Blog Archive

Monday 21 July 2014

Pesan kepada anak Ummi

Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah terus tunjukkan kebenaran kepada kita semua.

Hampir sudah ke penghujung Ramadhan..terasa terlalu cepat ia akan pergi..ntahla rasa sayu dah mula terasa..kalau ini Ramadhan sy yang terakhir harapnya segala amalan diterima..

Bekerja di pusat pemulihan sebenarnya sangat mencabar bagi sy seorang perempuan yang tak lasak mana ni. Dikelilingi pelatih lelaki benar2 menguji kesabaran..itu bagi sy asam garam..sy anggap pengalaman yang mendewasakan sy..mcm tu jgk bila berhadapan dengan masalah2 staf..ada yang sampai menangis tersedu mengadu kisah duka dan ujian yg menimpa.sy ambil sebagai ikhtibar dan panduan.

Entahlah di sini kepuasan sy bekerja masih lagi sikit..tapi yang pasti kepuasan membantu itu sudah mula ada. Di sini banyak cerita yang sy tak pernah tau..banyak pengalaman dikongsi.macam2 ragam manusia sy dapat kenal.oh terlalu ceteknya ilmu dan pengalaman sy!!

Saya: Kamu puasa hari ni?
Penghuni:tak puan x bangun sahur tadi.
Esoknya dan saban hari di bulan Ramadhan sy tak jemu soal benda yang sama
Saya: Kamu puasa tak ni?
Penghuni:tak puan hari ni tak larat

Klu anak boleh dimarah tapi kalau anak orang yg umurnya hampir sebaya Abah agak2 apa yang patut sy cakap?itu antara ujian kecil yang perlu sy lalui bersama mereka..belum masuk bab solat.sy dan staf2 wanita selalunya akan jadi pengawal di surau masa aktiviti penghayatan diri.

Saya:ni kenapa duduk di belakang?masuk saf cepat.
Penghuni: lutut sy luka puan
Penghuni:sy migrain puan
Penghuni:diorg dah masuk rakaat kedua.sy x reti nak ikut.

itu pun ujian kecil utk sy..bukan mudah kerja ni..kerja yang melibatkan dosa pahala orang..klu sy cakap hati mereka dah hitam itu sangat melampau.siapa sy utk hukum itu ini..xpe mungkin doa yang boleh membantu.

Kadang terdetik di hati perasaan bimbang..takut andai anak yg bakal lahir nnt melihat semua ini..kalau dijadikan ikhtibar Alhamdulillah.harapnya jgn dijadikan ikutan.walaupun masih ada 5 bulan in sha Allah utk dia lihat dunia tapi bila tgk dunia skrg hati jadi bimbang..dugaan dan ujian macam2..hiburan...hasad dengki...fitnah...ada di mana2.

Anak!
jadilah anak yang soleh/solehah utk ummi dan abah
kalau diizinkan Allah melihat dunia ini hadapilah dengan tenang dan sabar
biar bibirmu basah dengan zikrullah
ummi bimbang kamu lagukan lagu2 yahudi
ummi tak mahu kamu leka dengan hiburan duniawi
ummi tak ingin lihat kamu lupa asal kejadianmu
ummi takut kamu tinggalkan sunnah nabimu
ummi risau kalau kamu lupa tuhanmu..
Anak!
ingat pesan ummi
jadilah anak yang berguna utk keluarga dan agama
jadilah anak yang boleh membahagiakan orang lain
jadilah anak yang sanggup berkorban utk agama
Ummi sayang anak ummi wallahhi.

1 comment:

Pepatung_Askar said...

anak.. selain ummi, kamu kene tahu yang kamu ade mama bai dan ibu ayu yang sentiase ingin melihat kau membesar degn baik dan jadi anak yg cerdik serta baik budi pekerti.. amin...