Assalamualaikum wbt
Semoga diberi kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah.
Lamanya tak berkongsi kat sini..serius rindu hehe..rasanya last post awal Disember 2014..fuhhh lama sgt dh tu.Alhamdulillah sy dh selamat melahirkan anak yang paling comel di hati sy pd 4 Januari 2015. Kalau ikutkan dh overdue dh tu tp tak kisah lah yang penting ummi dan anak ummi sihat dan selamat dan semua happy dgn kehadiran anak ummi...syukur.
Sy langsung x rasa sebarang tanda2 nak beranak masa sampai due date...langsung tak.macam2 petua dh ikut tapi mmg tak berhasil.kuasa Allah semua tu.kita hanya mampu usaha dan doa.masih segar lagi ingatan ni bila anak ummi mula bgi signal kt ummi yang dia dh nk kuar jumpa ummi,abah dan semua.selepas 3 hari menanggung sakit Alhamdulillah anak ummi akhirnya lahir.
Kalau tanya apa perasaan masa tu hanya tuhan je yang tau. yang pasti ummi rindu nk cium anak ummi masa baru2 keluar dri perut ummi...wangiiiiii!Izz Khadijah kamu sgt comel pada mata ummi dan abah..nama kamu indah sangat..abah yang nak nama tu.Izz-kekuatan..kamu memang kekuatan ummi.
Izz Khadijah
Kamu anak yang kuat
Kamu anak yang hebat
Jadilah anak yang boleh membahagiakan semua
Izz Khadijah
Dunia ini hebat cabarannya
Ummi doa kamu terus kuat
Lalui dengan tabah dan sabar
Yakinlah Dia sentiasa ada
Izz Khadijah
Ummi sayang kamu
Ummi tak minta lebih
Ummi hanya ingin kamu sayang ummi hingga syurga
Kamu permata hati ummi sampai bila-bila!