Assalamualaikum wbt
Semoga semuanya dipermudahkan.
sy selalu rasa diri ini betul.betul membuat keputusan.betul melepaskan.betul membiarkan.betul membetulkan.betul menyalahkan...eh sempurnanya kauuuuu!!
tpi itu terpaksa ditepis dan dihumban jauh.kerana makhluk Allah tiada yg sempurna.benar.
keputusan kali ini?sy kurang pasti betul atau tidak.apa yang pasti sy berani untuk nekad walau tak tahu apa hujungnya.berserah setelah lelah usaha.bukan menyerah selepas kalah..
apa akhir ceritanya?sy redha andai akhirnya perit atau takdir sy baik ia pasti manis..yang termanis dalam hidup :)
bukan senang untuk redha.tak semudah seperti dimadah.betul sy tak tipu.mulut kata redha tapi hati meronta2 sedih.tak mengapa..Allah sebaik2 perencana.mengapa harus melawan rencanaNya?kamu hebat sgt?
adakala saat kepala sarat diam adalah jalan yg dipilih.kan sy selalu rasa diri ini betul.jadi itu keputusan yang paling betul bagi saya.tidakkkkk!kamu salah.seorang hamba menegur cara sy.katanya diam memang menghalang dri menyakiti yg lain tapi masalah selesai ke?tidakkk!jadi jangan diam.bukan itu caranya.cara yang betul bersuara dengan cara yang berhemah.berkongsi dengan cara yang betul.selesai dengan cara yang baik.berdoa minta segalanya dipermudahkan tanpa sebarang sengketa.
tersentak.sy selalu silap rupanya!