Blog Archive

Tuesday 18 September 2012

Hidup ini perjalanan

Assalamualaikum..

Tiba-tiba tadi otak laju memikirkan masa depan dan masa silam silih berganti.benar hidup ini x ubah seperti satu perjalanan.ada manusia yang berjalan tanpa hala tuju,ada pula yang berjalan dengan pelbagai tujuan dan ada juga yang hanya ada satu tujuan..

ada yang bernasib baik akan sampai ke destinasi yang ingin dituju,ada yang sampai ke destinasi yang tidak pernah terlintas utk dituju dan ada yang langsung tidak sampai ke destinasi yang diharapkan malah ada yang tersesat jauh.

ada yang megah kerana perjalanan langsung tiada rintangan.ada yang gundah kerana halangan berbagai-bagai.mungkin ada yang tidak sedar kerana rintangan dan dugaanlah manusia belajar utk berubah,belajar utk tidak mengulangi kesilapan lalu dan belajar mencari destinasi baru yang pasti.

entahlah.hari ni terlalu banyak berfikir agaknya.yang pasti perjalanan ini akan terus dilalui dengan sabar,suci hati dan tabah.kerana sampai masa perjalanan ini akan terhenti di destinasi abadi yang masih belum pasti.

Ya Allah semoga perjalanan ini sentiasa diredhaiMu.

Semoga ini menjadi salah satu destinasi dalam perjalanan sy nanti

2 comments:

fidayu mohd shobri said...

merangkak @ berjalan, berlari @ statik, perjalanan ini pasti ada akhirnya..

zuriati zainudin said...

so true..semoga perjalanan kita diredhaiNya