Blog Archive

Monday, 6 June 2016

Berpuasa Dengan Si Kecil

Assalamualaikum wbt.
Semoga dirahmati Allah selalu.

Dah masuk 2 Ramadhan cepatnya..Selamat Berpuasa. Macam tahun-tahun sebelum ni untuk tahun ni menyambut puasa secara sederhana..n sangat merindukan abah dan mak yang sedang menunaikan umrah..Makkkk nak makan mak masak uwaaaaa..oh lupa untuk puasa kali cuma agak kecoh sikit di dapur bila time sahur n prepare untuk berbuka ada si kecik tu.tahun lepas ada dah tapi Khadijah blm tahu apa2 lagi...ini dah boleh lari 100m haha.

Meriahnya memang terasa..nak tumbuk sambal dia pun nak tumbuk nak goreng ikan pun dia nak jugak pendek kata semua la dia tak nak ketinggalan.itu tak kira lagi sirap ais + selasih dituang begitu sahaja ke lantai sambil memicit selasih dengan reaksi yang sangat teruja haha...Agak stress jugak tapi just enjoy the moment.

Masa bujang dulu kul 6.30 pun sempat lagi nak masak tapi bila ada husband kena prepare awal sikit sebab macam-macam yang di request.Untuk tahun ni plak kena awal lagi dari sebelum2 ni sebab bukan skill masak semakin kelaut (hahahaha) tapi masa yang ada perlu dibahagi dengan melayan si kecik.Should bear in mind budak sekecik itu sangat-sangat memerlukan perhatian.bila leka menggoreng time tu lah nak minum la nak susu la nak segala macam haha..

So ibu-ibu beranak kecik macam iols semoga terus kuat, tabah dan sabar serta diberi kesihatan yang baik untuk menempuh Ramdhan ini. Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk tak memasak for keluarga n jangan pulak dijadikan alasan memasak untuk tidak melayan karenah anak..lalui dengan manis setiap moment tu..buang stress jauh-jauh..Anak kan penawar suka duka?


Love u Khadijah.



No comments: