Blog Archive

Wednesday 6 June 2012

Ingin Mengadu Pada Siapa?

Membiarkan 4 bulan yang berlalu dengan penuh keperitan
Saat derita melihat dia bahagia
Bibir terlalu malu untuk mengadu pada semua
Bimbang ada yang tidak menyenangi
Atau jemu mula bertamu di hati
Tidak mahu terus mengaibkannya
Biarlah ku simpan sejarah itu
Tidak mahu keluarganya terus kecewa
Biarlah ku pendam sahaja cerita itu
Aku mengumpul kekuatan
Atas fitnah yang diberikan
Atas cerita palsu yang dilemparkan
Mungkin di sini bisa ku luah segala yang terbuku
Mungkin bibir kan ku cuba untuk terus menguntum senyum
Tapi derita di hati tiada yang tahu
Diri ini tidak berdaya melawan takdir
Apatah lagi menghalang cinta mati barunya
Hanya doa dapat ku panjatkan
Agar resah ini hilang dan pergi
Bersama kenangan yang ku sangka abadi
Pergilah jauh-jauh
Agar hidup ini dapat ku lalui indah seperti dulu
Aku tidak meminta rasa ini datang
Tapi mengapa dia sering menjengah mimpi-mimpiku?
Tahukah aku terseksa dengan semua ini?
Ya Allah aku tidak kuat dengan semua ini

3 comments:

Innboomerang said...

ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. Biasanya selepas ini akan dapat yang lebih baik dari yang sebelum.. kenangan dan memeori yang ada menjadi ubat hati untuk tabah.. manakala redha adalah yang terbaik untuk memperoleh yang lebih baik.. Mengadulah pada Allah kerana DIA adalah tempat yang paling tepat untuk mengadu.. :)

zuriati zainudin said...

thanx..Insya Allah rasa ini akan pergi..cuma xtau masa dan ketikanya..harap2 pergi cepat-cepat dan jauh-jauh :)

Anonymous said...

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, atau Engkau turunkan dalam kitabMu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu; Engkau jadikanlah Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap kesedihanku dan penghilang tekananku.” HR. Ahmad 1/391.

Menurut pendapat Al-Albani, hadith tersebut adalah sahih .Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesiapa sahaja yang ditimpa tekanan dan kesedihan lalu dia berdoa… (doa di atas ini)…; pasti Allah akan menggantikan tekanan dan kesedihannya dengan kegembiraan.” Lalu ada yang bertanya, ‘Wahai Rasulullah baguskah kami mempelajarinya?’ Jawab Baginda, “Sudah tentu. Sesiapa yang mendengarnya amat wajar mempelajarinya.”

Semoga Allah Ta‘ala memberi ketenangan dan kegembiraan kepada jiwa kita yang sering sahaja diuji dengan pelbagai ujian di dunia yang fana’ ini… Amiin ya Rabbal ‘Alamin.