Blog Archive

Sunday, 26 July 2015

Tetamu Raya

Assalamualaikum wbt
Semoga diberi kesihatan yang baik.

Ok hari ni x silap dh 11 Syawal..baru berkesempatan nak share kisah raya untuk tahun ni..kalau tahun lepas beraya di kampung belah suami untuk tahun ni turn umah iols la plak kan..tambah2 meriah bila ada si kecik Khadijah penyeri keluarga kami.

Macam biasa adik2 abah akan berkumpul di rumah kami..so mmg meriah double triple la kan..macam tu jgk utk raya ke3 dan ke4 sepupu2 abah plak datang berkumpul..mmg iols happy sangat hehe..dari kecik lagi sy dan adik beradik dah terbiasa beraya dengan ramai saudara mara..x kira lagi melayan tetamu...saudara belah abah n mak mmg ramai n rajin ziarah.so kami agak rapat la.dh jadi kebiasaan melayan tetamu2 di hari raya (

Saja nak share la kan antara cara-cara (adab nampak macam nak mengajar sgt..iols x tinggi ilmu n akhlaknya :p)

1. Selalunya pagi raya masing2 dah sibuk dengan hal masing2..3 dari 4 adik beradik saya dah kawin n ada anak so agak terbatas untuk buat kerja lain..semua tumpu kepada anak n suami..so elok kiranya sediakan pinggan mangkuk n cawan untuk saudara mara/tetamu makan pagi tu pada malam sebelum tu..xla kelam kabut.kuih raya pun siap ltk dalam bekas kuih raya malam tu.

2. Mungkin bagi yang x biasa melayan tetamu ramai2 akan rasa x selesa dengan kehadiran tetamu..jangan macam tu..raya setahun sekali je..lapangkan dada terima tetamu dengan hati ikhlas.pahala besar tau menggembirakan tetamu..Mak selalu pesan jangan lokek dengan tetamu..tetamu pun pembawa rezeki tau.

3. Selain makanan yang enak, kehadiran semua tuan rumah melayan tetamu juga akan buat tetamu rasa dirai..x kirala siapa tetamu tu..kawan adik ke kawan mak ke kawan abah ke jiran belakang rumah ke layanla..berbual je apa2 pun tapi ingat jangan apa yang disembang mengguris hati tetamu...seronok sebenarnya tambah2 lagi yang jarang jumpa.

4. Janganla menyapu atau mengemas masa tetamu masih ada atau belum tinggalkan rumah..please la weii...nampak x hormat orang tau.mmg la uols pembersih gila2 tapi abaikan dulu sepah2 tu..nanti tetamu balik kemas la bukan susah pun..kalau rasa sayang takut barang2 hiasan kaca yang mahal pecah jadi lebih elok letak di tempat selamat..jangan expect anak tetamu kita dok diam...budak2 biasa la kan.

5. Ringan2 kan tangan bantu tetamu yang ada anak kecik..iols dh rasa tau hehe..tolongla pegangkan anak tu n bagi peluang pada tetamu makan n menikmati juadah..klu ada anak diorg yang tengah tidur hulurkan la bantal n pelapik tidur..kesian tau..xkan nak pangku sampai berjam2.

6. Bila tetamu dah nak balik tolong la tolong....hantar la sampai ke pintu n lebih manis sehingga ke kereta n lagi nampak beradab tunggu sehingga diorg hilang dari pandangan mata.itu mmg rules yg mmg mak n abah sy tetapkan...yela kan nmpak x elok sangat diorang baru nk masuk kereta sekor tuan rumah pun xde dah...lesap masuk ke dalam..seolah2 x sabar nk suruh kita balik..tetamu pun ada hati dan perasaan.kalau x suka sangat pun janganla tunjuk sangat...Melayu kan penuh dengan adat..Islam pun dah ajar tentang adab.jadi x salah kan buat yg elok.


ok...pjg sangat dah ni...blh la kot nk ikut mana yang elok.layan la tetamu dengan ikhlas..jangan nanti buat2 tanya plak kenapa si polan dah xnk datang umah kau...kenapa si polan dah jarang jenguk muka umah kau...kannnn...hehe Selamat Hari Raya :)

Sunday, 12 July 2015

Meriahnya Raya

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Ok sebenarnya bahang raya dh mula terasa.lagu2 raya dh meriah kt radio.kt mall xyah cite la baru hari ke 5 puasa pun dh ada lagu raya...haiyooo x baik ooo cmtu.semalam blk dari kampung dah penuh panjut (pelita) kt laman umah orang.rumah iols pun ada jgk tp x meriah macam org le...habuan anak2 buah main bunga api hikhikhik.

