Blog Archive

Wednesday, 21 March 2012

Selamat Hari Lahir Mak...

Hari ni ulang tahun kelahiran mak yang ke 60...
syukur Ya Allah kerana masih membenarkan Mak terus menjalankan tanggungjawabnya hanya kepada Mu...
syukur kerana terus membiarkan Mak bernafas di setiap gelak tawa anak-anak dan suami tercinta..
Terima kasih Mak di atas segala pengorbananmu
Terima kasih Mak di atas kasih sayangmu yang tak pernah berbelah bahagi
Tidak mampu ku balas segala jerihmu melahirkanku
Tidak terucap sejujur bibirmu menangkan ku di saat kesulitan
Tidak tertanggung perasaan rindu bila tidak melihat wajahmu
Ya Allah hanya kepadamu aku memohon
Panjangkan umur Mak
Berilah kesenangan dan kebahagiaan untuknya di dunia dan akhirat
Amin..


No comments: