Blog Archive

Tuesday, 21 May 2013

Allah Jaga!

Assalamualaikum...
Semoga sahabat dan keluarga sentiasa dirahmati Allah selalu.

Dlm entry sebelum ni ada sy sebut pasal janji sy nk story kisah seorang gadis comel..ok akhirnya hari ni Allah bagi kesempatan masa yg ada utk sy share walaupun kisah ni dah lama berlaku.semoga ia jadi panduan dan pengajaran kepada kita.

Kisah ni berlaku semasa sy masih bekerja di pejabat lama..sy dan seorang sahabat ada tugasan luar masa tu.kami pergi berdua.sy memandu dan sahabat duduk di sebelah..baru je keluar dari pagar ofis tiba2 ada 1 kemalangan kecil yg berlaku.motor dengan motor.yang sedihnya yg bersalah terus pergi tanpa membantu si gadis comel.gadis ni mmg comel pada pandangan mata sy.bertubuh kecil menyebabkan dia sukar untuk bangun.sahabat suruh sy berhenti utk stop kenderaan2 di belakang kami.sahabat pantas turun dan angkat gadis comel ni masuk ke dlm kereta (jenis storm kalau x silap) dan sahabat ikut sama hingga ke hospital.sy turut memandu menuju hospital.

di unit kecemasan sy lihat sahabat dan gadis comel sdg mnunggu untuk masuk ke blik rawatan.sahabat minta sy uruskan beg dan motor.gadis ini masih student dan sgt muda.Alhamdulillah motor dihantar oleh seorang hamba Allah dlm keadaan baik.Beg juga dalam keadaan baik tanpa diusik skit pun..gadis comel minta sahabat menghubungi saudara terdekatnya yg menetap di situ (keluarganya berada di negeri lain).

sahabat masuk ke bilik rawatan bersama gadis itu.sy pula menunggu saudaranya tiba utk menyerahkan brg2 peribadi.selepas saudara tiba,gadis itu berada di unit lain utk pemeriksaan lanjut..bantuan kami selesai sehingga itu.

dalam kereta sahabat banyak diam hingga akhirnya dia kongsikan sesuatu.

"semua ni perancangan Allah.Allah yg bagi peluang dekat kita untuk bantu budak tu.Allah jaga dia."
saya diam.tetapi sy kurang pasti pada hujung ayat sahabat.

"jaga dia?"

"ye.zu tau x tadi masa atas jalan xde sorang pun lelaki yang sentuh dia sampai la kak *&^%$ datang.masa nk turun tadi pun sama.MA yg nk check pun minta kebenaran nak pegang (itu pun masih berlapik dan bukan menyentuh kulit).dalam bilik tadi Allah jaga dia lagi.doktor yg bertugas adalah doktor perempuan!doktor suruh angkat lengan baju.zu tau baju dia dh la tebal pastu dia pakai inner.lepas selak inner tu ade lagi handsock.3 lapis semuanya.zu blh paham tak maksud Allah jaga tadi?"

"ok zu dah paham"

subhanallah.gadis ini masih muda.jauh dari keluarga.tapi dia kuat.tidak terikut dgn rakan sebaya.dia ada pendirian.dia ada pegangan.dia jaga apa yg Allah suruh jaga.wajah comel gadis itu masih sy ingat sampai sekarang.dia memang cantik!

ALLAH AKAN JAGA KEHORMATAN KITA JIKA KITA JUGA JAGA KEHORMATAN KITA.

2 comments:

fidayu mohd shobri said...

jauhnya i ngan si comel tu..

zuriati zainudin said...

kita juga boleh jadi mcm dia :)