Blog Archive

Wednesday, 25 September 2013

Betul la kan

Assalamualaikum wbt
Semoga semuanya dipermudahkan.

sy selalu rasa diri ini betul.betul membuat keputusan.betul melepaskan.betul membiarkan.betul membetulkan.betul menyalahkan...eh sempurnanya kauuuuu!!

tpi itu terpaksa ditepis dan dihumban jauh.kerana makhluk Allah tiada yg sempurna.benar.

keputusan kali ini?sy kurang pasti betul atau tidak.apa yang pasti sy berani untuk nekad walau tak tahu apa hujungnya.berserah setelah lelah usaha.bukan menyerah selepas kalah..

apa akhir ceritanya?sy redha andai akhirnya perit atau takdir sy baik ia pasti manis..yang termanis dalam hidup :)
bukan senang untuk redha.tak semudah seperti dimadah.betul sy tak tipu.mulut kata redha tapi hati meronta2 sedih.tak mengapa..Allah sebaik2 perencana.mengapa harus melawan rencanaNya?kamu hebat sgt?

adakala saat kepala sarat diam adalah jalan yg dipilih.kan sy selalu rasa diri ini betul.jadi itu keputusan yang paling betul bagi saya.tidakkkkk!kamu salah.seorang hamba menegur cara sy.katanya diam memang menghalang dri menyakiti yg lain tapi masalah selesai ke?tidakkk!jadi jangan diam.bukan itu caranya.cara yang betul bersuara dengan cara yang berhemah.berkongsi dengan cara yang betul.selesai dengan cara yang baik.berdoa minta segalanya dipermudahkan tanpa sebarang sengketa.

tersentak.sy selalu silap rupanya!




Saturday, 7 September 2013

Tok Guru!

Assalamualaikum wbt

Me: sy stress la tuan..banyak sangat...bla...bla..bla...
Mentor: Takpe..zu relax..kita tak boleh ubah orang
Me: abes tu klu diorang xnak berubah sampai bila sy nak mcm ni tuan....stress manjang
Mentor: ada jalannya...
Me: apa jalannya tuan?
Mentor: pertama asingkan diri dari perkara tu..jangan amik pusing sgt..kedua cari tok guru
Me: Tok guru????
Mentor: nak amik tok guru sy jadi tok guru zu?
Me: sape tuan??
Mentor: tok guru sy SABAR.
Me: ok tuan (sambil senyum)

tak salah sy pilih dia sebagai mentor.selalu positifkan sy.tidak perlu kaunseling pjg lebar..dibiarkan sy mengomel dan terus meluah itu ini..bila sy senyap terus dia bagi solution.solutionnya mudah.mudah difahami dan mudah juga diikuti..tapi ada masa solutionnya mengajak sy berfikir dan terus berfikir.

dunia ini sementara.carilah jalan.jangan cari salah.jalan yang bawa kepada penyelesaian bukan salah. Allah kan menjanjikan ganjaran bagi orang yang bersabar :)


Sunday, 14 July 2013

Pujuk

Assalamualaikum wbt..
Semoga kita semua terhindar dari sifat riak.

hmmm kalau blh semua nk share tapi ada perkara yg membataskan.yang pasti terlalu ramai hati yang perlu dijaga.

pernah pujuk hati sendiri?sy selalu!!

biarla..rezeki kan masing2..nnt ko pun akan ada habuan jgk
ala jgn dendam..dunia ni kan sementara
xpe in shaa Allah nnt diorg akan sedar.sbr ye

ni yg selalu sy ckp dlm hati.terlalu kerap.belajarlah memujuk hati.bg sy memujuk hati juga mengajar kita untuk gigih berusaha,rendah diri,tidak riak tapi awas!!adakala kalau tersalah pujuk akan mendorong kita utk bersifat riak,iri hati dan menghina..tlglah jangan!

jom kita pujuk hati!

Tuesday, 9 July 2013

Ia tidak begitu..

Assalamualaikum wbt..
Semoga kita dirahmati Allah selalu.

sy seperti orang lain ada impian yang ingin dicapai..dan sy juga seperti orang lain merasai bagaimana perasaan apabila yang dirancang dan dihajati tidak tertunai.adakala rasa sedih,bingung,kecewa.dan rasa itu akan terus kekal di dalam hati andai sy terus ikutkan rasa hati dan nafsu yang membuak2..ya Allah!sy tau dan sy yakin dengan janji Allah.janji Allah untuk jodoh saya.janji Allah untuk rezeki saya.janji Allah untuk ajal saya.saya akan terus yakin dan percaya.


 
dalam hati sy 2012 atau paling lambat Civic ini akan jadi milik saya.tapi ia tidak begitu.

tidak mengapa.mungkin doa sy untuk memandu kereta yang cantik,elok dan selesa untuk bawa Mak dan Abah jalan2 belum dimakbulkan Allah.atau mungkin Allah ingin sy pandu ASX ni utk Mak dan Abah nanti.in shaa Allah.amin ya rabb.

