Blog Archive

Saturday, 30 January 2016

Betul Ke Nak Kawen?

Assalamualaikum wbt.
Semoga di bawah lindungan rahmatNya selalu.

Betul ke uols nak kawen ni?serious?
Ok keputusan untuk berkahwin bukan benda yang boleh dibuat main.Banyakkkk sangat yang perlu ditimbang dihitung.serius tak tipu.haha.

Just sharing. (baru lepas membebel kt bdk ofis yang mmg sangat bermasalah lepas kawen sebab buat loan nak kawen hari tu...haihhh)

Zaman sekarang perkahwinan dibuat dalam suasana yang terlalu mewah.yup terlalu!Buat loan ada cecah 70-80k just untuk kawen!!!Wei...wei...panjang lagi la perjalanan...nnt nak sara anak bini guna apa?jangan sebut pasal rezeki lepas kawen or whatever kalau hutang keliling pinggang.betul tak tipu.kata la gaji masih sama bila lepas kawen kena bayar sewa rumah,kereta,nafkah bini,insuran,itu ini PLUS hutang loan!pastu dah lah malas nk keja lebih masa atau part time job...mmg tak la kan ko nak tunggu duit jatuh dari langit (rezeki lepas kawen).Usaha lah!

Ok masa wedding sy dulu Alhamdulillah rezeki murah..untuk duit pelamin dan khemah pkai duit simpanan.catering pakai duit hantaran.mmg berangan nak pkai fresh flower dalam bilik n meja tetamu tapi bila x cukup bajet hasrat dipendam...tapi tup..tup cousin belah mak bagi segedabak roses n mcam2 bunga fresh from Cameron Highland.Tak kira tiba2 cousin bagi mineral water untuk tetamu,buah,kakak share untuk goodies.best friend dtg with her husbend dengan sekotak frame+bola2 kertas IKEA utk photo booth..pendek kata mmg semua orang bagi.mmg sekali seumur hidup...tapi are u sure sekali?bukan kerja kita bnda tu.

Sy hanya ada 3 bulan dari tarikh bertunang untuk prepare wedding...sy mntak kat kedai makan tin susu untuk dibuat pasu atas meja tamu..cat n decorate for 40+ tin susu by myself!sy n adik beradik gunting sendiri stickers untuk door gift yang kakak 2nd buat by herself!cat bilik with my one n only adik.adik buat bunga telur yg dicedok idea dalam majalah pengantin.deco bilik guna fresh flower yang dapat free+cadar pengantin beli masa CNY sale kat AEON (sampai sekarang masih pakai n bgi orang pinjam)+lampu tidur beli kat pekan sebab dapat half price sebab ada reject sikit.teringin nak ala2 bilik princess so beli kelambu kt IKEA RM19.90.carpet beli kt kedai pakistan depan MYDIN Rm39.90.semua tu guna duit gaji bulanan!Baju nikah beli kain biasa je kt NAGOYA tpi mntak tolong adik best friend jahit manik n pakej pinjam veil dia kikiki.


make up by cousin (free)+handbouquet (Maksu Mira punya masa nikah)+baju(kain baju n shawl beli kat Nagoya)+veil Dik ta 

Bunga Free+tin susu kutip kat kedai(deco guna duit gaji)

Deco+ stuffs by Monie n husband. Welcome board Nyah (kakak 2nd) n husband yang buat sendiri.meja n pemidang IKEA rembat Mak punye haha

Cadar beli masa sale+kelambu IKEA Rm19.90+bunga free+Lampu tidur half price


Kek Monie n husband sponser fresh from KL kekeke

Kami tak buat malam potong kek+bukak hadiah whatsoever..pakai track bottom+tshirt (sebab pastu nak sambung mengemas rumah hehe)

Cukup la main rebut2 cekelat dengan ahli keluarga..tu pun dah cukup buat iols gelak guling2 sebab yang tua pun join


Maksu Mira (doktor gigi tapi wedding die relax2 je...dia yang banyak sharing do n donts) yg suggest butik yang bgi servis best tapi murah kat Ipoh


Yang penting makanan cukup untuk tetamu


Dan kami dapat layan semua tetamu..sebab tu dari awal kami xnak outdoor photoshoot...ganggu lah nak sesi suai kenal dengan tetamu.


Sebelum lupa ni Juruacara Majlis..kakak ofis yang kenalkan sebab dia pun amik masa wedding anak dia..murah siap pakej baca doa...lagu pun slow x yah tetamu nk terjerit pekik nak sembang hehe.

Apa de hal...tak mahal2 pun xpe..kami happy je :)
uikk2...Khadijah.







Sunday, 24 January 2016

Keadaan

Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah melindungi kita selalu.

