pengguna jln raya yg lain bila kite pakai kereta mewah dan igt nk bwa mak, abah jalan2,adakah kita masih menutup aurat bila kita sdh mampu beli tudung mahal2 yang singkat dan berlebihan hiasannya,adakah kita masih igt mereka yg kebuluran di saat kita menikmati hidangan yang high class,adakah kita semakin dekat dgn Allah di saat kita mengecapi bhagia dan kesenagan dengan suami kaya yg kita x pasti imannya,adakah kita masih igt utk menjejak kaki ke tanah suci di saat kita sakan bercuti di luar negara...
maaf jika tulisan ini mengguris hati...tapi inilah yg sering sy fikir..semoga Allah terus memurahkan rezeki sy dan keluarga,melindungi kami dr sifat riak,menghindari kami dr sifat irihati...syukur di atas pemberianMu ini
Tuesday, 17 April 2012
mentarang oh mentarang
korang pernah dengar mentarang??hmmm sy pon sejak dok perlis la bru tau kewujudan mentarang ni hehehe...mmg sedap dan waktu mula2 sy tgk tu agak serammmm jgk hahahaha..klu korg dtg perlis wajib rasa mentarang ni...mesti pelik kan nape tibe2 sy nk cite pasal mentarang ni kan...kan...ok straight to the point..sy xtau nape setiap kali jmpe mentarang ni sy akan makan banyak2 dan dh beberapa kali sy mengkaji setiap kali sy makan sy akan muntah...urghhhhhh...sedih kan...suke makan tapi xleh makan...adoiiii kesian betul...smalam kmi sekali lagi wat kerja gila membakar mentarang selepas balik keje...weekdays pon sempattt hokehhh..dan seperti yg dijangka bila smpai rumah khasiat mentarang tidak dapat dinikmati lagi...muntah hijo...hehe..ape pon korang semua mmg wajib try..
p/s:mentarang tu sejenis hidupan laut yang bercengkerang (ehh betul ke ejaan ni??hehehe...)...sedap dan lazat.jangan tiru aksi sy yang muntah hijo lepas makan...mgkin perut ni je manja2 meowww skt huhu..
Monday, 16 April 2012
aniayakah???
meninggalkan ibarat satu penganiayaan dan ditinggalkan ibarat teraniaya...benar sy x tipu...anda akan rasai semua ini bila apa yg sy katakan ini anda sendiri yang lalui..org boleh berkata apa saja tapi yg melaluinya saja yang tahu apa istilah aniaya itu sebenarnya...yang menganiya akan terus memburukkan dan menegakkan kebenaran diri sendiri sedangkan yang dianiya terus terusan menangis mengenang nasib yang menimpa diri..kejam kan?ye mungkin penganiaya itu sgt kejam tapi tidak takdir Allah..Allah sangat penyayang..jadi Dia terus memberi jalan2 mudah saat si teraniaya menghadapi kesulitan..percayalah wahai yang teraniaya hari ini mungkin anda dihina,dicaci,ditertawakan,dituduh macam2 tapi percayalah masanya akan tiba..yang menganiaya akan mendapat habuannya dan yang dianiaya turut akan mendapat ganjarannya...yakinlah dengan janji Allah..semoga diri kita terus dilindungi olehNya..Ya Allah peliharalah aku dan keturunanku dari menjadi seorang penganiaya kerana ku sgt takut pada balasanMu Ya Allah...
p/s:balasan yang Allah berikan bermacam2 hingga tak terjangkau dek akal..mungkin balasan itu terbalas pd diri kita sendiri atau mungkin pada keluarga dan keturunan kita...jadi saat itu mungkin yg gagah akan terus terduduk...entah sy tidak pasti...yang pasti HUKUMAN dan BALASAN Allah itu pasti...cuma tunggu masa dan ketikanya..