 sy berhajat sebelum umur 30 tahun sy sudah memiliki rumah ini..bukan terlalu demand untuk memiliki rumah ini tapi sy ingin keluarga sy selesa mengunjungi rumah sy nnt..tetapi hampir ke usia 30 tahun belum lagi tercapai.

 atau mungkin Allah kurniakan rezeki sy lebih dari apa yang ada sekarang dan mungkin juga sy akan mampu miliki rumah seperti ini supaya bukan sahaja family tapi rakan2,staf2 dan mungkin rumah sy nnt mempunyai ruang yg cukup untuk usrah sy nnt.

 dari sy kecil lagi Krabi adalah salah satu destinasi impian sy..sebabnya sy kagum dengan view yg sgt cantik pada gambar yg Mak gantung di dinding rumah..masa tu sy xtau di mana tempat ini.sehinggalah sy terjumpa gambar yg sama kt Google.tapi hingga sekarang sy tiada kesempatan utk ke sana.

tidak mengapa sy yakin dengan janji Allah.dan sy tahu mungkin itu bukan tempat yg perlu saya pergi lagi..atau mungkin sebenarnya Allah telah pilih sy utk ke sini dalam masa terdekat ini...amin ya rabb.

 Atau mungkin Allah ingin beri saya rasai semua ini dahulu?

sy tidak pernah salahkan takdir.jauh sekali menidakkan takdir..SUNGGUH JANJI ALLAH ITU BENAR.

Sunday, 7 July 2013

Boleh ke?

Assalamualaikum wbt..
Semoga kita semua dilindungi Allah dari fitnah yang berleluasa.

Minggu ni mmg busy manjang..letih badan letih otak..all in one...pheeewwww..xpe itu challenge yg perlu sy akur.blaja untuk bersyukur :)

As usual persekitaran mengajar sy lagi.melihat kehidupan orang untuk dijadi panduan dan pedoman.bukan meniru tapi itulah belajar.ada masa sy akn ringan mulut bertanya dan adakala sy lebih suka memerhati dari berbicara.sy pernah terbaca artikel (maaf sy tak ingat sapa penulisnya) tentang menegur dalam bentuk perli.sy x sure kesahihannya.tapi apa yang sy baca Islam menganjurkan untuk berbincang dan saling menegur.tapi jgn sampai menyinggung perasaan mana2 pihak..perli tidak dianjurkan.tetapi andai tiada pilihan maka boleh.dengan syarat tidak mengguris hati.yang sy faham di sini perli yg dimaksudkan bukan la dlm bentuk mengeji,mngumpat atau mengata.kita boleh gunakan contoh untuk menyedarkan orang lain.perli yang tidak keterlaluan.sy sendiri pernah rasa diperli.sy yakin ia bukan dituju kepada sesiapa tetapi sy rasa seperti ditampar!!ye akhirnya sy akur.kenyataan yg ditulis itu betul!syabas kepada Ustaz tersebut kerana share something yg buat sy rasa ditampar huhuu...dan akhirnya sy sedar dan cuba perbaiki..mungkin itu maksudnya perli yang dimaksudkan...

Tapi apa yang sy lihat persekitaran,perli itu seperti satu budaya..budaya menegur dan berbincang agak diketepikan..

"ala sape la aku ni..ilmu tak tinggi..lain la org tu.."
"la ko cakap dengan aku ke?igt cakap dengan tiang tu.."
"eh cantiknye baju ko ni...mesti mahal ni" sambil buat muka
"eh ko dah kurus la..mmg ko la pling cun kt cni.."

ni antara ayat2 biasa.apa salahnye cakap dengan lebih beradab dari perli2 yang adakala buat orang terasa.sy memerhati.dan hasil pemerhatian sy manusia akan cuba mengemukakan hujah2 tanpa ilmu dan tanpa amal apabila cuba menegakkan sesuatu.kan bagus kalau segala ayat2 perli dan teguran dijadikan titik tolak untuk berubah lebih baik?atau cari ilmu dan amal apa yg kita cakap utk perli orang tu dlm hidup kita dulu?kan bagus..

ukhwah itu manis kan?

:)




p/s:tiba2 teringat kak asma (1 pejabat di tempat lama).dia selalu puji baju sy cantik.tapi ada 1 ayat yg sy xkan lupa n kalau boleh xnk buat dah..."cantik baju zu..tapi klu baju ni x jarang n longgar mesti nmpak manis"...ye itulah ayat perli yg sgt beradab dan boleh nmpak yang dia perli dengan ilmu!! :)

Monday, 3 June 2013

Yakin Sangat!

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Kita selalu menyebut ini.bukan sekali dua tapi selalu.sy juga begitu.