Adakala keadaan memaksa.
memaksa untuk jadi tabah.memaksa untuk jadi kuat.
memaksa untuk jadi tegas.memaksa untuk jadi degil.
semua tu kerana keadaan.

Tiada niat sakiti sesiapa.
Apa lagi nak menang tak mahu kalah.
Tapi jika terlalu bersabar keadaan akan memaksa untuk buat semua itu.

Tidak aku tidak kejam.
Tidak pernah diajar untuk menjadi kurang ajar.
tapi keadaan juga memaksa lakukan itu.

Aku pun ingin bahagia.
Dan ingin orang lain bahagia bila ada aku.
Tapi adakala keadaan memaksa untuk melawan dan pendam rasa itu.

Cukuplah Allah sebaik-baik perancang.
Hanya Dia yang berhak menilai aku.
Bukan keadaan.
Dan bukan juga kamu.

Ummi selalu rasa nk buat parasailing setiap kali rasa ini datang...nanti Khadijah teman Ummi Ok?






Monday, 18 January 2016

Persediaan Untuk Bakal Ibu

Assalamualaikum wbt.
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah selalu.

Dah terlalu lama simpan niat nak share tapi ada saja halangan..so hari ni sempat curi masa sikit.semoga yang baik dapat dijadikan panduan untuk kita ye.

Persediaan Sebelum ke Hospital


Bagi yang pertama kali melahirkan anak mungkin banyak benda yang kita terlupa dan terlepas pandang..so sy bgi list dan sikit tips ye.


1. pastikan bawa 1 beg baby dan 1 beg ibu.

  • Beg baby - wajib ada diaper,kain lampin (kalau boleh bawa yang putih jgn corak2 sebab perlu sangat guna jika baby kena kuning..letak bawah lampu lebih elok dan sesuai),baju 3-4 pasang,sarung tangan dan sarung kaki,towel,wet tissue,selimut,bantal baby,cotton buds,kapas bulat,minyak (untuk letak pada kaki dan perut baby),baby oil,losyen,bedak.

  • Beg Ibu - wajib ada kain batik,towel,telekung,pakaian dalam (kena bawak lebih),pad (setengah nurse prefer kita pakai pad yang overnight dan guna pelekat..ikutla keselesaan) ,baju yang longgar,stokin,minyak angin,termos,cawan,pinggan dan sudu,selipar (yang tidak licin dan mudah disarung dan ditanggal),towel muka,toiletteries,bantal kecil (utk keselesaan).
2. pastikan berpakaian yang bersesuaian dan memudahkan kedua-dua belah pihak(ibu &      nurse/doktor).

3. pastikan buku merah (buku check up) dan IC dibawa.

4. pastikan nombor telefon suami @ keluarga terdekat ada dalam simpanan.

5. bawa sedikit bekalan makanan (takut kena admit dan kita masuk wad bukan time makan)

Persediaan Semasa di Hospital

Bila dah admitted  kena pastikan perkara-perkara berikut:

1. Kuatkan mental dan fizikal sebab bukan 24 jam husband ada dengan kita untuk bagi moral support.

2. Mesra dan berbaiklah dengan staf hospital sebab banyak sangat yang kita nak minta tolong diorang..jangan sombong and too demand!

3. Makesure tak bawa barang berharga (tanggalkan segala barang kemas dan jangan bawa duit).

4. Minta pihak hospital sediakan lapik atau minta bersihkan ruang di tepi katil untuk solat.

5. Kena rajin berjalan untuk bantu masa proses bersalin (bersalin normal atau ceaser itu bahagian masing2..yang penting usaha dulu)

Ni tips yang sangat basic untuk semua..kalau ada perkara2 lain yang dirasakan sesuai boleh la cuba.

Selamat menjadi ibu!

Wednesday, 6 January 2016

Khadijah Dah Setahun!

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahamati Allah selalu.

Lambat sikit update pasal Khadijah dah setahun hehe..

Coretan untuk permata hati Ummi..

04.01.2015 (Ahad)
Sebenarnya Ummi dah mula rasa sakit dan turun tanda sejak hari Jumaat lagi..tengahari Sabtu Ummi dah kena admited.Ummi lalui dengan macam-macam perasaan.Jujurnya Ummi tak sabar dan ada perasaan nervous yang menebal.Abah mmg sentiasa di sisi Ummi Alhamdulillah..Opah,Mama dan Ibu antara yang setiap masa bagi moral support (diorang dah lalui).Semua orang yang rapat dengan Ummi x jemu2 bagi petua dan semangat...Kawan rapat Abah pun sama jugak tau hehe..Kat wad Ummi lebih selesa solat duduk sebab dah tak kuat nak solat biasa.Ummi doa supaya anak Ummi sihat dan Ummi dapat tengok anak Ummi senyum.Ummi kuat makan kat wad cuma last request Ummi nak makan chicken chop versi hospital x kesampaian sebab Ummi dah masuk labour room sebelum waktu lunch hehe..Sabtu malam Ummi dah rasa makin sakit tpi keadaan belum izinkan anak Ummi keluar lagi.Ummi ingat lagi pukul 5 pagi hari Ahad nurse bawak Ummi ke 1 bilik untuk check jantung anak Ummi dan check tekanan darah dan kesihatan Ummi.Alhamdulillah semua ok.Lepas tu Ummi dibawa pulak ke 1 bilik lagi untuk scan dan kat situ sorang Doktor comel dah tunggu Ummi.Doktor tu scan dan dia cakap berat anak Ummi 3.2 kg-3.6 kg..amboi sihat betul anak Ummi.dah selesai Ummi balik ke katil Ummi.bila baring je Ummi dh mula rasa makin sakit.Ummi bangun mandi dan solat.Ummi basahkan tuala kecil yg Opah bagi dan basahkan perut Ummi...tapi sakitnya tetap sama..Ummi xtau berapa kali Ummi tekan loceng panggil nurse dan jawapannya sama...bukaan belum cukup!Ummi dh x blh duduk sorang2..Ummi call Abah dan Alhamdulillah Abah sampai pukul 10 pagi temankan Ummi..Abah basahkan perut Ummi dan pujuk Ummi.Ummi dah mula rasa gelisah.Ummi minta Mama pulak datang.tepat pukul 1 Mama sampai..Mama terkejut bila tgk Ummi dah leaking..Ummi dan Abah xtau pun.Mama terus lari panggil nurse dan bukaan dh 7cm!Allahurabbi patutla sakitnya Ummi dah x dapat tahan.Opah masih dalam perjalanan.Nurse cakap ok boleh tolak ke labour room.Ummi dah x blh jalan dan nurse terpaksa tolak dengan katil.Dalam sakit ummi sempat minta maaf pada Abah dan cakap dengan Kaklong Mia,Abangngah dan Kak Nini (Mak Usu n Family Ibu belum sampai masa tu) doakan Ummi.dalam pada tu dari jauh Ummi nampak Opah berlari dekat Ummi sambil bagi buah limau kecik yang Ummi minta petang Sabtu..Ummi habiskan sebiji tu...hehe bab makan sempat je Ummi kan.Sampai kt labour room nurse cakap semua 10 bilik full!terpaksa tunggu di bilik sementara (transit) yang hanya ditutup dengan tirai. Ummi dapat dengar suara patient lain.Ummi tiba2 jadi nervous tapi Ummi kuatkan semangat.Alhmadulillah masa azan Zuhur Ummi dapat masuk ke labour room.di situ Ummi berusaha.Abah sentiasa di sisi Ummi.Ummi dah tak mampu..Doktor dan nurse bagi semangat sebab dah nampak hujung rambut anak Ummi tapi Ummi dah hilang tenaga.Ummi ingat lagi 3 orang Doktor(semuanya perempuan Alhamdulillah)dan 2 nurse bantu Ummi tapi gagal jgk.pukul 8 malam hujan turun lebat siap dengan guruh kilat..anak Ummi masih belum Ummi lahirkan..tiba2 Doktor cakap jantung anak Ummi dah makin lemah dan terpaksa proceed utk ceaser..Allahuakhbar.Ummi cakap dengan Abah Ummi rasa bersalah.Abah pujuk Ummi.8.30 malam Ummi ditolak pulak ke bilik OT.Alhamdulillah 8.47 malam masa tu azan Isyak anak ummi dilahirkan..nurse letak atas dada Ummi..Ummi cium anak Ummi puas2..hanya Allah yang tahu apa yang Ummi rasa..syukur ya Allah.Selamat melihat dunia Izz Khadijah..

04.01.2016 (Isnin)
Semua tu masih segar dan xde sikit pun momen yang ummi terlupa.rasa macam baru semalam berlaku.Ummi ucapkan selamat hari lahir yang pertama untuk anak ummi.Jadilah anak yang membahagiakan semua.Semoga anak Ummi berjaya di dunia dan akhirat.Jujurnya membesarkan Khadijah sangat mudah.Allah bagi macam2 pertolongan pada Ummi.Allah hadirkan ramai insan yang menyayangi Khadijah.Khadijah terlalu istimewa di hati Ummi.


Ummi xkan lupa kepada semua nurse dan doktor yang jaga dan bantu Ummi. Alhmadulillah semua layan ummi dengan baik sampai Ummi dapat balik rumah..Ummi masih igt wajah2 doktor dan nurse yang jaga dan bantu Ummi..semoga Allah gandakan pahala mereka dan balas segala kebaikan mereka.

p/s:belum pernah type entry panjang2 sambil menangis x berhenti hehe.