Friday, 13 April 2012
maaf
baru tadi hati saya benar-benar tenang
saya sudah maafkan kesalahan dia pada saya
dan saya sudah pun memohon maaf kepadanya
tiada niat sebaliknya
jauh sekali untuk merampas kebahagiaan orang lain
hanya sekadar membersihkan jiwa ini
walaupun dia tak jawab message saya
tidak mengapa
mungkin dia belum terbuka untuk memaafkan dan dimaafkan
mungkin tidak yakin dengan keikhlasan saya
saya tidak pasti
Allah maha melihat...Allah maha mendengar...Allah maha mengetahui...
selebihnya....biar Allah yang tentukan
p/s:hanya orang yang benar-benar ikhlas akan mengerti harga sebuah kemaafan...memaafkan dan dimaafkan adalah antara nikmat yang tidak ternilai dari Allah...belajarlah mencari sebuah kemaafan kerana di situ ada ketenangan...subhanallah.
Wednesday, 11 April 2012
tulisanku..
saya tahu mungkin ada yang tidak selesa dengan tulisan saya...saya tidak marah..itu pendapat masing-masing..saya hormat pendapat anda..bagi saya tulisan saya adalah hati saya..mungkin tak semua yang saya kongsi tapi apa yang saya rasa banyak saya luahkan di sini...bagi yang gemar membaca isi hati saya ini terima kasih kerana sudi berkongsi rasa saya ini...maafkan saya jika tulisan saya menyinggung anda...
ampuniku
aku berdosa
kerana mencintai dia lebih dariMu
aku berdosa
kerana menangis untuk dia dan bukan untuk Mu
aku berdosa
membiarkan sepertiga malamku mengingati dia tapi lupa padaMu
aku berdosa
kerana kecewa sedangkan Kau sentiasa memberi jalan saat kesulitan
aku berdosa
merayu dia pulang padaku sedangkan aku lupa hanya Engkau yang layak untuk dirintih
aku berdosa
kerana bimbang dia akan bahagia dariku sedangkan Engkau telah memberi ketetapan rezeki pada hambamu
aku berdosa
kerana menyesali dia pergi pada yang lain sedangkan jodoh itu telah Engkau tulis yang terbaik untukku
aku berdosa
kerana hilang arah hidup kerana dia sedangkan Engkau telah memberi petunjuk arah yang jelas
aku berdosa
kerana aku sentiasa melebihkan dia lebih dariMu
Ya Allah berdosanya aku..
Ampuni aku...

Monday, 9 April 2012
merungut lagi
saban waktu ini yang saya lalui....
saya akan merungut sampai bila saya harus tanggung semua ini
tetapi Allah hadirkan jawapan ini
sebenarnya Allah sedang menguji saya dengan kesulitan untuk saya makin dekat denganNya
saya merungut pula kenapa saya terus begini sedangkan dia yang menganiaya tetapi bahagia
tetapi Allah hadirkan jawapan ini pula
sebenarnya Allah sedang mengajar saya untuk bersyukur dan tidak berdendam
saya merungut lagi kenapa selepas menganiaya saya rezeki dia makin melimpah
tetapi sekali lagi Allah hadirkan jawapan ini
Allah menguji manusia dengan pelbagai cara termasuk kekayaan dan kesenangan..jika betul caranya insya allah tenang tapi jika tidak kena caranya Allah akan terus melalaikan dengan kesenangan itu
saya merungut lagi kenapa semua orang tak boleh terima apa yang saya mahu sekarang ini
tetapi Allah masih memberi jawapan
Allah mahu saya terus merayu dan merintih hanya kepadaNya.Allah meyakinkan saya Dia telah mengatur segala cuma saya perlu tabah,sabar dan redha
saya merungut lagi kenapa saya yang perlu lalui semua ini
saya masih mencari jawapan
mungkin Allah sayangkan saya
mungkin Allah tidak mahu saya lalai
mungkin Allah ingin meningkatkan kesabaran saya
mungkin Allah ingin saya lebih dekat denganNya
atau..........mungkin ini balasan atas semua dosa saya yang dulu
wallahualam.

Sunday, 8 April 2012
istikharahku
pagi-pagi lagi majalah solusi teman sy menghiasi meja..mungkin dia tertinggal di situ..terpaku...seperti apa yg pernah sy fikir dulu...benar...itulah yg sy selalu fikir waktu itu...