"Kau tengok la nanti balasan Allah tu adil..skrg ni cash je"
"sedihnya..xpe Allah ada"
"huh Allah tu maha adil"
"xpe Allah ada dgn aku..aku x kisah"
............

betul tak?

tapi pernah kita fikir banyak mana usaha yang kita lakukan untuk Allah dekat dengan kita?betul ke Allah selalu ada dengan kita kalau kita sendiri pun selalu lupakanNya?benar Allah itu maha adil tapi adilkah kita dengan nikmat yang Allah beri sedangkan entah bila sekali baru kita belajar bersyukur?betul sangatkah kita untuk memohon Allah menghukum orang dan memohon agar orang lain dibalas dengan hukuman dan ujian yang bermacam2?

yakin dengan Allah bukan sekadar lidah.bukan sekadar cakap.bukan sekadar tulis di blog @ FB @ twitter @ instagram @ keek @ .....................

cari dulu di mana kita letak YAKIN itu.
In Sha Allah kita sentiasa disisiNya.


Wednesday, 29 May 2013

Saya rindu Dia

Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..

Hari ni sy terjaga awal.lebih kurang jam 4 pagi.teringat kata Arwah Ustazah sy pesan..kalau terjaga di sepertiga malam bangunlah jangan malas.itu sebenarnya Malaikat yg kejutkan kita.jadi gunakan masa itu sebaik mungkin.kalau tidak mampu untuk bangun melakukan solat sunat,berdoalah kepada Allah.itu juga boleh..kerana kata Ustazah kalau terjaga lps tu sambung tidur balik tanpa buat apa2 takut2 Malaikat xkan kejut kita lagi..jadi terlepaslah peluang kita untuk menggandakan amalan di sepertiga malam..

Hati sy jadi sayu.sedih mengenangkan mereka yang telah tiada.takut andai sy terlupa untuk doakan kesejahteraan mereka di sana..sy telah lama merasai kehilangan orang tersayang.bermula dengan Opah (mak Abah )Ayahpandak (adik lelaki bongsu Abah), Opahchik (mak saudara abah yang paling rapat), Apak (abang ipar Mak), Pakcik Li (abang Mak), Kak Ima (isteri anak angkat Mak), Ayahuda (adik lelaki Abah), Tok (ayah Abah), Rizal (anak adik lelaki Abah)....semuanya sy tangisi..mereka ini terlalu dekat dalam hidup sy..pemergian mereka sedikit sebanyak memberi kesan kepada sy dan keluarga..Abah selalu pesan jangan lupa doakan mereka.pesan abah tu x pernah sy lupa.sepupu2,adik beradik dan mungkin teman2 selalu pelik bila tgk sy pada hari raya.sy akan menangis sungguh2..pagi raya, di kubur, di masjid...sy tau mungkin sy ni cengeng tapi yg lebih sy tau dan mungkin orang lain xtau sy rindu mereka.sy sedih kalau2 orang lain lupakan mereka dan mungkin juga lupa doakan untuk mereka.sy bimbang andai sy juga mendapat habuan yg sama bila sy tiada..habuan orang lain-lain..

Hati sy lebih tersentuh bila teringatkan Arwah Ayahuda..dia berkahwin tapi tiada anak.dia pelukis.sy kagumi Ayahuda.benar sy terlalu rindukan Ayahuda.sebab semasa Ayahuda pergi sy orang terakhir yg jaga Ayahuda di hospital.sy dipilih Allah melihat sendiri Ayahuda pergi depan mata sy.sy berpeluang mengajar Ayahuda mengucap.sy dapat lihat airmata ayahuda mengalir x berhenti.sy masih dapat rasakan kuatnya genggaman tangan Ayahuda menggenggam jari sy..semua masih segar walaupun dah 7 tahun berlalu.beberapa minggu lepas sy bersembang dgn Mak.sy menangis semahunya.sy cakap pada Mak..."Mak agak2nya ada tak yg doakan utk Ayhuda..dia xda anak...dia paling rapat dengan kita..klu kita x doa sapa la nk doakan ye Mak"..
sungguh.sy terlalu rindukan dia.Antara pesanan terakhir yg dia ckp pada sy dia teringin nk dtg masa konvo degree sy dulu tapi x sempat..dia pesan lagi nnt kalau dia dah xde ambil la mana2 lukisan yang abah dan adik beradik dia suka.ambil la buat kenangan.tapi itu pun kami x dapat tunaikan.bnyk kekangan.

tadi sy terjumpa satu blog ni.. Ya Allah dia cerita tentang Ayhuda.sy menangis.sy panggil seorang penghuni yg sering mengingatkan sy pada Ayhuda.sy suruh baca blog tu.sy tunjuk lukisan2 Ayahuda.sy suruh dia gunakan anugerah yg Allah bagi pada dia.melukis..anugerah yg Allah bagi pada dia sama dengan Ayahuda..sy doakan insan ini berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah engkau tempatkanlah mereka yang kusayang ini di syurgaMu Ya Allah..lindungi mereka dari seksa kubur..semoga temukan kami semua di JannahMu Ya Allah.


Sungguh!aku rindu dia..


Dia dan teman rapat


Hasil yg paling sy suka..dan pernah berhajat utk ayahuda buatkan utk sy bila sy ada rumah sendiri


  

dua hasil yang hanya dia dan kami tahu maksudnya...sungguh mendalam.

foto credit to Mr google..mine ada dlm album :)