Untuk tahun ni perasaan nk raya tu lain sikit..excited untuk anak yang lebih..baju Ummi n Abah ala kadar je.kami lebih fokus pada baju raya Khadijah (ok x aci...awak x puasa pun kekeke)..sy shopping agak last minute sbb susahhhhh sgt nk cari masa yang sy n husband dapat cuti sama.last2 3 hari lepas baru dapat curi masa..macam biasa sy lebih memilih untuk shopping dengan semua ahli keluarga..jadi mall akan meriah dengan 7 orang cucu Zainudin hahaha.letih mmg letih sbb sebelah tangan cari barang sebelah lagi tarik tgn anak buah takut merayap jauh2 (Khadijah behave je dok dalam stroller...hmmm x dapat kaki lagi..tggu la tahun depan hihihi)..so lega dh selesai beli baju Khadijah..barang2 dapur utk Mak pun dh selesai..kami pilih untuk kongsi duit adik beradik..jadi xla beban kat sorang2 atau beban kt abah n mak.

Weekend baru ni jgk Yong n Nyah sempat siapkan 4 jenis kuih raya..tahun ni x macam tahun lepas..tahun lepas kami sempat buat 12 jenis kuih raya..tahun ni masing2 busy..tambah2 Mak Usu masih dalam tempoh training di INTAN..tapi ok la jgk dari x buat langsung..sy lebih kpd cuci n kemas umah..habis 1 umah aku mop kauuuu...n abesss kena bebel dgn Abah 1 hari sebab baru bape bulan operation dah gagah nk mop2 umah kakaka..Husband i tahun ni excited sebab 1st time raya di kampung saya...so dia menunjuk-nunjuk (hehehe) kepakaran yang ada...abes suis2 umah dia sambung2...dipasangnya lampu raya yang meriah n pasang spotlight kt pokok buluh kesayangan abah..macam Majlis Bandaraya plak ahakkk.ok la tu kan..

Secara jujur x sabar nk tengok cmne Khadijah di hari raya nanti...anak ummi tolong behave tau..jangan banyak ragam sangat...Ummi bnykkkk keje nk kena buat nnt..hehehe.

Ok nampak x sy punya excited raya?

Tuesday, 7 July 2015

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum wbt
Ampunilah kami Ya Allah.

Dah 20 hari melalui Ramadhan..Ramadhan kali ini lain dari yang sebelum ni.sy berpuasa berteman lagi tahun ni .kalau sebelum ni sy mohon pada Allah untuk hadirkan sesiapa sahaja yang boleh temankan masa berbuka dan sahur Alhamdulillah tahun ni Allah tambah seorang lagi teman.Izz Khadijah!

Khadijah tak banyak masalah sangat.cuma ada masa dia merengek2 manja minta temankan tgk tv...Khadijah ummi nak masak la!tapi itu bukan masalah besar.masa sahur pun langsung tak bangun walau pun Abah selalu je jatuhkan tudung periuk la cawan plastik la sudu la...tq Khadijah sbb bagi ruang pada Ummi n Abah untuk sahur dengan tenang.

Selalunya masa berbuka adalah masa Khadijah mengantuk dan nak tidur.Situasi ini agak mencabar sebab terpaksa hanya minum air kosong dan kurma atas katil sambil tidurkan Khadijah..kalau bernasib baik Khadijah tidur sebelum masa berbuka...dan kalau nasib kurang baik terpaksa tepuk2 untuk tidurkan dia sampai jam 9.00 malam...argghhhh. Khadijah selalu menguji Ummi tau.

Letih tu xtau nak cerita cmne n kadang2 segan nak share sebab semua yang bergelar ibu pernah lalui dan rasa suka duka itu..cuma letih tu kadang2 jadi double bila terpaksa uruskan semua benda sorang2 tanpa suami..pengorbanan isteri bila suami kerja waktu syif hehe..

Bagi Ummi itu lumrah yang perlu dilalui dan Ummi sangat bahagia...terima kasih anak Ummi!