Alhamdulillah...istikharah merungkai segala..belajarlah untuk berserah...menerima takdir..jangan menafikan ketentuan Allah..Dia maha mengetahui segalanya..
Tidak mengapa..biarkan orang lain terus berbicara..biarkan orang lain terus menghukum segala..biarkan orang lain terus menikmati kebahagiaan...biarkan semua itu..kerana ku lebih yakin pada hukum Allah
Alhamdulillah Allah membenarkan diri ini menerima takdir selepas istikharahku..
Allah terus terusan menyelamatkanku dari sesat yang tak sudah
Allah terus terusan menyabarkanku bila dugaan datang
Allah terus terusan tabahkanku saat pahit itu hadir
Allah terus terusan mendekatkanku denganNya bila orang lain berlumba-lumba mengejar kebahagiaan dunia
Syukur kerana keputusan ini bukan mengikut hati,nafsu dan cinta dunia
.....tetapi keputusan ini hadir setelah mendapat petunjukNya
p/s:yakin dengan janji Allah bukan dengan mengikut hati...bagaimana utk yakin dengan janji Allah jika kita sendiri pun tidak pernah meminta,mengadu dan memohon petunjuk dariNya...tetapi hanya membuat keputusan berlandaskan hawa nafsu dan cinta dunia yang tak pasti..

Wednesday, 4 April 2012
persahabatan kami
betul kata ayu..persahabatan kami manis..mcm2 dilalui bersama..kadang2 yang kami lalui pelik dan tidak pernah dilalui orang lain..terlalu banyak kisah suka duka kami..kongsi??mungkin sy tidak akan berkongsi di sini..biarkan kami terus menyelusuri persahabatan kami dengan penuh cerita dan kisah pelik kami...jujur sy terlalu sayangkan kisah kami..terlalu rindu untuk bersama melaluinya lagi...terlalu bimbang jika kami tidak bersama lagi..terlalu manis!!
Tuesday, 3 April 2012
kisah manis
biar saya cerita kisah manis ini...
sedang duduk menikmati minum petang...sambil bercerita kisah duka...merintih tentang malangnya nasib diri...mengeluh rezeki yang tak kunjung tiba sambil memikirkan orang lain yang sedang bahagia dan menikmati nikmat dunia...
mata tiba-tiba terpaku pada seorang lelaki berjubah coklat cair bersama dua orang anak perempuan yang kemas pakaiannya..mereka menikmati minum petang seperti saya sambil berbual dan kadang-kadang tertawa kecil...selesai...lalu mereka menuju ke basikal tua yang sangat cantik (mungkin lelaki ini berharta kalau tidak mana mampu ada basikal antik yang dihias cantik~peminat barangan antik mesti teruja melihat basikalnya)...dua orang anak perempuannya duduk di depan dan belakang...(anak-anak perempuannya masih kecil tapi tetap mengenakan pakaian seorang muslimah)...di bibir mereka terukir senyuman...ikhlas...tenang...bahagia...teman mula bersuara..katanya,lihat mereka bersederhana tapi tenang..tak perlu fikir tentang gahnya orang lain pandu kereta mewah,rumah besar,pakaian mahal dan berjenama,shopping di tempat2 yang mahal dan gah,melakukan aktiviti yang cool~menonton team bola fav berduaan di tempat yang cool (gaya masa kini la katakan huhu),bercuti ke luar negara,pakai handphone mahal,berkawan dgn kawan-kawan yang agak berada...cukup sekadar yang ada...tenang,kemas,bersih sebersih hati mereka itu...saya terdiam..kembali tenang.
Ya Allah hindari aku dari sifat riak dan menunjuk2...
Sunday, 1 April 2012
dia
Hancur
Remuk
Berkecai
Tidak mengapa katanya
Dia akan kutip dan cantumkan menjadi satu
Benarkah dia mampu?
Hanya Allah yang tahu hati dia
Hanya Allah yang tahu jujurnya dia
Hanya Allah yang tahu ikhlasnya dia
Semoga dia terus bertahan dan tidak jemu
Semoga Allah terus lindungi dan redhai jalan dia..

Subscribe to:
Posts (Atom)