Blog Archive

Tuesday 8 October 2013

Sudah terlalu lama

Assalamualaikum wbt.
Semoga semua sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Yang dipanggil hikmah bila ujian yang terjadi dianugerahkan nikmat selepasnya.itu pendapat saya.bagi yang terlalu rapat dengan saya mereka sendiri dapat lihat jatuh bangun saya.dugaan dan hikmah.cuma saya takut untuk katakan ini hikmah.cakap biar berlapik.takut lain jadinya nanti.

Hakikatnya sudah terlalu lama saya tidak rasai perasaan ini.senyum dari hati.senyum menzahirkan rasa hati saya.syukur Ya Allah.benar doa itu kunci segala usaha.usaha dan doa 2 perkara berbeza yang mesti seiring.jangan pisahkan mereka.takut tempang langkah hidup.

Rasa ini sukar diluah.cukup sekadar senyum.itu sudah cukup untuk luah segala di hati.syukur dikelilingi mereka yang saya sayang.tidak mengapa andai kurang harta,kurang duit...pendek kata tidak mewah dunia.saya tidak mengapa.kerana dugaan lalu mengajar saya.itu semua bukan segala.saya sudah cukup bahagia dengan keluarga,sahabat dan mereka yang saya sayang.kasih sayang tiada banding!

Benar saya terlalu rindukan rasa ini.selalu berharap ia hadir.Alhamdulillah Allah pulangkan rasa ini kembali walau dengan cara yang berbeza.saya tak putus berdoa dan berharap.bukan sekejap.

Sudah terlalu lama!



No comments: